ADSENSE

Selasa, 10 April 2018

Dal Lake Houseboats

Ketika ini masih terkenang lagi keterujaan menaiki shikara menuju ke rumah bot atau house boat di Tasik Dal! Masih terpandang-pandang ukiran indah di setiap ruangan rumah bot! Itulah salah satu keistimewaan Kashmir, selain shikara!

Oh! Ukiran kerawang yang sarat dengan pelbagai motif menggamit kaki untuk cepat-cepat melangkah meninggalkan shikara! Kalau boleh ingin terus melompat ke pelantar dan meniti anak-anak tangga menuju ke beranda!

Tidak sabar rasanya untuk mengambil gambar dengan pelbagai gaya (tak tahu aksi apa lagi dah hihihiiii) di bahagian hadapan rumah bot! Terasa seperti berada di istana kerajaan Mughal pulak dah!

Di rumah inilah kami bakal menginap pada keesokan malam sekembalinya dari aktiviti menunggang kuda di kaki gunung Pahalgam. Kami menginap di dalam 3 buah rumah bot milik Mr. Ajaz di Chicago Deluxe of Houseboats. Nombor telefon beliau : +91(0) 194 250 2558.

Inilah dia  Manager untuk Chicago Group of House Boats, Mr. Ajaz Khar.
Beliau memberikan kad Chicago Group of House Boats kepada kami. Jadi sesiapa yang berhasrat untuk mencari penginapan di sana bolehlah menghubungi beliau di alamat : Gate No. 9, Bulward Road, Golden Dal Lake, Post Box No: 68 Srinagar, Kashmir-190001 (INDIA)
Ph: +91-194-247-7489
Mob: +91-941-906-1430 & +91-969-734-5378
Website: www.chicagohouseboats.com
e-mail : chicagodallake@hotmail.com & chicagodallake@yahoo.co.in
Mr. Ajaz sangat mengambil berat kebajikan tetamunya! Beliau sentiasa ada setiap kali kami pulang ke house boat atau meninggalkan house boat. Walaupun setiap house boat mempunyai pelayan masing-masing, tetapi Mr. Ajaz tetap memunculkan dirinya terutama sewaktu makan malam atau bersarapan,  bertanya sekiranya ada apa-apa yang kurang!

Jom tolak pintu house boat dan terjah masuk!
Taraaaaaaaa......

Inilah ruang tamu house boat kami. Kami menginap selama dua malam di house boat ini. Bukan sahaja anjung rumah yang sarat dengan ukiran pelbagai motif, tetapi di bahagian dalam juga tidak kurang cantiknya!

Selain karpet tebal yang berkualiti, ruang tamu dilengkapi dengan set kerusi kayu berukir serta meja hias serta meja kopi yang cantik! Selain lampu hiasan yang cukup indah, siling house boat juga tidak kurang menariknya dengan lorekan yang cukup istimewa!

Sekejap-sekejap Amie tangkap gambar di luar (tertangkaplah gambar mak dara pingitan berdua ni)  dan sekejap-sekejap masuk ke dalam house boat. Jom teruskan cerita di dalam lagi.

Ruang tamu turut dilengkapi dengan televisyen, pasu-pasu berisi bunga hidup dan juga lukisan dari kain yang tergantung di dinding.

Makcik pun tak mahu lepas peluang bergambar di satu sudut house boat!
Dari ruang tamu yang agak luas, kita terus ke belakang, intai ruang makan pula.

Di sinilah meja tempat kami makan malam dan sarapan selama kami berada di sini.

Sebuah peti sejuk berwarna merah terletak berhampiran almari di sudut sebelah kiri. 

Juga terdapat almari hias di bahagian belakang meja makan dan sebuah lagi di sudut sebelah kanan.

Ini merupakan lorong kecil di sebelah kiri yang akan kami lalui untuk sampai ke bilik kami. Terdapat sebuah bilik kecil sebelum tiba di bilik pertama. Selain terdapat peralatan menghidang, bilik ini dijadikan tempat simpan kayu api (kayu yang akan dijadikan bahan bakar untuk memanaskan ruang tamu).

Lihat susunan kayu di sudut sanun!
Kayu tersebut akan dimasukkan ke dalam tempat pendiang dan dibakar untuk menghasilkan haba panas. Suhu di sini ketika kunjungan kami menjejah 7'C pada waktu malam.

Wokey....
Kita terus masuk ke bilik pertama.
Mata terpaku melihat suasana 'bilik pengantin' yang laksana 'bilik puteri Mughal' yang serba merah!

Langsir merah!
Kerusi merah!
Cadar merah!

Selinder logam di kaki katil bersebelahan jambangan bunga itu ialah tempat pendiangan, tempat kayu api dibakar untuk memanaskan suhu pada waktu malam. Bagaimanapun selinder tersebut tidak digunakan di dalam bilik kami kerana setiap katil kami sudah dipasang pemanas letrik. Pada waktu pagi sebaik sahaja kami bangun dari tidur, jika terus ke ruang tamu, di situlah kami dapat merasa suhu panas dari bahan bakar di dalam selinder logam itu.

Karpet pun merah juga! Terlupa pula untuk tangkap gambar bilik air di bilik ini. Bilik ini dihuni oleh Izah dan Ilah serta si kecil comel Areefa.

 Ambil aura merah!

Cantikkan motif bunga-bungaan yang diukir pada pintu...itu pintu masuk bilik air beb!

Sempat mengintai bilik kedua, bilik Salawati dengan Dayah.

Kalau tadi kita saksikan bilik merah menyala, kali ini kita lihat sentuhan warna lembut pastel pula!Kelengkapannya juga sama seperti bilik yang pertama.

Dan, inilah bilik Amie dengan Kamsiah yang terletak paling hujung dan agak luas sedikit. Sama seperti bilik yang lain, dilengkapi dengan karpet tebal, gambar-gambar hiasan, lampu-lampu dan juga kipas siling yang kecil comel!


Ini bilik air kami. Bekalan elektrik dan bekalan air sangat terhad di sini. Setiap malam, bekalan elektrik akan terpadam pada pukul 10, dan akan disambung menjelang pagi. Untuk bekalan air panas, setiap pagi dikatakan pekerja house boat akan memasak air dan memasukkan air panas tersebut ke dalam tangki air.

Ini almari pakaian kami.


Boleh nampak dengan jelas selinder logam yang diletakkan dalam setiap bilik. Ada penutupnya di bahagian atas, untuk memasukkan kayu api serta saluran asap.

Jom keluar kejap!
Tengok pemandangan tasik dari beranda house boat.

Ini keadaan di luar house boat.

Amie ziarah house boat di sebelah pula. Atie, Lisa dan rakan-rakan yang lain bermalam di sini. Dek sibuk dengan hal sendiri, tak sempat nak tanya siapa dan di house boat mana ahli yang lain tidur! Kesemuanya tinggal di house boat milik Mr. Ajaz.

Ini ruang makan mereka.

Dan lorong panjang menuju ke bilik masing-masing.

Sempat tangkap gambar di house boat 'orang' ha ha haaaaa!

Pada hari pertama tiba di Srinagar, kami makan tengahari di sini.

Sementara menunggu Caca menyiapkan meja makan, tangkap gambar dulu weh! Mana nak cari kerusi cantik berukir kerawang-kerawang begini di tempat lain!

Sabar menanti hidangan!
Maria dan Sarida sopan santun jew di sebelah Salawati.

Caca dengan tekun dan sabarnya melayan tetamu yang sedang kelaparan!



 Ambil gambar lagi bersama Salawati sebelum menyerbu hidangan!


Inilah antara hidangan yang disajikan. Dah tak sempat nak tangkap gambar! Tak tahu pula ayam masak apa. Memang nak tanya Caca, tapi perut kata:  Makanlah...makanlah...makanlah!

 Bismillah!
Semua kata hidangan yang disajikan sedap!
Tak ada yang kata tak sedap!
Memang sedap!
Paling sedap yang di bawah ini....
Ya Allah! Sedapnya kambing! Yang tak pernah makan kambing pun makanlah kambing di sini untuk pertama kali dalam hidup! Isinya sangat lembut! Dimasak dengan sempurna sekali, dan terasa pedasnya lada.

 Jangan malu tambah nasi, tambah lauk!

 Memang tak malu nak ngaku pun!
Amie makan tiga pinggan nasi!
Alhamdulillah...rezeki Allah!


Sementara ada kesempatan di house boat, Amie ambil mana-mana suasana dan pemandangan yang ada di depan mata. Asyik sungguh Salawati dengan Dayah... agaknya melihat 'hasil tangkapan' masing-masing kot.

Ini antara hasil tangkapan Amie. Ruang hadapan house boat yang terukir indah dengan motif yang pelbagai. Kalau di tempat kita kayu merbau merupakan kayu yang sangat berkualiti, di sini kayu devdar dipilih untuk membina house boat dan kayu jenis ini dikatakan tahan lama dan tidak cepat reput.

Pada musim yang berbeza, kita akan dapat melihat latar tasik yang berbeza pula. Dikatakan sekiranya musim sejuk, sebahagian air tasik akan membeku. Pada musim panas pula, antara Julai dan Ogos, permukaan tasik akan dipenuhi oleh bunga teratai.

Dikatakan juga bahawa terdapat lebih 1500 house boat di tasik ini. Angka tersebut menunjukkan Tasik Dal, selain  Tasik Nagin memang menjadi tempat tumpuan pelancong dari pelbagai negara untuk merasai sendiri kehidupan masyarakat Kashmir.

Gambar-gambar ini Amie ambil ketika hari menjelang petang sebaik sahaja pulang dari Pahalgam.

Apakah di hujung sanun itu Banjaran Himalaya, yang menjadi latar belakang Tasik Dal? Banjaran gunung ini kelihatan sayup mata memandang!


 Pemandangan di hadapan house boat kami.

 Matahari beransur menghilang.

Dalam sibuk-sibuk Amie menangmbil gambar, rupanya mereka yang lain sedang menikmati suasana santai di hadapan house boat!

Perkhidmatan wifi adalah percuma! Jadi masing-masing sibuk dengan telefon bimbit, mungkin menghantar khabar buat keluarga tersayang nun di Malaysia!

 Petang yang cukup indah itu, kami disajikan dengan biskut dan teh masala yang enak!

 Telefon bimbit siapa ni?
Oho...rupanya sibuk kongsi gambar-gambar di Pahalgam pada siang tadi!

Bila lampu dinyalakan, nampak cantik pula. Kita pun ambil kesempatan posing depan house boat! Tiba-tiba azan berkumandang, bersahut-sahutan!

Atie tidak ketinggalan menyertai kami! Meh sini cepat!
Penghuni Tasik Dal sudah bersiap sedia untuk solat Maghrib!
Kita pun kena cepat-cepat masuk dalam house boat!
Pada waktu malam dan menjelang Subuh, selain suara azan, Amie terdengar suara-suara merdu bacaan ayat-ayat Quran, mungkin dari masjid berhampiran!
Inilah sedikit sebanyak sebahagian gambar suasana di Tasik Dal yang sempat Amie rakamkan. Dalam banyak-banyak gambar, entah mengapa gambar di bawah ini begitu menyentuh hati Amie!

Dek terlalu teruja ambil gambar dan sibuk bercerita dengan kawan, sepanjang shikara bergerak dari jeti menuju ke pelantar house boat, Amie tidak memandang ke arah pemandu shikara kami!


 Gambar ini Amie ambil ketika Amie sudah berada di beranda house boat!


Bila Amie amat-amati sewaktu menulis travelogue ini, rupanya kami menaiki shikara ini, dan beg Amie yang bertangkai hijau ada di antara 4 buah beg itu! Semoga pemandu / pengayuh shikara ini akan terus sihat bertenaga, dan diberi kemurahan rezeki oleh-Nya. Aamiin.

Entri berkaitan perjalanan ke India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) :
Melancong ke India : Persediaan Awal
Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - New Delhi
India : Kami Datang! Bermalam di Glitz Westend Inn
Taj Mahal - Sehari Bersama Salman Khan di Agra
Makan Tengahari di Priya Restaurant Agra
New Delhi - Srinagar - Dal Lake
Dal Lake Houseboats
Menjamu Selera di Houseboat Dal Lake
Shopping Saree dan Kacang Walnut
Pahalgam - Hotel Pine Spring - Menunggang Kuda di Kaki Gunung
Gulmarg - Gondola Ride - Sledge - Snowbike - Skiing
Mengintai ke Luar Jendela Pahalgam - Srinagar - Gulmarg

Jejak Kenangan Yang Tertinggal di New Delhi - Agra - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg

2 ulasan:

JaSSNaNi berkata...

tenangnya kak amie tengok gambar kak amie atas bot menikmati hidangan tu... seronok dpt ziarah tempat org..

Amie berkata...

Nani,
itulah pengalaman yang tak dapat dilupakan, moga Nani pun akan berkesempatan ke sana juga suatu hari nanti.