ADSENSE

Jumaat, 24 November 2017

Firdaus Menghadiri Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah

Catatan ini sekadar buat kenang-kenangan anak-anak pada masa akan datang. Kelmarin, Khamis bersamaan 23 November 2017, Tadika Evergreen (Chang Quing Baru) tempat Firdaus mula belajar mengenali rakan-rakannya, telah mengadakan satu Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah kali ke-33.

Gambar-gambar yang Amie paparkan ini semuanya diambil dari HP Encik Suami. 
Sepanjang majlis berlangsung, Amie perhatikan wajah Firdaus sangat serius! Tidak ada secebis senyuman dari bibirnya! Mungkin gementar, atau takut? Maklumlah, kali pertama dalam hidupnya akan naik ke pentas untuk menerima hadiah.

Firdaus bersama guru besar sekolahnya, Puan Mary. Sebenarnya tadika ini juga merupakan tempat pertama Abang Farid dan Fuad mengenal ABC dan guru besar yang sama, iaitu Puan Mary juga.

 Gambar diambil sebelum acara dimulakan.




Tahun ini Firdaus berada dalam Kelas C (kategori umur 4 tahun), dan tahun hadapan akan berpindah ke Kelas B (kategori umur 5 tahun pula). Nampaknya keputusan peperiksaan akhir tahun Firdaus agak merosot. Itu semua tidak penting buat masa ini, sebab apa yang penting Firdaus sudah pandai bersosial sesama rakan sebaya serta mengenal serba sedikit huruf serta nombor.

 Firdaus mendapat tempat kedua dalam pertandingan menulis bahasa Melayu.

 Tempat kedua juga dalam pertandingan menulis bahasa Inggeris.

 Dan tempat kedua juga dalam pertandingan menulis bahasa Cina.

Encik Suami pula tiba-tiba dipanggil ke pentas untuk menyampaikan hadiah pertandingan bercerita. Kebetulan pula Firdaus salah seorang pemenangnya. Jadi, Firdaus pun segan-segan kot terima hadiah dari ayahandanya sendiri....ahaks! Untuk pertandingan bercerita, Firdaus dapat tempat pertama untuk ketiga-tiga kategori bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Cina. Untuk pertandingan mewarna pula, Firdaus tidak memenangi sebarang hadiah.

 Whole Year Best Result : Firdaus di tempat kedua.



Rakan sekelas Firdaus yang menerima hadiah tempat pertama, Celina Chong En Rui, tempat kedua, Firdaus dan tempat ketiga, Chioe Gan Yu Xin. Mommy tuliskan nama-nama kawan Firdaus di sini ye sayang, nanti bila dah besar, bila tengok catatan ini Firdaus masih ingat nama kawan-kawan.

Di belakang anak-anak kecil ini, lima orang guru yang cukup berdedikasi mendidik mereka. Abang Farid dan Fuad tentu masih ingat lagi guru-guru mereka termasuk Teacher Rohaya, Teacher  Teacher Mary dan Teacher Bibah, manakala  Teacher Sen dan Teacher Agnes (mungkin guru baru selepas Abang Farid dan Fuad meninggalkan tadika ini).


 Hadiah-hadiah yang Firdaus dapat pada hari itu.

Semuanya ada 7 buah. Setiap kali bangun pagi, dan di waktu petang  Firdaus akan mencari hadiahnya dan diletakkan di hadapannya. Sambil berbaring di atas tilam, direnung-renung hadiah-hadiah tersebut!

Kelas C, tidaklah ramai jumlah muridnya. hanya 7 orang sahaja. Firdaus suka melihat gambar di atas dan menyebut nama kawan-kawannya seperti Celina, Chloe, Qisya, Yin Yin, dan  Thin Thin.
Selamat bercuti Firdaus. Tahun hadapan jumpa lagi dengan kawan-kawan dan cikgu-cikgu!

Tiada ulasan: