ADSENSE

Rabu, 4 Oktober 2017

Udang Masak Taucu

Masakan Amie kali ini diolah seringkas-ringkasnya! Hanya potong-potong dan campak dalam kuali. Cara begini selalu Amie perhatikan sewaktu kecil dulu, ketika Bonda sibuk dan tidak cukup masa untuk masak!


Alhamdulillah, stok udang dari Pasar Ikan Tawau masih berbaki. Sambil menunggu nasi tanak, tangan pun pantas memotong-motong mana yang patut. Pada masa yang sama udang pun sudah direndam supaya menjadi lembut.

Bahan-bahan:
500 gram udang kertas - bersihkan - bilas dan toskan airnya
2 sudu besar taucu manis
garam / gula / perasa pilihan
3 sudu besar minyak

Bahan hiris:
2 biji cili merah
15 biji cili padi
1 cawan isi petai
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan hiris hingga layu.
2. Masukkan udang dan taucu. Kacau rata dan biarkan sehingga udang masak.
3. Perasakan dengan garam jika perlu, gula atau perasa pilihan.
4. Padamkan api dapur.


Cukuplah lauk Udang Masak Taucu, makan dengan nasi panas. Tak payah dah cari lauk lain! Bismillah.

Tiada ulasan: