ADSENSE

Selasa, 3 Oktober 2017

Ikan Tuna Masak Sambal Tomato

Borong ikan dan juga sayur-sayuran di Tawau! Bandingkan harga, memang jauh lebih murah dari LD. Itu sebabnya, setiap kali ke Tawau, mesti bawa bekas khas untuk beli segala hasil laut di sana!
Hari ini, sempat masak Ikan Tuna Sambal Tomato. Ikan tuna dari Pasar Ikan Tawau, tomato pula dari Pasar Tanjung, Tawau juga. Semuanyalah dari Tawau termsuk petainya tu.

Bahan-bahan:
800 gram ikan tuna - Amie lebihkan bahagian bawah perut ikan sebab suka lemak - gaul dengan satu sudu kecil serbuk kunyit dan satu sudu kecil garam
2 papan petai - buang kulit
1 labu bawang besar - mayang kasar
garam / gula / perasa pilihan
minyak 

Bahan kisar untuk sambal tomato:
5 biji tomato - Amie campur tomato masak dan tomato setengah masak (kuning kehijauan)
30 biji cili padi
2 biji cili merah
2 sudu besar udang kering - rendam hingga kembang
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara memasak:
1. Goreng ikan tuna hngga masak dan toskan.
2. Tinggalkan lebih kurang setengah cawan minyak gorengan ikan tuna dan masukkan bahan kisar.
3. Masak dengan api sederhana hingga pecah minyak.
4. Masukkan ikan tuna goreng bersama petai, bawang besar, garam / gula / perasa pilihan.
5. Kacau beberapa kali sehingga ikan tuna tersalut sambal tomato dan petai berubah warna.
6. Padamkan api dapur.

 Enak banget!