ADSENSE

Sabtu, 30 Jun 2018

Hari Raya Kedua di Negeri Sembilan

Tidak banyak yang dapat Amie kongsikan sepanjang hari raya kedua, kerana ada cerita yang tak berapa selesa...ahaks!

Lebih kurang pukul 9:30 pagi kami bertolak menuju ke Sungai Jai. Dari kelmarin tengahari, beberapa orang ahli keluarga mula sakit perut, dan sepanjang malam hingga ke pagi berkali-kali masuk bilik air. Sepanjang perjalanan memang ada di antara kami yang terpaksa berhenti melepaskan qada' hajat.

Dan masing-masing rupanya membawa bekalan ubat Chi Kit. Ada yang sempat telan dalam kereta termasuk Amie!
Seperti dua tahun sebelumnya, sekali lagi kami berkesempatan berhari raya di kampung keluarga Chah. Cuma kali ini, bezanya suasana terganggu oleh masalah perut! Bukan seorang dua, tapi semua yang berkonvoi ke Negeri Sembilan, kecuali yang kecil : Firdaus dan anak Chah, Aisy.

 Syukurlah, budak-budak kecil perut tak meragam!
 Yang dewasa, terpaksalah bersabar menunggu giliran masuk bilik air!

 Apa pun hidangan yang disajikan oleh tuan rumah tetap kami jamah kerana begitu menggamit selera! Mertua Chah hidangkan nasi lemak, lemang, rendang dan lain-lain.

 Rugi tak jamah. Semua rasa ada. Yang pedas, yang manis... alahai!

Sebagai langkah berjaga-jaga, sekali lagi kami telan Chi Kit!

 Sekurang-kurangnya dapat menahan gelodak isi perut di rumah yang berikutnya!

 Sayangnya, sepanjang berhari raya dari rumah ke rumah pula kami tinggalkan 'kenangan!'

 Tak sempat nak ambil banyak gambar.

 Sekadar menjamah mana yang ada di depan mata!


Kasihan pula, tuan rumah sudah menyediakan pelbagai hidangan. Apa pun kami jamah juga sedikit sebagai tanda penghanghargaan.

Menjelang petang, kami berangkat pulang setelah menziarahi beberapa buah rumah keluarga Chah. Kami sampai ke rumah Bonda menjelang pukul 10 malam. Pada masa itu perut pun mula rasa selesa! Alhamdulillah.
 

1 ulasan:

notie berkata...

Alahaiii agaknya perutnya terperanjat kut sebab sebulan berpuasa kurang makan setelah raya menderu-deru makanan masuk ke usus...tu yang dia weng sekejap kut. hehehehe
Tapi seronok kan dapat berkunjung mengeratkan silaturahim saudara mara yang masih ada.