Assalamualaikum.
Selamat kembali bertugas buat semua rakan yang memulakan kerja pada hari Isnin ini. Jangan lupa niat bekerja adalah untuk agama, bangsa dan negara, disertai dengan tujuan mencari keberkatan dan keredhaan Ilahi. Mudah-mudahan usaha suci murni kita diterima sebagai suatu ibadah dan mendapat pahala daripada-Nya.
Memandangkan tempoh cuti memasak masih jauh untuk tiba ke penghujungnya, walaupun sesekali menjenguk ke dapur, namun Amie tidak mahu biarkan pengunjung Amie's Little Kitchen pulang dari kunjungan ke sini dengan tangan kosong. Kali ini Amie akan membuat pengisian dan berkongsi tentang MERIAHNYA DUNIA MASAKAN, sebuah kumpulan yang Amie tubuhkan pada tahun lepas di Face Book, dan kini telah mempunyai lebih daripada 4,000 ahli. Walaupun MERIAHNYA DUNIA MASAKAN, merupakan kumpulan tertutup namun ahlinya kebanyakannya terdiri daripada blogger masakan dan lain-lain yang sememangnya rajin menyumbang dan berkongsi pelbagai menu. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertainya sebagai ahli, Amie sangat mengalu-alukan kedatangan anda di SINI. Di kesempatan ini Amie ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada blogger masakan yang sudi meletakkan link blog masing-masing di dalam kotak komen di ruangan MERIAHNYA DUNIA MASAKAN untuk memudahkan ahli lain membuat rujukan ke blog anda. Kepada sesiapa yang berminat, penyertaan anda amatlah diharapkan dan Amie akan tulis satu entri mengikut giliran mengenai blog anda di dalam SEGMEN: MERIAHNYA DUNIA MASAKAN seperti yang sedang anda baca ketika ini.
Untuk pertama kalinya Amie paparkan YATIE MEMORIES - SINAR KEHIDUPANKU, salah seorang penyumbang resepi yang tidak jemu-jemu mengirinkan pelbagai menu dalam MERIAHNYA DUNIA MASAKAN. Siapa tidak kenal dengan empunya blog masakan yang cantik manis, Nor Hayati Ramlan! Memang dapur Yatie penuh dengan pelbagai hidangan, desserts, lauk-pauk, pelbagai kuih-muih dan sebagainya! Kalau sesiapa bertandang ke dapurnya memang tidak puas menatap pelbagai hidangan yang disajikan, selain penerangan dan cara penyediaannya yang mudah dan ringkas. Salah satu hidangan yang sentiasa menggamit Amie untuk terus berkunjung ke dapur Yatie ialah koleksi kuih talamnya! Jadi kepada sesiapa yang masih tercari-cari resepi kuih talam, datanglah ke dapurnya! Terdapat pelbagai jenis, warna, dan rasa yang dihidangkan penuh dengan kreativiti! Dengan izinmu ya Yatie.... Amie paparkan di sini beberapa jenis kuih talam yang sungguh menggoda rasa!
Kuih Lapis Seri Wangi yang kelihatan sungguh lazat dengan potongannya yang kemas, cantik tersusun!
Ini pua Talam Pandan Kacang Merah!
Serimuka Tiga Rasa ini sungguh mengancam selera!
Apa agaknya rasa Talam Vanilla Coklat? Sudah tentu tak cukup makan sepotong!
Talam Seri Delima nampak cantik berseri dengan kombinasi warnanya yang lembut!
Ini pula Talam Permata Zamrud yang sungguh unik kejadiannya!
Lihatlah betapa menggodanya Talam Lapis Caribbean!
Ada Talam Pandan Pisang! Tentu harum semerbak ketika dikukus apabila bertemu aroma pandan dengan pisang!
Kuih Lapis Seri Warna ini memang sungguh menarik dengan susunan dan kombinasi warna yang indah dan pelbagai!
Kuih Lapis Labu nampak lembut berseri.... labu memang penuh khasiat!
Rasa tak sanggup menatap lebih lama Talam Permata Keledek ini! Cantik dan menarik! Oh! Yatie telah mengangkat martabat keledek sehingga naik sahamnya!
Ini pula Kuih Lapis Tembikai! Ternyata Yatie memiliki kreativiti dan kesungguhan yang tinggi ketika menghasilkan kuih talam ini!
Talam Lapis Peanut Butter di atas tentu lemak rasanya! Tak sabar rasanya ingin mencuba talam jenis ini! Tapi tak tahu bila.
Sekali lagi Yatie mengangkat martabat keledek .... Talam Lapis Ubi Keledek... cantik dan kemas lapisannya!
Ini pula Talam Lapis Coklat Delight! Betul tak apa Amie katakan tadi... memang unik dan pelbagai koleksi kuih talam Yatie!
Tidak ketinggalam Pulut Seri Warna yang menggabungkan lapisan dan gabungan warna pilihan yang cantik!
Apa yang Amie paparkan hanyalah sebahagian kecil daripada hasil air tangan Yatie. Kalau ikutkan hati yang tamak haloba ini, memang nak paparkan semua! Sebab apa? Sebab Amie minat sangat dengan rupa paras segala kuih talam Yatie! Jadi, kepada rakan-rakan peminat kuih talam, atau yang baru berjinak-jinak dan ingin berkenalan dengan lebih mendalam mengenai kepelbagaian kuih talam, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke dapur Yatie Memories. Jom kita selongkar dapur dia ramai-ramai! Jom...jom kita ke SANA... KE DAPUR YATIE MEMORIES! Moga dapur Yatie terus bersinar! Terima kasih Tie... atas kerjasama yang diberikan. Teruskan usahamu memeriahkan dunia masakan tanahair kita yang luas bak lautan tak bertepi!
assalamualaikum amie... lama tak nampak amie ni... :) sihat?
BalasPadammemang best dunia masakan.. ramai kawan dapat kongsi 1 minat yg sama.. dan dapat pelajari pelbagai jenis masakan... mmg sangat2 elok utk kita sebagai org puan kan.. :D
Assalam amie cayangg.. mmg ku tergoda sungguhh.. :b
BalasPadamAssalamualaikum Kak Amie..Wahhhh bestnya group tu..Tapi sebab sekarang macam dah jarang muncul ngan tayangan2 baru,rasanya seganlah pulak nak join..Sebab tuan rumah nanti banyak tido dari jaga..Apa pun group tu nampak menarik sangattttt..Tahniah...
BalasPadamterpegun tengok....tak berkelip bijik mata..
BalasPadamassalam amie..acik memang selalu tengok kuih dan resepi talam didapur yate..cuma acik tak pandai nak menalam..tengok je kecantikan talam air tangan yatie
BalasPadamJassnani,
BalasPadamwaalaikukussalam.... Kak Amie sihat walafiat Nani. Bestkan Nani... macam2 ada, macam2 boleh kongsi!
Sheila,
waalaikumussalam darling.... terpegunkan Sheila!
Sue,
waalaikumussalam... he he ehhh apa nak segannya Sue, dialu-alukan biar tambah meriah dunia masakan, yang tidur2 ayam tu kita bagi dia jaga ha ha ahh...
Assalam k Amie
BalasPadamcantik2 talam kak yatie ni
sy ada jg Cuba talam suji, sedappp sgt,
Adda Syuhada,
BalasPadamwah! Kak Amie dah ramai gang yang tak boleh berkelip mata he he ehh...
Ecik Erna,
waalaikumussalam...
memang cantik2 hasil air tangan Yatiekan Acik...
Mama Sara Nur,
BalasPadamwaalaikumussalam... dah berapa kali nak cuba buat talam suji, tapi tak terbuat juga, bila tengok hasil orang lain terliur pulak!
Ooh Amie yang tubuhkan grup tu ye, memang meriah ummi tengok, ummi tumpang sekaki, suka tengok hasil masakan mereka yang semuanya nampak best sangat!
BalasPadamCantiknya kuih talam yatie tu. Ummi ni suka sangat kuih2 talam ni.
Amie..Take care.
Assalamualaikum Amie,
BalasPadampertama sekali nak ucap terima kasih yg tak terhingga banyaknya buat Amie dan MDM...bukan mudah sebenarnya nak promosi blog kwn2 ni, ianya memerlukan masa, tenaga dan kesabaran yg tinggi..lebih2 lagi dngn keadaan Amie yg berpantang sekarang....
