ADSENSE

Sabtu, 18 Disember 2010

Ikan Senangin Masak Singgang

Untuk mendapatkan diet yang sihat baiklah kita kurangkan pengambilan makanan yang berminyak. Hari ini saya memilih untuk memasak rebus singgang ikan senangin. Apabila mendengar saya akan masak rebus ikan, anak-anak berteriak tidak mahu makan ikan rebus. Di bawah ini ada 2 ekor ikan. Yang besar panjang sedikit itu ikan senangin dan yang seekor lagi  ikan gelama untuk anak-anak yang tak mahu makan ikan senangin masak rebus @ singgang.

Di bawah ini ialah hasil masak singgang saya.

Bahan-bahan:
1 ekor ikan senangin (anggaran 400 gram)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 batang serai (dititik)
10 biji cili padi (dipecahkan)
5 helai daun limau purut (buang urat)
2 keping asam gelugor
1 sudu kecil serbuk kunyit
7 biji kacang bendi
2 biji tomato (potong ikut suka)
garam

Cara:
Panaskan 4 cawan air dalam periuk. Masukkan kesemua bahan kecuali ikan, daun limau purut, tomato dan kacang bendi. Setelah mendidih masukkan ikan dan daun limau purut. Biarkan seketika sehingga ikan masak. Masukkan tomato dan bendi. Sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan: