ADSENSE

Sabtu, 18 Disember 2010

Mee Goreng Sea Food

Alas perut kami pagi ini ialah mee goreng sea food dengan teh 'o'.

Kelmarin memang saya sengaja masak sambal tomato lebih sebab sambal ni tahan lama tapi kena lebihkan sedikit minyaklah. Banyak kegunaan sambal tomato yang saya buat tu...misalnya pagi ini saya gunakannya untuk masak goreng mee. Saya gunakan mee kering. Mungkin ada yang tak biasa dengan mee kering. Di bawah ni rupa mee kering yang baru saja saya masukkan dalam periuk untuk direbus.....

Rebus mee kering antara 3 hingga 5 minit.

Toskan mee tersebut. Kemudian cuci dengan air dan toskan sekali lagi. Setelah itu bolehlah masak mee tersebut bersama bahan-bahan yang telah disediakan. Di bawah ini ialah rupa mee goreng sea food yang saya masak.

Bahan-bahan:
400 gram mee kering
300 gram sotong
300 gram udang sederhana besar
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih
5 sudu sambal tomato
3 tangkai sawi manis
2 sudu kicap
1 sudu sos tiram
minyak
sedikit garam

Cara:
Tumbuk bawang putih dan bawang merah. Bersihkan sayur sawi manis, udang dan sotong. Potong ikut suka. Panaskan minyak. Goreng bawang merah dan bawang putih tumbuk. Setelah naik bau, masukkan sambal tomato. Masukkan udang dan sotong. Gaul rata. Biarkan seketika. Masukkan mee disusuli dengan sos tiram dan kicap. Akhir sekali masukkan sayur sawi manis. Boleh tambah sedikit garam jika kurang masin. Angkat dan hidangkan.




Tiada ulasan: