ADSENSE

Ahad, 19 Disember 2010

Pucuk Ubi Lemak Tempoyak

Ada sedikit tempoyak dalam peti sejuk. Saya ingin menghabiskannya sebelum menjelang tahun baru. Sebenarnya tempoyak ni saya buat sendiri...tak ingat sejak bila tapi masih dalam keadaan baik dan selamat untuk dimakan.
Bahan-bahan:
Secekak pucuk ubi (dicelur)
5 helai daun kunyit muda (dimayang halus)
200 gram udang basah
20 biji petai
15 biji cili padi (ditumbuk)
3 sudu tempoyak
2 cawan santan pekat
kunyit basah (ditumbuk)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
garam

Cara:
Masukkan bawang putih, bawang merah dan cili padi serta kunyit basah yang telah ditumbuk ke dalam periuk. Masukkan sekali tempoyak dan 2 cawan santan pekat. Gaul rata. Masukkan pucuk ubi bersama daun kunyit, udang serta petai. Masak dengan api perlahan.

Tiada ulasan: