ADSENSE

Rabu, 1 Ogos 2018

Memburu Ikan Laut di Darat

Kelmarin petang kami jalan-jalan lagi ke kampung sanun.
Bawa sekali Fuad dan Firdaus.
Kononnya pukul 4 petang, boleh ambil Fairuz dari sekolah.
Rasa sangat teruja sebab nak tahu ikan apa pula yang akan bergantungan di gerai-gerai sepanjang jalan. 

Biasanya di gerai ini banyak ikan besar bergantungan, tapi petang kelmarin hanya seekor sahaja moyang kerapu yang ada. Sekilo berharga RM19, dan seekor kerapu ini seberat 5 kg. Maknanya kalau nak beli kena keluarkan RM95. Kami bergerak ke gerai lain dan terjumpa kerapu bersaiz sederhana. Sederhana kecil atau sederhana besar. Ini kira anak sulung keluarga kerapulah.....hiks! Dah moyangnya 5kg seekor, anaknya kira 1 kg untuk 3 ekor!

 Kerapu yang bergantungan ini pula berharga RM12 sekilogram.

 Ikan kaci pun ada.

 Ikan kaci dan  gerut-gerut bersusun dalam gantungan.

Ikan belanak RM12 sekilogram.

Di gerai lain, nampak ikan basung segar bugar! Orang Malaya panggil ikan selayang kot! Adeeehhhh... kalau nak buah kuah laksa, memang inilah pilihan yang paling sesuai! Baru naik dari laut! Satu kilogram RM9.

Sama seperti ikan basung, ikan tulai ini ( gambar atas dan bawah) juga RM9 satu kilogram. Istimewanya, ikan-ikan ini memang masih segar! Selain nama ikan tulai, ikan ini dipanggil ikan Uji Rashid kerana katanya matanya bulat besar seperti mata penyanyi Uji Rashid. Ada juga yang panggil ikan lolong.

Tak boleh pandang lama-lama ikan ni... Hati dan perasaan sudah jadi tidak tenteram sebab terbayang ikan ini siap digoreng bersusun dengan pucuk ubi masak lemak dan sambal belacan terhidang atas meja! Bukan apa... lain benar rasanya ikan segar goreng berbanding ikan yang sudah lama menghuni peti sejuk!

 Ada ikan kembong saiz besar dan saiz sedehana kecil juga!

Semua ikan yang kami beli, Encik Suami yang pilih. Selain ikan kembung saiz kecil dan besar, kami beli ikan kerapu. Tak banyak. Sekilogram saja.

 Ikan gerut- gerut pun Encik Suami rembat satu ikat!
Memang sedap kalau masak goreng berlado!

Encik Suami memang tak boleh nampak ikan belais!
Entah berapa berat timbangan ikan belais itu, sebab Encik Suami ambil semua yang ada di situ. Tak banyak pun ikan belais pada petang kelmarin. Mungkin dalam 7 atau 8 ekor sahaja.

 Dan sudah tentu kami beli ikan tulai! Petang kelmarin Amie goreng 6 ekor. Habis licin!

Minggu lepas Amie makan durian, dan tengah malam muntah dan cherry berry sehingga kelemasan keesokan harinya. Kelmarin nampak durian di tepi jalan, kami singgah dan beli lagi. Nampaknya tak 'kapok' dengan peristiwa malam itu!

Tak tahulah durian apa. Sekilogram Rm15. Sebiji RM33, lebih 2 kg. Rasanya pun sangat istimewa. Dalam sebiji durian itu ada yang manis, tawar dan masam! Apa nak buat! Mana lagi nak cari durian di LD ni?

Singgah beli cili hijau. Fuad suka sangat makan cili hijau goreng. Jadi kami beli RM5. Banyak jugalah kami dapat. Yang puas hatinya sebab cili hijau ini tanaman orang kampung di situ.

Kali ini tidak banyak nanas kampung yang dijual. Alhamdulillah, kalau di bandar LD berharga RM6 untuk sekilogram, di sini hanya RM3 untuk sekilogram. Kami beli dua biji, konon nak masak pajeri, tapi tak tahu bila nak masaknya!

Murahlah pulak petai yang kami jumpa kali ini. Satu ikat RM10, tapi tak sampai 1 kg. Amie beli 2 ikat. Di bandar selain susah nak dapat, harganya juga mencecah RM20 untuk sekilogram.
Wokeeeyyy...
Nampaknya sudah agak lewat!
Janji untuk ambil Fairuz di sekolah pada pukul 4 petang tapi pukul 3.50 barulah kami bergerak meninggalkan kampung!
Tiba di sekolah hampir 4.20 petang!

Masih terbayang moyang kerapu yang tergantung!
Dan terima kasih buat penjual durian serta petai, kerana sudi berikan kami secara percuma 5 biji buah cempedak!


4 ulasan:

Cheq Sue berkata...

Segar segarnya ikan tu kak, memang sedap kalau goreng garam kunyit garing garing makan dengan sayur lemak putih.... aduhhh

Bearcat berkata...

Saya suka makan ikan. Tapi bab nak siang tu yang tak best hihi. Segar-segar ikannya.

notie berkata...

Seronoknya tenguk ikan segar-segar mesti sedap terus di masak. Hari ini banyak jenis ikan saya belajar. Terima kasih cikgu Amie

Amie berkata...

Cheq Sue,
lagilah kalau makan waktu tengahari ye.

Bearcat,
Saya suka siang ikan yang tak bersisik hihihiii...

Notie,
Sama-sama kasih.