Pages

Jumaat, 9 Oktober 2020

Telur Gulung Goreng Dadar

Anak-anak suka makan telur goreng dadar dengan nasi. Tapi selera tak sama.  Kalau kita buat telur goreng dadar bubuh hirisan bawang atau cili atau tomato, alamatlah kuis sana kuis sini waktu makan, keluarkan segala harta karun dalam telur goreng tadi! Lebih selamat kalau goreng dadar kosong begitu saja!

Hari ini, sebagai lauk tambahan Amie goreng telur dadar gulung. Goreng dadar tebal atau tipis, anak-anak tak kisah. Janji dalam telur itu tak ada makhluk asing!

Amie dadar telur tipis jew tapi banyak gulungan. Selalu buat gulungan bulat, hari ini entah apa bentuknya... ahaks!

Goreng dadar dalam kuali ajaib, senang nak gulung-gulung.

Gulungan telur goreng dadar dah siap. Biarkan seketika atas kuali nak bagi warna keemasan.

Lepas itu terbalikkan sebelahnya pula. 
Suka sangatlah Fairuz dapat belajar goreng telur dadar gulung di dapur!

Jom kita potong.

Beginilah rupanya Telur Gulung Goreng Dadar yang kosong tanpa apa-apa aksesori kecuali sesudu kecil Maggi Cukup Rasa.

Dari kelmarin Fuad minta masakan kari ikan tongkol. Habis kuliah online, kari ikan tongkol sudah tersedia atas meja untuk bujang kami.

Encik Suami pula, nak makan sayur sawi pahit masak bening. Kita pun tambahkan isi ayam, bubuh hirisan halia, bawang putih dan lada putih. Seisi keluarga suka sup begini. Habis satu mangkuk sup dihirup bersama-sama.

Bawang putih dan cili padi cincang, bubuh sos ikan, kicap dan perahan limau nipis. Sedap ni kalau ada ikan kukus, boleh cecah.





Jom makan.

Jangan lupa semangkuk sup kecil! Heheee.... kalau makan di rumah tidak semestinya ada sup. Di kedai makan atau restoran memang makan nasi dihidangkan dengan semangkuk kecil sup kosong. Sup kosong bukan sebarang kosong. Sup kosong maksudnya kuah rebusan tulang atau ayam, dihidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng.

Makan di rumah sendiri, kira bonuslah kalau ada sup. Bukan sup kosong. Sup ada isi tu....  ahaks!

16 ulasan:

  1. cantik gulungannya,,kemas je..

    BalasPadam
  2. telur goreng dadar ni, makan dengan nasi lemak, sedap

    BalasPadam
  3. Ya Kak anak2 ni selera lain2 nanti semua harta karun dalam telur dikuis keluarkan. Cantik gulungan telur dadar saya tak pass lagi masak gini.

    BalasPadam
  4. Atie,
    betul tu, tipis jew telur dadar tu.

    BalasPadam
  5. Tukang Kebun,
    macam-macam selera anak-anak kan.

    BalasPadam
  6. Saya memang suka kalau sup letak halia banyak-banyak.
    Wah rajin gulung telur dadar.

    BalasPadam
  7. nampak cam mudah je buat telur tu, agak2 saya buat jadi tak? sedangkan buat nasi goreng pataya pun fail haritu huwaa

    BalasPadam
  8. NA,
    sedap hirup sup panas rasa halia.... berpeluh, sihat badan.

    BalasPadam
  9. Cantik kejadiantelur gulung tu.
    Juadah yang menyelerakan.

    BalasPadam
  10. Syaz,
    jadi tu...buat jew, orang kata try and error .

    BalasPadam
  11. Warisan Petani,
    terima kasih Wak.

    BalasPadam
  12. Telur dadar tanpa makhluk asing. Kelakar bacanya. Budak budak memang tak suka letak apa apa dalam telur dadar kan. Takpe, buat kosong janji selamat habis dimakan. Menarik buat telur gulung camtu.

    hidangan lengkap yang sedap. Sup sayur isi ayam tu hirup panas panas memang nikmat.

    BalasPadam
  13. Azhafizah,
    betul tu... kang kita buat ikut selera kita tak habis makan pulak ya.

    BalasPadam