Yatie amat2 hargainya...moga perkongsian ilmu masakan yg tak seberapa ini dpt dimanfaatkan kita bersama...terima kasih sekali lagi...sayang Amie dan kwn2 yg lain juga...muahhhhh..
Ummiross,
BalasPadamsuka-suka saja pada mulanya Ummi... tak sangka pula ramai yang menyertainya, alhamdulillah.
Yatie,
waalaikumussalam... rutin harian yang sama setiap hari buat Amie rasa tak selesa Tie, sebab tak buat apa-apa, semua urusan dari memandikan baby dan kerja rumah dari dapur sampai ke ruang tamu ada orang buat, lagilah time baby tidur, kita pun nak tidur sama... alamat bam bam bam berganda-gandalah nanti he he ehh. Tiba-tiba tercetus idea nak buat segmen ni... terima kasih banyak Tie di atas kesudian joint blog ye...moga dapat dimanfaatkan bersama!
Assalam kak amie cyg,bb tgh tido eks,mummy sempat update blog..MDM mmg meriah sgt,Ape pon tq utk akk n kawan2 yg lain yg memeriahkan MDM..tgk kuih2 air tgn kak yatie,fuhh mmg semuanya cantik2 n wat kan mata xberkelip..
BalasPadamSalam kak amie.. mmg kak yatie betul2 ratu talam. hihi.. tun xpandai wat talam selalu x menjadi. nk kene gi menuntut ilmu nih.
BalasPadambestnya kuih talam, kak yatie kan mmg teror kuih2 kukus ni
BalasPadamoh group kak amie ke, hihi main masuk tapi tak tau pun sapa ownernya, mintak izin ping kat sana ye
Salam Kak Amie.. mmg K.yatie ratu talam kan..tergoda sgt2 klu msk dapur k.yatie tgk hasil kuih talam nya.. cantik sgt2 ^^
BalasPadamZaliedana,
BalasPadamwaalaikumussalam... terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan untuk tambah meriahkan MDM... memang tak dinafikan, bukan Kak Amie seorang yang terpukau dengan kuih2 talam Yatie... tapi sebenarnya ramaiiiii!
Tun Telani,
betul tu Tun... ratu! Kak Amie masih tak mahir bab talam menalam ni, tapi kena rajin berusaha supaya di akhirnya nanti lulus ujian talam he he heh.
Tina Othman,
silakan Tina... meriahkan suasana. Kak Amie memang tabik habis kat Yatie kalau bab kukus mengukus ni.
Yana,
memang cantik mengoda koleksi kuih talamnya kan Yana... jom kita belajar supaya lebih mahir menalam!
Salam amie..mmg trpgun mlhtnye..ble dpt nuntut ni.akak ni bru jae join blog ni..nk tmbh kenaln n silaturrahim
BalasPadamAssalam peminat baru,saya mmg x pandai hal talam menalam,tapi ingin sgt nak belajar,harap puan dpt bantu tq.
BalasPadamAssalam peminat baru,saya mmg x pandai hal talam menalam,tapi ingin sgt nak belajar,harap puan dpt bantu tq.
BalasPadamMak saya mesti suka ni.
BalasPadamKajian 3 Tahun Tentang ESP Shaklee, Hasilnya Memang Mengejutkan!
Assalamuakaikum Puan,saya betul2 tergoda melihat anika kuih talam Puan.Saya berhajad ingin berlajar.Vbolih Puan hubungi saya no 0174385428
BalasPadamSaya Puan Normah dari Kedah.
Salam Pn.Ammie..ade buat kelas kuih talam ke.saya nak join.kat mana tuu tq
BalasPadamSalam Pn.Ammie..ade buat kelas kuih talam ke.saya nak join.kat mana tuu tq
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadambagi yang bertanya tentang kelas kuih talam, saya memang tak pernah buat sebarang kelas masakan. Kuih talam yang saya paparkan di atas ialah hasil resepi dari rakan blogger saya. Cuba baca betul-betul apa yang saya sampaikan dalam entri ini. Saya sekadar kongsi info tentang resepi kuih talam yang terdapat dalam blog tersebut. Pautan / blog link ada saya sertakan dalam entri. Anda boleh klik dan melihat paparan selanjutnya di sana. Harap maklum.
resepinya?
PadamNama saya hasna saya ingin belajar dan saya dari singapura ini no saya +6590557151
BalasPadam