ADSENSE

Sabtu, 30 Jun 2018

Hari Raya Ketiga di Perak

Tempat Lahir Bonda di Bagan Datuk, Perak.
Sebahagian daripada saudara-mara Bonda masih ada di sana.
Alhamdulillah, sekali lagi kami berkesempatan berkunjung ziarah ke sama pada hari raya ketiga.
Terlupa!
Raya ketiga hari ulang tahun Encik Suami!
Dalam perjalanan pulang dari Negeri Sembilan, baru teringat!

Walaupun keletihan, tapi malam itu Amie usahakan juga untuk menyediakan sesuatu buat hidangan sarapan di pagi hari sebelum berangkat ke Perak.

Alhamdulillah, menjelang pagi Amie berjaya siapkan hidangan soto, lengkap pegedil kegemaran ramai!

 Syukurlah, perut masing-masing sudah pulih seperti sediakala. Bolehlah hirup soto puas-puas!

 Birthday cake : Anak-anak 4 orang itu yang sponsor!

 Selamat ulang tahun buat Encik Suami.
Moga gembira selalu.
Dan sihat walafiat hendaknya.

Setelah berkumpul di rumah Bonda, alas perut dengan soto hasil tangan Amie, kami pun bergerak ke Hutan Melintang. Dari kampung, ikut Simpang Ijok, terus ke Kuala Selangor, Tanjung Karang, melepasi Sekinchan, Sungai Besar dan Sabak Bernam. Akhir sekali sampailah kami ke Parit 1 Batu 18, Sungai Sumun, Hutan Melintang setelah Encik Suami tersesat membawa kami hingga ke Bagan Datuk!

 Yang lain sudah sampai ke tempat yang dituju, siap posing-posing bawah pokok kelapa!


 Kita pun nak posing jugak!

 Seronoknya bila sampai ke sini!
Tenang dan damai!

 Firdaus pun macam arnab terlepas kandang!
Lari sana-sini bersama kawan-kawannya!
Gembira dengan suasana kampung.
Maklumlah setahun sekali terlepas kandang!

 Kami posing-posing dulu sekeluarga!

 Dapat juga tangkap Firdaus bergambar sama!

 Kami berada di rumah sepupu, Kak Lijah. Bonda kata arwah Wak Perak (kakak Bonda) memang pandai membuat kuih tradisi. Bakat itu diturunkan kepada anak-anaknya pula.






 Kak Lijah dengan Firdaus.

 Kalau datang ke rumah Kak Lijah, tak sah kalau tak turun kelapa pandan setandan!
He heeee... orang Selangor datang ke Perak, memang penuh perut dengan air kelapa!

Tengahari itu, Kak Lijah hidangkan kami makan nasi dengan pelbagai lauk. Masha Allah! Kak Lijah... terima kasih yang tak terhingga kerana bersusah payah menyediakan juadah untuk kami! Gambar di atas, ialah serunding kelapa. Memang rasanya sangat sedap! Bonda selalu bercerita tentang cara penyediaan serunding kelapa yang enak! Suatu hari nanti Amie nak buat juga! Kata Bonda, gunakan kelapa yang sedang-sedang, tidak tua dan tidak muda. Kelapa parut digaul dengan bahan rempahnya, dan kemudian diperap selama 4-5 jam, dan kemudian barulah dimasukkan dalam kuali untuk proses seterusnya!




Rasanya, gigi yang sakit pun menjadi baik bila terpandang lauk-pauk yang dihidangkan! Manakan tidak! Ada telur itik dadar!

 Oh! Ampunkan kami!
Kak Lijah masak lemak putih umbut kelapa!

 Ada ikan goreng!
Rasanya 2 ekor juga Amie makan ikan goreng!

Dan sudah tentunya kami menambah nasi ke alam pinggan bila kesemua lauk di atas lengkap dengan sambal belacannya pula!

 Kak Lijah turut mrenyediakan mee rebus yang enak!

Kami bersedia untuk berangkat meninggalkan rumah Kak Lijah. Destinasi seterusnya untuk ke rumah Abang Nan, di Parit 9 bekas tapak rumah arwah Wak Perak. Terima kasih daun keladi gajah Kak Lijah. Moga rezeki Kak Lijah sekeluarga semakin bertambah.

 Ketika kami melangkah keluar, rupanya Aton bersama Wi dan anak-anak baru sampai!

Sempat bergambar ramai sebelum kami meneruskan perjalanan, meninggalkan Aton dan Wi sekeluarga beraya bersama Kak Lijah.

 Di rumah KangNan, bersama Kang Mail juga.

 Seterusnya kami bergerak ke rumah Kak Rahaniah di Simpang 4.

 Fairuz... sesekali terjumpa kerepek ubi.
Sedapkan dik?

 Terima kasih Kak Rahaniah.
Kami dihidangkan dengan mee kari.
Masha Allah! Semuanya rezeki kami pada hari itu.
Alhamdulillah, setakat ini tiada yang mengadu sakit perut!

 Petang itu kami bergerak menuju ke Tronoh.

Alhamdulillah.
Akhirnya sampai juga kami ke rumah Kang Salleh.
Keluarga Abdullah Mukhri, kata Kang Salleh. Abdullah Mukhri ialah arwah datuk kami, bapa kepada Bonda kami dan Bonda Kang Salleh (Wak Perak).
Mudah-mudahan Kak Ros sembuh sepenuhnya, dan tabah menghadapi ujian Allah di bulan nan mulia ini. 

 Anak, cucu dan cicit saudara.

 Baru sempat berkenalan dengan menantu-menantu Kang Salleh.

Terima kasih Kang Salleh dan anak-anak serta Kak Ros atas layanan baik semua. Walaupun kurang sihat, sempat juga Kak Ros bertanya kepada Kang Salleh tentang persiapan di dapur untuk menjamu kami. Ya Allah! Sesungguhnya budi baik kalian hanya Allah yang boleh membalasnya.

Malam itu Aton, Wi dan Bonda terus pulang ke kampung dan tiba di rumah pada pukul 1 pagi. Kami, anak beranak, Chah dan Kanang, Ziah dan Tri bermalam di hotel sekitar Seri Iskandar.
In shaa Allah. Jumpa lagi.
Untuk anak-anak kami: Catatan ini bertujuan untuk menperkenalkan sebahagian daripada ahli keluarga dan saudara mara sebelah Nenda di Perak.
 

Hari Raya Kedua di Negeri Sembilan

Tidak banyak yang dapat Amie kongsikan sepanjang hari raya kedua, kerana ada cerita yang tak berapa selesa...ahaks!

Lebih kurang pukul 9:30 pagi kami bertolak menuju ke Sungai Jai. Dari kelmarin tengahari, beberapa orang ahli keluarga mula sakit perut, dan sepanjang malam hingga ke pagi berkali-kali masuk bilik air. Sepanjang perjalanan memang ada di antara kami yang terpaksa berhenti melepaskan qada' hajat.

Dan masing-masing rupanya membawa bekalan ubat Chi Kit. Ada yang sempat telan dalam kereta termasuk Amie!
Seperti dua tahun sebelumnya, sekali lagi kami berkesempatan berhari raya di kampung keluarga Chah. Cuma kali ini, bezanya suasana terganggu oleh masalah perut! Bukan seorang dua, tapi semua yang berkonvoi ke Negeri Sembilan, kecuali yang kecil : Firdaus dan anak Chah, Aisy.

 Syukurlah, budak-budak kecil perut tak meragam!
 Yang dewasa, terpaksalah bersabar menunggu giliran masuk bilik air!

 Apa pun hidangan yang disajikan oleh tuan rumah tetap kami jamah kerana begitu menggamit selera! Mertua Chah hidangkan nasi lemak, lemang, rendang dan lain-lain.

 Rugi tak jamah. Semua rasa ada. Yang pedas, yang manis... alahai!

Sebagai langkah berjaga-jaga, sekali lagi kami telan Chi Kit!

 Sekurang-kurangnya dapat menahan gelodak isi perut di rumah yang berikutnya!

 Sayangnya, sepanjang berhari raya dari rumah ke rumah pula kami tinggalkan 'kenangan!'

 Tak sempat nak ambil banyak gambar.

 Sekadar menjamah mana yang ada di depan mata!


Kasihan pula, tuan rumah sudah menyediakan pelbagai hidangan. Apa pun kami jamah juga sedikit sebagai tanda penghanghargaan.

Menjelang petang, kami berangkat pulang setelah menziarahi beberapa buah rumah keluarga Chah. Kami sampai ke rumah Bonda menjelang pukul 10 malam. Pada masa itu perut pun mula rasa selesa! Alhamdulillah.