Pages

Ahad, 5 Mei 2019

Resepi Mudah : Ikan Masak Cuka

Selamat berhari minggu bersama keluarga tersayang.
Masak apa hari ini?
Awal pagi tadi Amie dah siapkan lauk makan tengahari Ikan Masak Cuka.
Awalnya masak?
Ikan Masak Cuka yang dibiarkan agak lama selepas dimasak memang sedap dinikmati bersama nasi panas! Jadi, sementara menunggu masa makan tengahari nanti, eloklah sambil buat sarapan sambil masak ikan....hiks!
Resepinya sangat ringkas.
Selalunya Amie tambah timun dan lobak tapi kali ini Amie tak bubuh memandangkan aksesori tersebut tidak mendapat tempat di dalam perut kami sekeluarga...ahaks! Membazir pula rasanya setiap kali masak ikan bercuka, kalau bubuh timun dan lobak, akan dibuang begitu sahaja.
Teringat seorang teman sarankan bubuh jintan manis dalam masakan, jadi Amie pun cubalah. Okey sahaja rasanya, tidak mencacatkan keenakan Ikan Masak Cuka.

Barangkali kita rasa semakin banyak bahan kita bubuh dalam masakan, pasti hasilnya bertambah lazat. Apa pun itu semua bergantung kepada kreativiti dan citarasa masing-masing. Bubuh beberapa jenis bahan yang ringkas pun, kalau kena cara masakan dan citarasa kita, sedaplah jadinya. Jom kita lihat resepi mudah Ikan Masak Cuka di bawah ini.

Bahan-bahan:
5 kepingan ikan - Amie gunakan ikan alu-alu - banyak ikan lain boleh digunakan seperti ikan tenggiri, tongkol, kembung dsb - lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit - ketepikan
2 cm halia - hiris 
15 ulas bawang putih saiz kecil - kupas kulit
15 biji bawang merah saiz kecil - kupas kulit
10 biji cili padi merah
10 biji cili padi hijau
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil jintan manis
3/4 cawan cuka
2 cawan air - boleh kurangkan jika tidak suka banyak kuah
minyak
garam / gula / perasa pilihan

Cara memasak:
1. Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng ikan.
2. Setelah ikan masak, angkat dan toskan.
3. Tinggalkan 4 sudu besar minyak dalam kuali.
4. Masukkan halia, biji sawi dan jintan manis. Goreng seketika dan kemudian masukkan bawang putih, bawang merah, cili padi merah dan cili padi hijau. Kacau rata.
5. Masukkan cuka diikuti dengan air.
6. Biarkan mendidih dan kemudian masukkan gula diikuti dengan ikan.
7. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.

Ikan Masak Cuka dah siap. Senang saja cara memasaknya kan? Anak-anak suka kuahnya, jadi Amie bubuh lebih air. Kalau nak pedas, sambil makan bolehlah picit-picit cili padi tu.

5 ulasan:

  1. Wow! Nampak menyelerakan~
    Saya suka makan masakan macamni. Makan pulak dgn nasi panas2. Lauk simple2 macamni lah sedap sebenarnya huhu terliur pulak. Nasib baik harini belum start puasa.

    Selamat menyambut Ramdhan Kareem esok!
    Saya follow sini!♡
    [Jemput blogwalking blog saya] :)

    BalasPadam
  2. Sedapnya k. Amie.. Buat sahur ke berbuka ke Allahu nikmat ni. Nanti nak try juga.

    Selamat berpuasa buat k. Amie sekeluarga.

    BalasPadam
  3. Sedapnya masakan ni, Amie. PH mesti cuba masak ikan. By the way, PH nak ucapkan selamat berpuasa buat Amie sekeluarga!

    BalasPadam
  4. Resepi yang sesuai untuk makan sahur ni. Saya suka.Alhamdulillah. Selamat berpuasa Amie..

    BalasPadam