Hidangan Tradisi Bajau : Latok & Kilau

3:18 PTG

Selamat berhujung minggu buat semua.
Pagi tadi sempat jalan-jalan ke pasar. Tak beli apa-apa pun bila ke pasar tani. Air tebu, air jagung, segala air minuman sudah naik harga! Apalagi buah-buahan dan juga sayur-sayuran! Katanya harga di pasar tani, harga kawalan tapi rasanya harga di sini lebih kurang malah ada yang jauh lebih mahal berbanding harga di pasar biasa! 
Singgah di pasar buah, teringin membeli buah tarap. Harga sebiji tarap RM7. Tak payah belilah, bisik Amie kepada Encik Suami! Dulu buah tarap hanya dijual dengan harga RM1 atau 2, sekarang sudah setaraf dengan harga cempedak! 
Kami melangkah ke pasar sayur. Juga tidak beli apa-apa. Menapak sedikit ke arah pasar daging dan ayam. Dari jauh sudah terpampang harga kaki ayam RM6.00 sekilogram, hati pun RM6.00 sekilogram. Dada? Paha? Ayam sekor? Tutup mata sajalah!
Akhirnya kaki menjejak ke pasar ikan. Beli 4 jenis ikan. Kami terus ke pasar raya. Niat di hati nak beli tomato memandangkan harga tomato di pasar tadi mencecah RM10 sekilogram. Sama juga, di pasaraya harga tomato RM7.28 sen tapi tomatonya pula sebahagiannya sudah kelihatan buruk! Pergi ke bahagian ikan pula, mana tahu ada ikan yang agak murah. Semuanya mencecah harga RM20 ke atas! Udang sebesar jari kelingking pun sudah RM35!
Singgah pula di pasar ikan kering.
"Ikan sekarang mahal, Hajjah. Ikan kering pun mahal," peniaga ikan kering yang peramah memberikan penjelasan apabila melihat kami teragak-agak untuk membeli ikan kering.  Kita pun senyum, dalam hati mengucap syukur : Mudah-mudahan akan tiba masanya menjadi HAJJAH!
Huurrrmmm...
Itu cerita di pagi minggu.
Jom makan tengahari.
Hari ini Amie masak hidangan tengahari yang ringkas sahaja. Amie panggang ikan kayu dalam kuali ajaib, dan Amie gandingkan dengan latok serta kilau. Sebelum ini Amie pernah kongsi cerita tentang latok DI SINI, DI SINI dan DI SINI.  Dan juga tentang kilau DI SINI.

Latok ialah sejenis rumpai laut. Ia sejenis makanan tradisi masyarakat Bajau di Sabah. Gambar di atas, latok dalam pinggan sedia untuk dimakan. Latok juga disebut anggur laut sebab bentuknya seperti anggur! Kadang-kadang Amie tambahkan hirisan bawang, mangga dan cili padi, tapi kali ini Amie biarkan saja begitu. Encik Suami suka makan latok cecah air asam atau sambal belacan. Sedap makan latok, ratah saja untuk dengar bunyi letup-letup dalam mulut!

Oleh kerana Encik Suami beli ikan bilis segar, katanya nak goreng salut tepung, jadi Amie gunakan sedikit untuk dijadikan kilau. Tidak sukar untuk sediakan kilau. Sambil menunggu nasi tanak dan ikan kayu panggang masak, Amie kupas mangga dan bersihkan ikan bilis segar tadi. Jom lihat resepinya di bawah ini:

1 cawan ikan bilis segar yang sudah dibuang kepala, tulang dan isi perut
2 biji mangga muda - kupas dan cincang halus
1 labu bawang besar - hiris halus
1 biji cili hijau - hiris
1 biji cili merah - hiris
7-10 biji cili padi - hiris / biarkan saja - jika hendak makan baru patahkan
2 cm halia - hiris halus
1 sudu besar cuka
1/2 cawan perahan jus limau kasturi
garam / perasa pilihan

Cara:
1. Gaulkan kesemua bahan di atas.
2. Biarkan seketika - antara 15-20 minit sebelum dinikmati.

 Inilah rupa kilau!

Amie tambahkan sambal belacan, telur masin, ulam timun Jepun dan taugeh sebagai pelengkap hidangan.

11 comments

  1. Salam Amie. Ikan bilis tu di makan mentah ya ...Nampak lauk semua menyelerakan

    BalasPadam
  2. wah...wpun tak pernah makan latok dan kilau, nampak berselera dan teringin nak try makan.

    aamin utk HAJJAH! hehe

    BalasPadam
  3. kilau tu macam kerabu mangga je. latok tak pernah makan...nampak fresh dan sedap je. Mesti banyak khasiatnya tu.

    BalasPadam
  4. Sedap2 belaka lauk yang Amie sediakan. Cute lah latok tu. Kalau boleh PH nak try makan tapi kat sini tak ada kot.

    BalasPadam
  5. Dari gambar saja sudah tergambar kelazatannya

    BalasPadam
  6. Sedapny Latok tu...sayang kat semenanjung ni x pernah jumpa org jual lagi..

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum, luar biasa komitmen And dalam membagi resep. Bolehlah saya menggunakan salah satu foto Bunda yang mengulas tentang Nasu Likku Saya pakai untuk sampul buku cerita Saya? Salam kenal dari Gorontalo.

    BalasPadam
  8. Hans,
    mari datang ke Sabah, boleh try makan.

    FHA,
    ye, ikan bilis mentah yang masih segar, tapi bila dimakan langsung takde bau hanyir.

    Ujie,
    inilah makanan tradisi masyarakat Bajau di Sabah, bila saya dah boring memang sukalah mencuba masakan kaum2 di sini.

    BalasPadam
  9. Notie,
    lebih kurang acar, begitulah kot, cuma ditambah ikan bilis segar
    latok pulak memang susah nak bawa keluar sebab umurnya tak panjang, ha ha haaa maklumlah hidupan laut, mesti sentiasa duduk dalam air

    PH,
    memang cute latok tu, orang sini panggil anggur laut

    Idyana,
    jemput makan.

    BalasPadam
  10. Siti Hajar,
    saya pun kenal dgn latok di Sabah, di tempat kita memang tak pernah jumpa.

    Feelcholic,
    waalaikumussalam, salam kenal juga.
    Saya izinkan untuk gunakan foto tersebut. Boleh kongsikan nanti samp[ul buku ceritanya? Menarik kedengarannya.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe