ADSENSE

Isnin, 3 Disember 2018

DerMags Skincare

Assalamualaikum.
Ingatkan nak jemput makan tengahari.
Lain pulak hidangan tengahari ini ye.....hiks!

Dari pagi sehingga menjelang tengahari menyental dapur, banyak benar dakinya di segenap sudut! Jadi, sempena cuti ini ambillah kesempatan membersihkan mana yang patut. Ketika Encik Suami pulang, rupanya jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari! Encik Suami berikan Amie satu bungkusan. Kebetulan sewaktu buka pintu pagar untuk memasukkan kereta, van pos laju berada di belakangnya. Jadi, Encik Suami yang menyambut bungkusan tersebut.
Amie letakkan sahaja bungkusan yang Encik Suami hulur dan meneruskan kerja mengemop lantai dapur. Tanpa menelitinya, Amie berkata dalam hati : Itu tudung yang dibeli online minggu lepas. Encik Suami selesai makan tengahari, solat dan bersiap-siap untuk kembali ke tempat kerja, barulah Amie ambil bungkusan dan baca : Dermags Marketing Sdn. Bhd.
Oh!
DerMags Skincare dah sampai.
Wah! Bukan main seronoknya menerima bungkusan set penjagaan kulit DerMags selepas menggunakan Set Trial A untuk kulit berminyak sebagai percubaan.


Ini Set Trial A untuk kulit berminyak yang Amie gunakan lebih kurang sebulan yang lalu. Terima kasih kepada Fatihah yang telah menerangkan dengan baik keberkesanan penggunaan DerMags Skincare ini:

💖 Dermags adalah hasil penyelidikan Ph.D Dr. Mariani, pensyarah UTM dengan teknologi Korea

💖 Satu-satu nya produk di Malaysia yang ada AlfaMag (Patent UTM). Kajian extract buah manggis.

💖 Telah melalui ujian klinikal yang ketat untuk menjaga kualiti dan keselamatan produk

💖 Telah memenangi pelbagai anugerah tempatan & antarabangsa.

💖 Tiada bahan kimia berbahaya dan bleaching agent

💖 Merawat dan memulihkan kulit secara semulajadi.

 Set Trial A ini kecil dan comel. Sesuai untuk dibawa semasa travel.
Walaupun isinya sudah habis digunakan, boleh refill isi baru.
RM152.90.

 Bersama Set Trial A, Amie juga memesan BB Cushion. RM119.90
Postage: RM15.00 (Sabah & Sarawak)
Total : RM287.80.

Selepas beberapa hari Amie memakai DerMags Skincare, Amie bersama rakan-rakan bercuti ke Pulau Mabul & Pulau Kappalai di Semporna. Bila balik ke LD, wajah masing-masing sunburn! 
Aduhai!
Nak menangis tengok muka yang rentung!
Ketika itu Fatihah menghubungi kembali dan bertanya perkembangan Amie. Amie beritahu tak nampak kesan, kerana muka terbakar akibat panas matahari pulau! Fatihah berikan panduan:

Bila kulit sunburn dan gelap akibat berada di bawah terik matahari terlalu lama, apa yang anda buat? Ikuti langkah2 ini untuk kembalikan keserian dan kecerahan kulit muka.

1. Banyakkan meminum air masak.Langkah ini membantu mengembalikan kehidratan kulit, seterusnya mempercepatkan proses untuk pembaikan kulit yang sunburn tu.

2. Sapu aloe vera (yang original dari daun lidah buaya atau yang siap proses boleh beli dari drugstore)
Selain melembap kulit, aloe vera ada ciri anti-inflammatory yang mengurangkan keradangan pada kulit.

3. Buat mask : Campur baking soda, tepung jagung dan air sejuk untuk dijadikan paste.
Sapu campuran ini di wajah, biarkan 15 minit dan bilas dengan air. Ini boleh mengurangkan kemerah-merahan pada kulit.

4. Gunakan kentang sebagai mask : Potong nipis dan tekap pada permukaan kulit, biarkan seketika sebelum bilas dengan air sejuk. Boleh juga blend hingga hancur dan sapu di kulit.

5. Sapukan softener Dermags yang telah diletakkan didalam peti ais. Lebih bagus dan jimat jika diletakkan di dalam botol spray atau atomizer dan semburkan saja dimuka.

6. Sebelum tidur gunakan Serum dan Moisturiser Dermags. Serum Dermags dapat melegakan kawasan kulit muka yang pedih dan merah serta dapat mempercepatkan proses regenerasi kulit. Moisturiser Dermags pula dapat meningkatkan skin barrier function dan memberi kelembapan pada kulit.

Jangan biarkan kulit anda terseksa dan mengelupas sendiri. Pastikan guna sunscreen/ sunblock yang tinggi SPF jika berada di pantai terutamanya.

Sebenarnya Amie pakai sunblock tapi hanya di tangan sahaja. Ingatkan dengan memakai topi sepanjang waktu, kulit wajah terlindung dari panas terik matahari pulau!
Minggu keempat Amie memakai DerMags Skincare, terdapat perubahan pada kulit wajah. Kesan sunburn semakin hilang, dan hari demi hari, sedikit dei sedikit warna kulit semakin sekata.

Set Trial A masih berbaki sedikit teutamanya Intensive Brightening Cleanser, Intensive Brightening Softener dan Intensive Refining Cream. Intensive Brightening Serum memang dah kering sejak dua hari lalu! Dengan kedatangan set baru yang lebih besar ini, mulalah terasa benar-benar menjadi pengguna DerMags Skincare. Sebelum ini kan hanya cuba-cuba....ahaks!


Kalau Set Trial A hanya mengandungi 30ml untuk pencuci dan softener serta 10 ml untuk serum, dan hanya 5 gram untuk refining cream, set sebenar pula membekalkan lebih daripada itu. Amie pun belum menggunakannya lagi, dan tidak tahu berapa lama Amie boleh gunakannya.


Sekarang Amie sudah ada sebahagan daripada kelengkapan DerMags Skincare.  Selain set penjagaan kulit wajah, Amie juga membeli lipstik.

 Intensive Brightening Cleanser 50ml : RM64.90.

Pencuci muka ini mempunyai aroma yang menyegarkan. Suka sangat Amie gunakannya. Untuk kesan terbaik, bershkan wajah terlebih dahulu dari kotoran seperti alat solek, dan gunakan air suam.

 Intensive Brightening Softener 50ml : RM64.90.

 Intensive Brightening Serum 30ml: RM174.90.

Intensive Refining Cream 10 grams : RM 86.90.

Dan antara 7 warna lipstik, Amie terpikat dengan Lovely Fantasy 07.

Warna 07 Lovely Fantasy ikut ph bibir.
Jumlah bayaran untuk pembelian kali kedua produk DerMags Skincare ini sebanyak RM466.50 termasuk postage.


BB Cushion SPF50
RM 119.90

1. Bertindak sebgai bedak asas perlindungan wajah
2. Mencerahkan dan melembapkan wajah
3. Menutup cela,parut, jeragat, jerawat pada wajah
4. Melindungi kulit wajah secara total dari sinaran uv berbahaya
5. Membantu menganjalkan dan meremajakan kulit wajah
6. Membantu menaikkan keserian wajah secara semulajadi

Alhamdulillah. 
Akhirnya bertemu juga jodoh dengan produk penjagaan wajah yang bebas 100% dari bahan kimia! Maklumlah, bila usia sudah menginjak keemas-emasan, hormon pun sering berubah, dan sekaligus mempengaruhi bahagian luaran kita.

2 ulasan:

norhidana miswan berkata...

wahhh boleh tahan harganya.... tkt nk menerai hahahha

Amie berkata...

Norhidana,
boleh try set trial dulu, set sebenar tu boleh pakai 2-3 bulan.