ADSENSE

Jumaat, 3 Ogos 2018

Sambal Tempoyak dengan Petai

Ada sedikit lebihan tempoyak dalam peti sejuk, dan masih elok. Nampaknya tahun ini belum ada ura-ura untuk membuat tempoyak memandangkan bekalan durian di LD sangatlah kurang! Mudah-mudahan, akan berjumpalah nanti dengan longgokan durian yang boleh dimiliki dengan harga mampu beli...hiks!
Tengahari ini Amie sempat olah sambal tempoyak sebagai salah satu hidangan di antara lauk-pauk yang ada. Amie gunakan cili merah, cili hijau dan sedikit cili padi. Amie tambahkan tomato, udang kering dan petai.

Bahan-bahan:
1 cawan isi petai
3 helai daun kunyit - hiris halus
5 sudu besar tempoyak
2 batang serai - dititik
1/2 cawan udang kering yang sudah dikisar
1/2 cawan minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar:
10 biji cili merah
10 biji cili hijau
10 biji cili padi
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1/2 inci kunyit hidup

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar bersama udang kering dan serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan tempoyak dan petai, dan jika agak kering boleh tambahkan sedikit air.
3. Gaul rata dan masak seketika lagi.
4. Masukkan hirisan daun kunyit, garam / gula / perasa pilihan.
5. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.

Aduhai!

1 ulasan:

notie berkata...

wah sedapnya sambal tempoyak dengan petai. Ada kawan tunjuk sepapan petai Rm 1 kat pasar tani shah alam. Bestnya. Durian pun dah nak habis musim ni.