ADSENSE

Rabu, 9 Februari 2011

Ikan Sembilang Masak Lemak Cili Padi Dengan Kencur

Walaupun air tak keluar di dapur tapi aktiviti masak-memasak tetap berjalan seperti biasa...terpaksalah anak teruna saya angkut air dari bilik atas. Ni nak cerita tentang ikan sembilang masak lemak cili padi tapi saya campurkan dengan buah kencur. Sesiapa yang tak biasa dengan rasa dan bau kencur... saya tak pula menggalak atau menyarankan mencuba, sebab lain lidah lain penerimaannya. Kebanyakan rakan saya yang tidak pernah memakan kencur,memang tak boleh masuk. Tapi saya hentam semua.... sebab memang dari kecil dah biasa dengan kencur. resepi kali ini saya adaptasi daripada resepi kakak saya yang kelima. Hmmm..waktu bujang, memang dia tak suka masak, tapi tak sangka pula bila dah berkeluarga, rajin dia ke dapur...dan salah satu masakan yang sempat saya jamah hasil air tangannya ialah ikan keli masak lemak cili api dengan kencur. Bezanya, saya gunakan ikan sembilang sebab di tempat saya tak ada orang jual ikan keli. Bonda kami memang jaga betul bau hanyir dan hamis baik daging, ikan atau ayam dalam masakan. Ikut tradisi keluarga kami, bonda akan tumis dahulu bahan-bahan tersebut hingga layu untuk hilangkan hamis, barulah ditambah dengan air atau santan. Jadi, saya pun gorenglah dulu ikan sembilang saya ni...


Bahan-bahan:
6 keping ikan sembilang (lumurkan tepung selama 10 minit dan cuci)
minyak
300ml santan pekat
15 biji cili padi (tumbuk)
5 biji bawang putih (tumbuk)
5 biji bawang merah (tumbuk)
1.5 cm belacan (tumbuk)
3 butir isi kencur (tumbuk)
1 sudu serbuk kunyit
2 keping asam gelugor
1 batang serai (diketuk)
garam & perasa

Cara:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit dan kemudian goreng hingga masak.
2. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga sebati bersama santan.
3. Panaskan bahan di atas dan masukkan ikan sembilang.
4. Kacau sekali sekala dan jangan sampai pecah santan
5. Sembilang masaklemak cilipadi dengan kencur siap untuk dihidangkan.

Kencur dipercayai mempunyai banyak khasiat dan dari segi perubatan bla...bla...bla... nanti saya telefon bonda dulu untuk kepastian....

Tiada ulasan: