Orange & Pineapple Smoothies

11:44 PG

Ada kajian yang menunjukkan bahawa buah oren mempunyai kaitan dengan kesihatan jantung, penglihatan, pelalian serta dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Buah oren juga dikatakan memiliki kelebihan sebagai antioksidan serta membantu perkembangan otak janin dan juga mampu mengawal tekanan darah. Jadi, apa kaitan oren dengan paparan Amie kali ini?


Kelmarin sudah melantak sepuas-puasnya Beef Lasagna, jadi hari ini elok benarlah cuci perut dengan Orange & Pineapple Smoothies! Nanas pun banyak khasiatnya. Katanya nanas berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan sebab nanas mengandungi asid sitrik! Tak kisahlah kan.... tentang kuruskan badan tu cerita kedua, yang penting lemak-lemak dapat dikurangkan! Paling suka bila dapat tahu jika buah nanas dibuat jus minuman, ia boleh mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil dan macam-macam lagi. Allah Maha Besar! Diberinya kita akal untuk memikirkan segala hasil ciptaan-Nya untuk manfaat kita juga.

Amie kongsikan Orange & Pineapple Smoothies untuk hilangkan dahaga di samping dapat mengenyangkan perut dan kemudian mencuci perut! Biasanya Amie gunakan yogurt asli tapa perisa tapi kali ini Amie gunakan yogurt perisa oren.

Resepi : Orange & Pineapple Smoothies
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2 biji oren - kupas kulit dan potong kecil
1/2 biji nanas - kupas kulit dan potong kecil
200ml susu segar
200ml yogurt perisa oren
3 sudu makan madu

Cara:
1. Sejukbekukan oren dan nanas sekurang-kurangnya selama 2 jam.
2. Campurkan oren, nanas, susu segar, yogurt dan madu di dalam pengisar.
3. Kisar sehingga halus dan lembut.
4. Tuangkan ke dalam gelas.
5. Sedia untuk dinikmati.




Hasil kisaran sebentar tadi, Amie dapat 3 gelas smoothies. Amie simpan segelas untuk Fairuz makan sekembalinya dari sekolah petang nanti. Fuad tak minat smoothies. Jadi tak payahlah buat dan simpan lebih-lebih. Segelas Orange & Pineapple Smoothies di atas tu untuk Amie, segelas lagi simpan untuk Encik Suami. Sempena Hari Bapa kelmarin, kami melantak BEEF LASAGNA sampai tak ingat dunia! Hari ini hari ulang tahun Encik Suami, jadi sebelum makan-makan yang seterusnya (tak tahu nak masak apa hari ini), elok benarkan cuci perut buang lelemak yang diternak kelmarin tu!

9 comments

  1. Wow! mengancam nyaaa... gulp!!

    BalasPadam
  2. Assalam
    lama dah nk try resepi smothies k amie ni
    sedappp tgk
    oren memang bagus dan sedappp
    selalu sehari sebiji mkn camtu je
    kat kg keliling umah pokok limau je tp limau manis he hee

    BalasPadam
  3. Aslmkum Amie
    nyaman tekak dpt minuman yg sejuk.
    buah2an mmg bagus utk kesihatan.
    di Cairo ada nenas import, mahal sikit.

    BalasPadam
  4. tun suka jugak makn nenas.. tp malas betul tang nk kupas tu.. tension je nk buang mata2 hitam dia tu.. tumpang minum umah akak je lah..

    BalasPadam
  5. kak amie ni tersangatlah rajin orangnya...
    Sedap ni dapa tsmuti time2 panas camni...

    BalasPadam
  6. Nyaman gabungan 2 buah kesukaan saya tu....yelah..kat jari jemari ai byk tul lemak...mmg kalo pekena 2 gelas tu sure jari ai ramping cm neelofa....;)

    BalasPadam
  7. kak amie..mmm nyamannyer layan smoothie.. tgh cuaca panas2 neh.. sedap lalu kat tekak nak segelas..he he he

    BalasPadam
  8. Bestnya smoothie tu amie. memang rajin betul amie meyedeiakan makanan n minuman buat famili

    BalasPadam
  9. Assalam amie,
    kalau juices, kita memnag suka orange, pineapple or green apple..lain dari tu memang tak suka sanagt..kalau makan buahnya then any fruits kita telan....smoothies ni memang sesuai minum dgn cuaca yang macama sekarang..

    ps kita hari ni buat daging sekilo bawang sekilo..memang sedap..nanti kita update ya..thanks amie for the recipe..:)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe