ADSENSE

Selasa, 5 Jun 2018

Belacan Cocos

Belacan?
Resepi belacan?
Entahlah.... Dah memang begitu namanya. Orang Melayu Cocos di LD menyebutnya dengan panggilan sedemikian. Amie namakanlah sebagai Belacan Cocos.
MIL yang beranggungjawab perkenalkan resepi Belacan ini semasa hayatnya masih ada. Bukan resepi buat belacan ye, tapi sejenis masakan yang mengandungi belacan, dan namanya tetap juga Belacan!
MIL & FIL suka sangat dengan hidangan Belacan! 
Mulanya Amie pun hanya melihat sahaja bagaimana MIL sediakan Belacan itu. Waktu makan, Amie hanya cuit sedikit.
Anehnya, Belacan ini mendapat tempat juga sebagai salah satu menu di antara lauk-pauk semasa kenduri-kendara. Kalau MIL olah Belacan, memang tak tinggal walau seketul!
Beberapa hari lepas memang Encik Suami sebut-sebut Belacan!
Dibelinya satu tin ikan sardin, katanya nanti Mommy boleh buat Belacan.
Amie diam, tak menyahut. Malah, tengahmalam sempat telefon Fuad ditingkat bawah supaya masak saja ikan sardin sebagai lauk bersahur. (Tanpa sedikit pun rasa bersalah bahawa sardin itu Encik Suami mahu supaya Amie buatkan Belacan!)
Kelmarin, sempat singgah di pasar raya, dan 'terambil' satu tin mackerel. Hurrrmmm... kalau dah namanya ikan dalam tin, rasanya sesiapa pun dengan mudahnya akan menyebut sebagai ikan sardin!
Petang tadi, tertidur bersama Firdaus!
Mimpi masak Belacan!
Terjaga dari tidur, terus solat Asar dan bergegas ke dapur. Terpandang satu tin ikan mackerel (kira sardin juga ...hiks), terus cari bahan lain untuk dibuat Belacan.
Encik Suami yang baru pulang, senyum saja lihat bini kesayangannya bergelumang dengan belacan di dapur....ahaks!

MIL kata, Belacan ini membuka selera untuk makan!
Hidangkan sahaja dengan nasi panas, ikan goreng dan sayur berkuah...walllaaaaa!

Bahannya pun ringkas dan mudah diperoleh. Biasanya MIL gunakan ikan saiz dalam tin yang kecil. Bilangan cili padi, terpulang atas citarasa masing-masing. Kalau nak pedas bubuhlah lebih. Kalau tak tahan pedas, bubuhlah dua tiga biji sahaja. Bawang merah dan bawang putih pun, ikut suka nak berapa banyak. Telur gunakan sebiji saja. Kalau nak gunakan perasa, terpulanglah nak bubuh perasa apa. Amie selalunya tulis 'perasa pilihan' sebab masing-masing ada 'perasa' kegemaran sendiri. Nak tambah garam atau gula, atau perencah cukup rasa, atau pak aji, itu terpulanglah. Dan satu lagi, saiz belacan yang Amie gunakan, seketul dari dalam kotak. seberat 20 gram. Belacan inilah yang MIL gunakan.

 Inilah ikan mackerel dalam tin yang Amie gunakan untuk membuat Belacan Cocos. 

Inilah isi ikan mackerel.

 Antara peralatan yang paling diperlukan untuk membuat Belacan Cocos ialah lesung!
Jom kita lihat bahan-bahan resepi di bawah ini.

Bahan-bahan:
1 tin kecil ikan mackerel / sardin - asingkan isi dengan sos
1 biji telur
minyak
garam / perasa pilihan

Bahan tumbuk:
20 biji cili padi - boleh tambah atau kurangkan - ikut kepedasan yang diingini
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
20 gram belacan

Cara:
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan cili padi. Terpulang nak tumbuk lumat atau separuh lumat. Kemudian masukkan belacan dan tumbuk sebati.

Amie lebih suka kasar-kasar sikit, tapi kalau tumbuk lumat pun tak jadi masalah. Cantiklah nanti hasilnya bila digoreng.

 2. Masukkan ikan mackerel / sardin ke dalam lesung yang berisi bahan tumbuk tadi.


 Sos ikan mackerel / sardin tinggalkan ye. Tak perlu masukkan dalam lesung!

 Macam inilah rupanya ikan mackerel masuk dalam lesung.

3. Tumbuk sedikit ikan mackerel / sardin agar sebati dengan bahan tumbuk yang lain. Pada  masa ini bolehlah masukkan bahan perasa.

 4. Pecahkan sebiji telur ke dalam lesung.


5. Gaul sebati bersama bahan tumbuk di dalam lesung.
6. Panaskan minyak, dan goreng seperti menggoreng jemput-jemput. Terpulang untuk membentuknya, nak lonjong, nak bulat atau leper.

MIL suka perahkan jus limau kasturi di atas Belacan Cocos yang siap digoreng. Hurrmmm.... terkenang arwah MIL & FIL sewaktu bersahur.  Selain Belacan Cocos, MIL akan sediakan FIL air kelapa! Setiap malam di bulan Ramadhan memang FIL akan minum air kelapa muda. Kenangan ini terbayang di ruang mata ketika sibuk menyiapkan Belacan Cocos, Encik Suami meminta Fuad sediakan air kelapa muda untuk berbuka puasa. Fairuz pula, dimintanya mengisar mangga udang yang baru dikutip Encik Suami.

6 ulasan:

LiNa_Pg berkata...

unik betul resepi ni k. amie. pasti memikat selera.
Masuk list dulu. ada masa boleh cuba

notie berkata...

oh sardin tu yang jadi bahan utama belacan. Dah macam bentuk bergedil ja. emm unik resepinya.

nasa mulia berkata...

Nanti boleh try, unik resepi tu yang guna based sardin.

Puan Hazel berkata...

Unik sangat. Boleh try nanti sebab nampak mudah je tu.

aprilia berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Amie berkata...

Lina,
resepi tinggalan MIL, air tangan orang lama memang unik kan.

Nasa Mulia,
silakan, kalau tak suka rasa masin belacan, boleh kurangkan belacan.

Notie,
ye, sardin tu hero belacan hahahaaa.

Puan Hazel,
silakan, sedap ni buat lauk sampingan makan tengahari, dgn sayur berkuah dan ikan goreng.