Pages

Jumaat, 7 Februari 2014

Ayam Ungkep .... lauk yang tak pernah menjemukan!

Yang dinamakan 'ungkep' itu ialah semua bahan termasuk garam dan perasa hendaklah dimasukkan bersama menjadi satu supaya mesra dalam keadaan 'diungkep nang njero wajan!
Nota:
Amie terima beberapa pertanyaan daripada rakan-rakan facebook tentang resepi Ayam Ungkep ini. Ada yang bertanya kenapa tak bubuh asam jawa?
Amie pun telefon Bonda untuk meminta kepastian. Kata Bonda, memang boleh bubuh asam jawa tapi kalau tak bubuh pun tidak ada salahnya. Jadi kepada kawan-kawan yang ingin mencuba resepi ini bolehlah bubuh dalam jumlah yang sedikit untuk 'memesrakan' lagu rasa masakan ungkep ini.
Selain itu ada yang bertanya, mestikah bubuh lengkuas, dan jawapan Bonda juga sama seperti di atas. Begitu juga dengan penggunaan daun salam. Ada yang gunakan ada yang tidak. Dan satu lagi ialah pertanyaan penggunaan santan.... beginilah ye kawan-kawan... barangkali lain daerah, lain negeri ada sedikit perbezaan, atau pun versi masakan yang tidak sama namun pada asalnya 'ungkep' ini membawa maksud yang dinamakan 'ungkep' itu ialah semua bahan termasuk garam dan perasa hendaklah dimasukkan bersama menjadi satu supaya mesra dalam keadaan 'diungkep nang njero wajan (tutup rapat-rapat dalam kuali) dan dimasak menggunakan api sederhana.

Boleh rujuk DI SINI dan DI SINI.


Resepi : Ayam Ungkep
Olahan : Amie's Little Kitchen 

Bahan-bahan:
1kg daging ayam - potong 10 - lumur dengan sedikit garam & kunyit - perap seketika
2 batang serai - dititik
3 cawan air
minyak
sedikit asam jawa (pilihan)
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk / kisar:
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah 
2 sudu makan ketumbar biji 
1 sudu makan jintan manis
1 sudu teh jintan putih
3 cm kunyit hidup
3cm halia
15 biji cili padi 

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
2. Masukkan  serai dan daging ayam dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan layu atau berubah warna.
3. Tambahkan air, garam / gula / perasa pilihan.
4. Tutup kuali rapat-rapat.
5. Kacau sekali-sekala untuk memastikan daging ayam tidak hangus kekeringan atau hancur.
6. Apabila kuah kering (jika suka kuahnya tak perlu masak sampai kering), dan ayam empuk, matikan api.



22 ulasan:

  1. salam amie...saya mmg suka masak ungkep ni, samada ayam atau daging, kalau dpt lauk tu mmg dah tak kisah badan nak naik ker nak gedempol ker. Makan utk bersahur ni walawei! Kuah dia tu wlp berminyak tp bila gaul ngan nasi ya Rabbi...takleh nak cerita.

    masakan ni mmg menggoda dan mengancam. Masa dalam kuali jer bau dia dah semerbak sekampung...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya sama cik saya jg suka sangat dengan ayam ungkep mantab sedap

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Sejumput itu secubit.😊

      Padam
    4. Iya sama cik saya jg suka sangat dengan ayam ungkep mantab sedap

      Padam
  2. tak ter 'ungkep' dgn kato2 (bahasa nogori la plok) terliur tgk ayam ungkep k.amie ni

    BalasPadam
  3. Melihatkan bahannya, macam rendang ya Amie. Nak cuba nnt. Terima kasih kr kongsi resepi

    BalasPadam
  4. Salam kak amie..kite pun nk ber " ungkep " gaklah mlm ni..terliur dah ni..

    BalasPadam
  5. salam sejahtera,
    sejemput makna berapa gram ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sejemput tu x pasti brpe gram.. tp sejemput tu lbih kurg dgn sedikit.
      Genggaman gune hujung jari..
      Lebih kurg mcm tu la..

      Padam
    2. Sejemput tu x pasti brpe gram.. tp sejemput tu lbih kurg dgn sedikit.
      Genggaman gune hujung jari..
      Lebih kurg mcm tu la..

      Padam
    3. Sejemput tu x pasti brpe gram.. tp sejemput tu lbih kurg dgn sedikit.
      Genggaman gune hujung jari..
      Lebih kurg mcm tu la..

      Padam
    4. Sejumput itu secubit. 😊😊

      Padam
    5. Sejumput itu secubit. 😊😊

      Padam
  6. Salam kak, GD dah try td masak untuk lauk makan malam ni.. x sabar rasanya nak merasa seketul ayam tu..

    tadi cuma dapat rasa sikit2 je kuahnya.. macam sedap jer.. pes time GD cuba dan rasa.. biasa dengar tapi x pernah try..

    Terima kasih kak kongsi resepinya.. minta halal yer GD kongsi semula di http://monasrie.blogspot.com/2014/02/ayam-masak-ungkep.html untuk rujukan dimasa2 akan datang.
    Wassalam

    BalasPadam
  7. salam amie..dh cuba..walaweiii sedp banget..org jawa sg besar x pernah buat..kena buat lagi mkn dgn nasi impit..

    BalasPadam
  8. Sy dh try!! Ayah makan bertambah2...sy ltak susu cair skit..rse lemak2 skit..yummeh..cuma mak kata arwah mbah dlu x ltak cili padi

    BalasPadam
  9. Sy dh try!! Ayah makan bertambah2...sy ltak susu cair skit..rse lemak2 skit..yummeh..cuma mak kata arwah mbah dlu x ltak cili padi

    BalasPadam
  10. Salam. Saya Amir dari iluminasi[dot]com. Saya ingin memohon keizinan puan untuk berkongsi sebahagian info dalam artikel ini.

    Resepi tidak akan diambil. Namun, kredit dan link kepada resepi puan akan diberikan.

    Puan boleh melihat artikel tersebut di sini: https://iluminasi.com/bm/resepi-ayam-ungkep-versi-jawa-johor.html

    Jika puan mahu saya membuang kandungan yang diambil, boleh hubungi saya dengan kadar segera di amirwrites_271@yahoo.com.

    Maklumbalas dari pihak puan adalah amat dihargai :)

    BalasPadam
  11. Asslm
    Sy tgh mask ungkep.. terima Kasih ats resepi.. ❤️

    BalasPadam