ADSENSE

Jumaat, 17 Disember 2010

Ikan Baulu Panggang & Sambal Tomato & Ulam-Ulaman

Mungkin ada yang tidak mengenali ikan baulu. Atau ada nama lain untuk ikan ini. Rupanya seperti di bawah ini... ada saiz kecil dan saiz besar. Yang ini saiz sederhana..lebih kurang 1kg seekor sebab kami beli 3 ekor seberat 3kg, jadi buat anggaran berat sajalah memandangkan saiznya pun lebih kurang sama.

Saya pilih seekor saja untuk hidangan sekeluarga...
kononnya nak panggang...tp dengan cara saya yang
tersendirilah ye...


Di bawah ni....beginilah rupa baulu panggang
saya yang dah siap...nak tahu macamana....

Bahan-bahan:
1 ekor ikan baulu yang sederhana
garam
kunyit
lada putih

Cara:
Bersihkan ikan baulu. Potong menjadi 2 bahagian.Lumurkan dengan sedikit garam dan kunyit. Tumbuk lada putih dan tabur di atasnya.Oleh kerana tiada daun pisang atau daun kunyit, saya panggang atas daun lengkuas. Bukan panggang atas bara tapi dalam kuali serba guna. Boleh letak minyak sedikit kalau tidak mahu terlalu kering.
Saya buat sambal tomato untuk digandingkan dengan baulu panggang ini beserta ulam-ulaman. Di bawah ni bahan-bahan untuk sambal tomato saya...

Bahan-bahan:
5 biji tomato saiz besar
5 biji cili merah besar
15 biji cili api
2 labu bawang besar
10 ulas bawang putih
belacan
serai
garam
gula
minyak

Cara:
Kisar kesemua bahan kecuali tomato dan serai. Potong setiap buah tomato kepada lapan bahagian.(Tomato boleh dikisar jika suka.) Serai diketuk. Tumiskan kesemua bahan kisar. Lebihkan sedikit minyak. Setelah naik bau, masukkan tomato dan serai. Tutup dan biarkan masak dengan api perlahan selama 1/2 jam. Kacau sekali sekala sehingga buah tomato hancur bersama bahan yang lain. Masukkan garam dan gula mengikut rasa. Sambal tomato siap untuk dihidangkan.

Inilah rupa sambal tomato saya. Biasanya saya hidangkan bersama ulam-ulaman seperti di bawah ini. Ada kacang botol, kacang bendi, tomato dan petai...



Hari ini kami sekeluarga makan nasi berlauk ikan baulu panggang dengan sambal tomato dan ulam-ulaman.

Tiada ulasan: