ADSENSE

Sabtu, 11 Ogos 2018

Kenali Jantina Ketam Renjong @ Ketam Bunga

Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen.
Sesekali paparkan gambar bahan masakan, okey juga kan?
Adalah kelainannya bia masuk dapur, sebab selalu nampak masakan yang dah siap.
Hari ini Amie hidangkan ketam pula....ketam yang belum diolah!
Antara jenis ketam yang biasa kita jumpa di pasaran sudah tentulah ketam renjong atau ketam bunga.
Ada juga yang panggil ketam bunga.

Kalau nak beli ketam, orang kata kena pilih yang berat sebab isinya penuh! Yang agak ringan itu isinya sudah menyusut, mungkin disebabkan sudah agak lama berada di darat atau di pasar.
Dan satu lagi, bagi peminat telur ketam eloklah belajar mengenali jantina ketam! (Ini untuk yang belum kenal jantina ketam).

Ketam di atas ini ketam renjong @ bunga jantan. Sepitnya warna biru dan yang penting ketam jantan dikenali melalui bentuk tiga segi memanjang di dada ketam. 

 Ini pula ketam betina. Macamana nak kenal jantina ketam betina?
Lihat gambar di bawah ini.

Di dada ketam betina terdapat bentuk tiga segi yang hampir menutupi sebahagian besar dada ketam.

 Sekarang sudah boeh bezakan jantina ketam bukan?

Sekilas ketam di pasar, sudah ku tahu jantan betinanya!

Terima kasih!
Jom masak ketam.

Tiada ulasan: