ADSENSE

Khamis, 12 April 2018

Shopping Saree dan Kacang Walnut

Petang 20 Mac 2018, kami meninggalkan Tasik Dal dan bas berenti di hadapan taman bunga tetapi nampaknya tiada rezeki kami untuk memasuki taman tersebut memandangkan ketika kami sampai masa untuk lawatan tekah tamat! Pada ketika ini (sembang dengan rakan lain yang turut sama berkunjung ke Kashmir pada hari yang sama (tidak sama rombongan dengan kami) dan mereka memasuki taman tersebut, bunga-bunga tulip sudah menguntum, dan warna-warni kuntuman tulip sudah jelas kelihatan walaupun belum berkembang dengan sempurna). Nampak gayanya, memang kena datang lagilah ke Srinagar kalau ingin melihat keindahan warna-warni bunga tulip. Itu pun entah bila...hiks! 

 Bas berhenti di hadapan Shaw Art Palace.
Jom kita intai apa yang ada di dalamnya.

 Pelbagai hasil kraf tangan berseni yang cantik dan unik!


Agak lama juga kami berada di sini. Di hati memang tidak ada hasrat untuk membeli sebarang saree, shawl atau pun beg. Cukuplah shopping di New Delhi, sepasang baju wanita Gujerat, sepasang gelang tangan, dan fridge magnet serta key chain.

Peniaga di sini rajin sungguh melayan, memujuk dan menarik minat kami supaya membeli. Bagi yang memang berminat untuk membeli saree sudah tentulah rasa teruja memilih dan membeli.

 Kita pandang-pandang sajalah, sekajap duduk di sini, sekejap duduk di sana.

Huurrmmm...sama seperti di New Delhi, kami turut dihidangkan dengan teh masalah. Ada tambahan biskut...biskut yang sama seperti Mr. Ajaz berikan kami sekotak seorang di houseboat!

 Jomlah, minum dulu secawan!


Untuk hilangkan lenguh letih menunggu proses tawar-menawar, akhirnya kita pun ikut ambil bahagian juga!

 Dan, kopaklah INR3200 beli sehelai (6 meter) di atas tu!

 Beginilah keadaannya di dalam kedai ini. Dah penat, duduklah atas bangku!

 Wokeh! Kita berangkat tinggalkan Shaw Art Palace.


 Kami teruskan perjalanan dan bas berhenti di hadapan kedai...kedai kacang-kacang!




 Pelbagai jenis kekacang dijual di sini.

 Ada kacang pistachio, kacang walnut, kacang gajus dan sebagainya. 



 Sebelum mengambil keputusan untuk membeli kekacang di situ, kami mencuba terlebh dahulu. 

Tak tahulah murah ataupun mahal harga kekacang di sini. Amie beli 6 bungkus kacang walnut dan dua bungkus besar kacang campuran seberat 500 gram setiap sebungkus. Pada mulanya Amie tidak tahu bagaimana untuk memakannya. Dah sampai rumah barulah belajar makan kacang walnut! Antara kacang-kacang yang bercampur termasuklah kacang walnut, kacang gajus, kacang badam dicampur dengan kismis, buah kranberry dan manisan (buah kecil-kecil tak tahu nama). Rupanya kacang walnut sungguh sedap dimakan bersama kranberry kering dan juga kismis!


 Ehsan: Google

Pada hari kami meninggalkan Pahalgam, tour guide (Mr. Tariq) memberitahu kami hasil pertanian terbesar di Kahsmir ialah dari ladang walnut. Ketika itu beliau menunjukkan pokok-pokok walnut yang kelihatan gondol tanpa daun, maklumlah di penghujung musim dingin!

Tidak lupa juga, Amie sempat sambar satu tin teh Kashmir, dan sempat pula merasa segelas kecil teh Kashmir panas. Uniknya, selain rasa manis madu dan rempah-rempahan, hirisan halus kacang badam di tambah dalam minuman ini (lihat gambar di atas).

Tiada ulasan: