ADSENSE

Selasa, 7 November 2017

Sate Padang KMS Saribu Baniah

Ingat lagi tak pada hari pertama, sewaktu berkejaran di rumah gadang untuk memakai baju adat! Amie dan Warite berjanji untuk makan sate Padang dengan ketupat di sebuah gerai bergerak, tapi sayangnya sebaik sahaja selesai memakai baju adat, gerai bergerak sudah hilang dari tempat asal! Kemudian terpandang lagi gerai bergerak sate Padang di hadapan Istano Basa Pagaruyung, tapi teragak-agak pula untuk makan di situ sebab masa sangat suntuk!
Malam terakhir kami di Padang, Pak Herman membawa kami singgah di sebuah warung sate! 
Sate di sini kuahnya berbeda dengan kuah sate di Malaysia, beritahu Pak Herman.
Tidak jadi masalah Pak.
Kuahnya ada rasa pedas. Boleh makan pedas?
Boleh Pak.
Sate di sini gunakan daging.
Tidak ada sate ayam Pak?
Tidak ada.
Okey saja Pak.

Inilah rupa sate yang diidam-idamkan dari hari pertama lagi! Kata Pak Google, sate Padang diperbuat daripada daging sapi (lembu) serta organ dalaman lembu. Kuahnya bercampur dengan kuah kacang kental seperti bubur, dan ditambah cabai (cili) yang banyak sehingga rasanya pedas. Ada tiga jenis sate di Sumatera Barat iaitu Sate Padang, Sate Padang Panjang dan Sate Pariaman. Sate Padang Panjang kuahnya berwarna kuning, sementara Sate Pariaman pula kuahnya berwarna merah. Kedua-duanya mempunyai rasa yang berbeza. Sate Padang pula mempunyai rasa yang bersatu di antara kedua jenis Sate Padang Panjang dan Sate Pariaman!
Melihat kepada gambar kuah sate di atas, agak-agaknya sate apa yang kami makan?


Air minuman yang dipesan belum sampai, tapi masing-masing tidak sabar untuk makan Sate Padang lengkap dengan ketupatnya sekali! Memang ada terasa pedas tapi tidaklah pedas menyengat! Pedas-pedas manja gitu!

Sewaktu kami makan sate, di belakang sana tiga anak muda sedang menyiapkan alatan muzik. Haaa... tahu dah! Pengamen! Lagu apa agaknya yang akan mereka alunkan?

Sementara itu, kita berkenalan dulu dengan empunya warung Sate Padang KMS Saribu Baniah ini. Beliau (maaf lupa nama - lupa catat) pernah bermastautin selama 13 tahun di Malaya. Masyarakat Minang sebenarnya tidak asing bagi kita, rakyat Malaysia kerana selain penduduk di Negeri Sembilan, di daerah Gombak, Selangor dan di mana-mana pun ada!

Apa yang menyeronokkan pada malam itu, kami turut dihiburkan dengan lagu Ayam Den Lapeh! Nampaknya ia akan menjadi lagu kenang-kenangan buat kami!

 Terima kasih sudi hiburkan kami.
Nampaknya kami terpaksa mengundurkan diri.

Sempat menjenguk 'dapur' Sate Padang.
Sempat bertanya kepada adik handsome di atas tu, apa bahan yang digunakan untuk membuat kuah. Satu bahan yang sangat mengejutkan Amie sudah tentulah bila dia berkata : TEPUNG BERAS! 
Ya! Tidak terlintas langsung dalam fikiran, kuah sate tersebut mengandungi tepung beras!


 Antara organ dalaman lembu yang dijadikan sate.
Inilah dia ketupat (katupek) daun kelapa tua yang berwarna hijau itu! Isi ketupat pun agak kehijau-hijauan juga!

Kata Pak Google, biasanya daging sapi (lembu) direbus terlebih dahulu sehingga lembut untuk dijadikan sate, dan air rebusannya digunakan untuk dijadikan kuah dicampur dengan 19 jenis bahan ramuan atau bumbu!

 Tinggallah dulu Sate KMS Saribu Baniah.
Terima kasih atas layanan baik tuan warung.

Kemudian Pak Herman membawa kami melihat pemandangan di sepanjang Jambatan Siti Nurbaya sambil bercerita kisah dalam novel Siti Nurbaya karya Marah Rusli dan kaitannya dengan naman jambatan tersebut. Sayangnya Amie tidak dapat paparkan gambar jambatan tersebut di sini kerana semuanya kabur. 

 Sumber : Google
  

Jumpa lagi esok pagi, 19 Oktober 2017 bersamaan hari Khamis jam 5 pagi.


Sesiapa yang berhasrat untuk bercuti ke Bukit Tinggi bolehlah menghubungi Pak Herman melalui FB beliau di sini : HERMANN HOLLANDE. 
Pak Herman juga boleh dihubungi melalui telefon : 62 812-6784-9399, dan WhatsApp : 62  812-6784-9399

Sila klik entri di bawah berkaitan PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI - PADANG - SUMATERA BARAT:

1. Bercuti ke Bukit Tinggi, Padang : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Sumatera Barat 
2. Sarapan Pagi di Warung Soto Angkasa  
3. Air Terjun Lembah Anai  
4. Memakai Pakaian Adat di Museum Minang Village  
5. Makan Tengahari di Rumah Makan Aie Badarun  
6. Makan Malam di Rumah Makan Wong Semarang  
7. Bermalam di Hotel Primadini  
8. Shopping Kain Sulam di Bukit Tinggi  
9. Cerita Secangkir Kopi Kawa Daun & Kue-Kue Jagung Manis  
10. Lembah Harau & Kelok Sambilan (9)  
11. Makan Tengahari di Tengah Sawah  
12. Istano Basa Pagaruyung  

13. Jus Terong Peros @ Terung Belanda
14. Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!    
15. Kelok 44 - Museum Rumah Kelahiran Buya HAMKA  
16. Danau Maninjau Yang Indah Mempesona 
17. Makan Tengahari di Rumah Makan Eni  
18. Silver Work Koto Gadang  
19. Minum Petang di Rumah Pohon Ngarai Sianok  
20. Lobang Jepang  
21. Jam Gadang Mercu Tanda Kota Bukit Tinggi  
22. Tembok Besar China ala Bukit Tinggi  
23. Oleh-Oleh Sanjai Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi  
24. Bika Talago Bukit Tinggi Yang Tak Dapat Dilupakan!  
25. Makan Tengahari di Lamun Ombak & Segelas Jus Pinang Muda  
26. Sepetang di Kota Padang  
27. Sate Padang KMS Saribu Baniah  
28. Berakhirnya Percutian di Bukit Tinggi : Padang - Kuala Lumpur - Tawau 

3 ulasan:

notie berkata...

Rasa sate padang memang berbeza nampak macam sama tapi kuahnya bila di rasa lain tidak sama macam di malaysia. Jauh perjalanan macam-macam makanan boleh di rasa.

adda syuhada berkata...

sedapnyer...

Amie berkata...

Notie,
ya, memang berbeza, kuahnya mengandungi tepung beras dan lebih pedas.

Adda,
memng sedap makan sate dengan ketupat daun kelapa!