ADSENSE

Jumaat, 31 Disember 2010

Itik Panggang

The Ugly Duckling.... he he   itu kisah sedih telur angsa yang tersesat masuk ke sarang telur ituk... ini nak cerita tentang masakan itik. Tidak semua menggemari itik, dan tidak semua orang pernah makan daging itik. Waktu kecil-kecil dulu, jiran suka bagi lauk itik masak kicap. Pernah sekali saya teringin makan itik, jadi emak suruh ayah beli itik... waktu tu esok nak raya...saya sendiri kena kerjakan itik nan seekor tu....ingat lagi harganya 13 ringgit (tahun 1980-an). Emak biarkan saya masak sendiri sebab katanya saya 'mengidam' itik. Saya masak rendang tapi oh Tuhan! Liatnya daging itik! Berjam-jam lamanya menunggu daging itik menjadi lembut. Lepas tu taubat tak mahu masak dan tak teringin lagi makan daging itik. Dah lupa pasal itik... tapi dapat jodoh keluarga yang mempunyai ternakan itik. Dari sebelah suamilah saya banyak belajar tentang masakan daging itik. Tapi resepi kali ini saya ubahsuai sendiri, cuma asasnya saya ikut cara mereka untuk melembutkan daging itik. Sebenarya kalau pandai masak daging itik, memang rasanya sedap....

Bahan-bahan:
1 ekor itik
10 biji bawang putih (dipecahkan)
1 labu bawang besar (dicincang)
halia (dicincang)
stok ayam

Bahan untuk memerap (panggang)
sos tiram
lada putih
mentega

Cara:
1. Panaskan air dalam periuk atau kuali saiz besar.
2. Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia.
3.Masukkan itik dan stok ayam.
4. Rebus hingga empuk dengan api perlahan. (saya ambil masa 2 jam sehingga airnya menjadi pekat... boleh buat sos)
5. Angkat dan toskan.
6. Lumurkan dengan bahan untuk memerap.
7. Panggang dengan api perlahan dalam oven.
8. Keluarkan dan potong ikut suka. tuang lebihan air rebusan yang pekat tadi sebagai sos.
Selamat menjamu selera.

Tiada ulasan: