ADSENSE

Ahad, 8 April 2018

Makan Tengahari di Priya Restaurant Agra

Sebaik sahaja melangkah keluar dari pintu pagar Taj Mahal, bas membawa kami ke sebuah restoran untuk makan tengahari. Memang tak sabar untuk melihat hidangan yang bakal disajikan. 

Nampak sungguhlah gaya orang tamak hahahahaa! Semua nak dirasa walaupun tak tahu apa namanya!




Mula-mula kami dihidangkan dengan sup jagung. Cantik supnya! Meriah berwarna-warni! Sedap pula tu.

Oleh kerana dihidangkan bersama roti, kami pun terus celup roti dalam sup. Rotinya pula masih panas, ada bawang putih didalamnya. Walaupun tak pernah makan, tapi tetap menyelerakan!

 Tidak lama kemudian datang pula mangkuk berisi lauk-pauk, datangnya satu persatu.
Disusuli pula dengan nasi!

 Cantik pula nasinya!

Gambar di atas tu katanya kurma ayam, setelah Amie tanya kepada pelayan restoran. Yang lain Amie tak ingat apa namanya.


Dan datang pula beberapa jenis makanan yang lain, mungkin boleh dimakan bersama nasi atau roti juga!


 Bila terkumpul kesemuanya, jadilah seperti gambar di atas!
Kami pun sambung makan lagi walaupun perut sudah berasa kenyang makan roti dengan sup jagung! Rugilah kalau tak mencuba!

 Hidangan terakhir kami ialah sepiring halwa kundur!

Ini dia Restoran Priya, salah sebuah restoran yang menghidangkan makanan halal di Agra.
Suasana dan hidangan makanannya memang berbeza dengan restoran mamak di tempat kita!
Gambar di atas ini sebenarnya diambil sebelum makan tengahari (kalau tak silap). Kami dibawa melawat ke tempat ukiran pembuatan barang hiasan daripada batu marmar. Oleh kerana tidak dibenarkan ambil gambar, jadi tak dapatlah Amie nak kongsikan sebarang info di sini. Kami dihidangkan dengan secawan kecil minuman panas iaitu teh masala. Inilah buat kali pertamanya Amie minum teh susu beraroma halia, buah pelaga dan kayu manis, mungkin juga ada campuran bunga cengkih. Sedap! 
Terima kasih sudi hidangkan teh masala untuk kami.

Dan aktiviti terakhir pada petang 19 Mac 2018 itu, kami membeli-belah di salah sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis saree di tingkat atas. Amie sempat membeli sehelai baju Gujerat berwarna merah sebagai kenangan berharga INR3200. Nampaknya Salawati dan Dayah juga memilih warna merah, manakala Kamsiah memilih warna biru tua. Sementara menunggu yang lain memilih saree kegemaran masing-masing, kami turun ke tingkat bawah memilih gelang, fridge magnet, keychain dan sebagainya. Amie tidak melepaskan peluang membeli sebuah pinggan berukir Taj Mahal dan sebuah buku resepi  Saffron Plate - Kashmiri Cuisine with a Historic Perspective berharga INR750/-

Maka berakhirlah cerita tentang Agra untuk hari ini. Kami kembali ke New Delhi untuk merehatkan diri dan bersiap ke lapangan terbang bagi meneruskan kembara ke bumi Kashmir pula.

Entri berkaitan perjalanan ke India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) :
Melancong ke India : Persediaan Awal
Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - New Delhi
India : Kami Datang! Bermalam di Glitz Westend Inn
Taj Mahal - Sehari Bersama Salman Khan di Agra
Makan Tengahari di Priya Restaurant Agra
New Delhi - Srinagar - Dal Lake
Dal Lake Houseboats
Menjamu Selera di Houseboat Dal Lake
Shopping Saree dan Kacang Walnut
Pahalgam - Hotel Pine Spring - Menunggang Kuda di Kaki Gunung
Gulmarg - Gondola Ride - Sledge - Snowbike - Skiing
Mengintai ke Luar Jendela Pahalgam - Srinagar - Gulmarg

Jejak Kenangan Yang Tertinggal di New Delhi - Agra - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg

2 ulasan:

notie berkata...

Banyak juga menu makanan dia. Mula-mula rasanya semua nak rasa tapi bila dah hujung-hujung mesti dalam hati nak sambal malaysia. hehehehehe tak pun terbayang roti canai mesia ke.

Amie berkata...

Notie,
hujan emas di negeri orang, hujan batu negeri sendiri, baiklah di negeri sendiri, setakat boleh isi perut sudah satu kesyukuran sebab tidak semuanya yang sesuai dengan selera, apa pun ia satu kesempatan untuk merasai makanan di tempat orang, hahaaaaaa...mmg roti canai mesia terbaik punya!