ADSENSE

Khamis, 16 Disember 2010

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Siput sedut di bawah ni saya masak semasa bercuti di kampung emak saya. Lama sangat tak makan siput sedut. Bila kami ke pasar Sungai Buluh, tak banyak siput yang dijual. Harganya pun mencecah RM10 satu kilogram. Dah tu kecik2 je siputnya... daripada tak ada baiklah ada....saya beli sekali batang keladi tapi sebab kepala sakit berdenyut-denyut, saya gagahkan juga masak siput sedut tapi terlupa dengan keladi dan batangnya...tak tahulah apa cerita dua biji keladi di belakang pintu dapur yang tak jadi saya masak tu....


Bahan-bahan:
1kg siput sedut (buang bahagian ekor)
15 biji cili padi (ditumbuk)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 batang serai (diketuk)
2 cawan santan
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam

Cara:
Masukkan semua bahan yang ditumbuk ke dalam periuk bersama serai dan serbuk kunyit. Masukkan santan dan akhir sekali masukkan siput sedut. Jangan lupa masukkan garam. Masak dengan api perlahan dan supaya santan tidak pecah.

Tiada ulasan: