ADSENSE

Selasa, 28 Disember 2010

Pisang Goreng Bersalut Bawang

Ada sesikat pisang di penjuru dapur. Kalau tak silap saya suami bawa pulang beberapa hari yang lepas. Tak pasti pula apa nama pisang tu. Rasanya macam pisang nipah atau pisang abu. Tapi di sini lain pula namanya... ada orang sebut pisang sanggar. Sekali pandang 2 atau 3 biji sudah berubah warna hijau kekuning-kuningan. Saya kalau bab kuih muih memang kurang sikit....tak kreatif. ... sayang tengok pisang ni walaupun hanya sesikat tapi nampak montel2. Ada 20 biji semuanya. Hmmmm...nak buat apa ye... hhaaa... 25 tahun yang lalu saya pernah mengikut kawan pulang ke kampungnya di Tanjung Karang. Seingat saya selama 3 hari di rumahnya, kami asyik makan pisang. Pisang nangka muda. Yang peliknya kawan saya ni goreng dengan bawang... tapi sedap. Oleh sebab hari-hari makan pisang  hampir habislah pisang nangka setandan di dapur kawan tadi. Saya cuba imbas kembali bagaimana pisang goreng dengan bawang tu di buat... tengok ni... jadi kan???

Inilah rupa pisang goreng bersalut bawang. Kalau nak cuba dipersilakan. Boleh ikut kreativiti masing-masing. Bahan-bahan asas bolehlah baca di bawah. Sesetengah orang suka makan pisang goreng dengan sos atau sambal. Terpulanglah...ikut citarasa sendiri.

Bahan-bahan:
10 biji pisang muda/tua/mengkal  (kupas dan belah ikut suka)
10 biji bawang merah (tumbuk jangan sampai lumat)
3 sudu tepung gandum
sedikit garam
minyak

Cara:
1. Renjis pisang dengan sedikit air. Toskan. Biar pisang basah sedikit supaya bawang boleh melekat.
2. Tabur sedikit garam.
3. Masukkan bawang tumbuk dan gaul.
4. Taburkan tepung gandum dan gaul rata.
5. Panaskan minyak. Goreng.
6. Bila pisang berubah warna kuning keemasan, angkat. Toskan minyak.
7. Siap untuk dihidangkan.

Tiada ulasan: