ADSENSE

Khamis, 16 Disember 2010

Ikan Pari Masak Pecak

Waktu kami kecil dahulu, emak suka masak pecak ikan pari. Rasanya amat enak tapi sayangnya saya tidak mewarisi kepandaian itu kerana saya tidak pernah membuatnya...namun saya cuba memasaknya walaupun tidak seenak air tangan emak....

Bahan-bahan:
500 gram ikan pari
7 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
10 biji cili api (warna hijau)
3 butir isi kencur
3 helai daun kencur
limau kasturi / asam jawa
2 cawan santan pekat (perah gunakan air masak)
garam & gula secukup rasa

Cara:
Bersihkan ikan pari. Lumur dengan sedikit garam dan panggang. Bawang putih, bawang merah digoreng. Tumbuk bersama cili api dan isi kencur. Masukkan ke dalam mangkuk bersama santan pekat. Masukkan garam dan gula serta perahan limau kasturi atau air asam jawa. Siat-siat ikan pari panggang dan tuang santan tadi ke atasnya. Taburkan daun kencur yang di mayang sebagai hiasan. Boleh dihidangkan bersama ulam-ulaman.

Tiada ulasan: