ADSENSE

Ahad, 11 Februari 2018

Rendang Ayam (Ala Minang)

Selamat berhujung minggu buat semua.
Jarang-jarang dah Amie masuk dapurr maya untuk kongsi resepi. 
In shaa Allah, ada kesempatan dan masa terluang, Amie akan cuba rajinkan diri kemas kini dapur maya ini seperti dulu.
Bukan apa, sebenarnya masih melayan rasa kecewa dan sakit hati apabila mendapati hasil perkongsian resepi  asyik kena curi. Walaupun telah diambil tindakan oleh pihak Google ke atas pencuri tersebut, tapi muncul pula pencuri lain. Bertahun-tahun makan hati! Semakin hari para pencuri semakin bijak menggunakan cara mereka untuk menjana pendapatan melalui hasil kerja blogger masakan!

Kali ini Amie kongsikan masakan biasa, rendang ayam orang malas...hiks! Sebab apa Amie kata malas, sebab Amie gunakan kerisik dari kedai! Hasilnya, tentulah tak berapa menarik sebab nampak warna-warna hitam (bintik-bintik) pada daging ayam! Amie gunakan resepi ala-ala masakan rendang Minang. Asalnya resepi ini menggunakan daging, tapi Amie tukar guankan daging ayam.


Bahan A:
1 kg daging ayam - potong 10 bahagian
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
25 tangkai cili kering - kisar halus
3 helai daun limau purut - buang urat
1 cawan kerisik
garam / gula / perasa pilihan secukupnya


Bahan B : Kisar
5 batang serai
3 helai daun kunyit
25 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
5 cm halia


Cara memasak:
1. Masukkan kesemua Bahan A dan Bahan B ke dalam kuali, dan jerang di atas dapur.
2. Kacau perlahan-lahan sehingga masak, dan taburkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
3. Apabila kuah mulai pekat, sentiasa dikacau supaya tidak berkerak.
4. Padamkan api dapur.



Amie suka rendang asli begini, tanpa menggunakan rempah 5 sekawan! Kalau rajin boleh klik resepi asal yang Amie gunakan di sini: MASAKAN MINANG : RENDANG OPAH.