ADSENSE

Jumaat, 31 Disember 2010

Peria Goreng Udang Kering

Eloklah kita gandingkan lauk berlemak-lemak dengan sayur pahit seperti peria. Saya masak biasa saja sama seperti rakan-rakan yang lain masak. Mungkin juga paparan resepi semudah ini dapat membantu rakan-rakan muda terutama adik-adik dan anak remaja yang sedang berjinak-jinak dengan dapur untuk mencubanya. Sebenarnya pahit peria membawa banyak khasiat kerana kajian menunjukkan peria merupakan sumber vitamin yang baik di samping  rendah kalori dan berfiber tinggi. Peria juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zat besi, fosforus dan manganese. Dan banyaklah khasiat lain seperti baik untuk pengidap diabetis... dan..dan...dan.... saya tak boleh lupa makan kerabu peria dan peria goreng garing. Harap suatu hari nanti saya akan buat resepi itu.

Bahan-bahan:
1 biji peria sederhana besar
50 gram udang kering (rendam seketika dan kemudian ditumbuk)
2 biji telur
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 biji lada merah (dihiris)
minyak
serbuk pati belacan

Cara:
1. Bersihkan peria dan hiris ikut suka.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis kesemua bahan yang ditumbuk hingga naik bau. Masukkan hirisan lada merah.
3. Masukkan hirisan peria dan gaul rata.
4. Pecahkan 2 biji telur di atas peria dan dan biarkan seketika. Gaul lagi.
5. Taburkan serbuk pati belacan.
6. Siap. Boleh angkat dan hidangkan.

Tiada ulasan: