ADSENSE

Jumaat, 17 Disember 2010

Kerabu Taugeh & Pucuk Paku

Seorang rakan saya (melalui facebook) berminat untuk mengetahui bahan membuat kerabu di bawah ini. Katanya dia suka makan kerabu dan berhasrat untuk membuatnya. Jadi, saya perturunkan ilmu membuat kerabu taugeh dengan pucuk paku seperti di bawah..... moga rakan saya (Salawati) dapat menghasilkan kerabu yang enak.....


Bahan-bahan:
1 cekak pucuk paku
300 gram taugeh
1/2 batang lobak merah (dipotong nipis)
1 cawan kelapa parut
4 batang serai (dimayang halus)
5 biji bawang putih (ditumbuk)
5 biji bawang merah (ditumbuk)
7 biji cili padi (ditumbuk)
1/2 cawan udang kering (direndam dan ditumbuk)
2 biji limau kasturi
garam
gula

Cara:
1. Celur seketika pucuk paku, taugeh dan lobak dan toskan.
2. Gaul semua bahan tumbuk dan serai yang dimayang bersama kelapa parut.
3. Goreng tanpa minyak kesemua bahan di atas sehingga wangi atau jika suka sehingga berwarna kekuning-kuningan.
4. Gaul rata kesemuanya sekali di dalam sebuah mangkuk besar.
5. Tambah sedikit garam dan gula.
6. Perahkan air limau.
7. Siap untuk dihidangkan.

Tiada ulasan: