ADSENSE

Khamis, 26 Oktober 2017

Danau Maninjau yang Indah Mempesona!

Panorama Sungai Landia kami tinggalkan bersama cangkir teh halia yang masih bersisa, kerana Danau Maninjau sedang memanggil kami! Danau Maninjau letaknya 140km sebelah utara Kota Padang, dan hanya 36 km dari Bukit Tinggi. Danau Maninjau merupakan tasik kedua terbesar di Sumatera Barat selepas Danau Singkarak yang berada di dua daerah iaitu Daerah Tanah Merah dan Kabupaten Solok. Di Indonesia secara keseluruhannya pula, Danau Maninjau tersenarai sebagai tasik yang ke 11 terbesar.

Sewaktu kami tiba, permukaan Danau Maninjau ditutupi awan nipis yang berarak perlahan melintasinya. Awan nipis (barangkali awan sirus) ini menghalang sedikit pandangan ke seberang, barangkali gunung-ganang atau banjaran perbukitan.

Angin yang bertiup lembut turut menerbangkan awan yang lebih tebal, seakan menenggelamkan awan sirus yang halus bak sutera itu! Tanpa disedari sebenarnya kami sedang berdiri di atas awan menyaksikan sebuah tasik nan indah hasil kejadian dari letusan gunung berapi!


Sekarang kita berada di atas awan, sebentar lagi kita turun ke bawah!


Berhampiran Danau Maninjau, terdapat gerai jualan kuih-muaih, yang kebanyakannya berasaskan labu! Tak sempat nak beli atau makan kuih ini (mungkin apam labu) sebab asyik 'menembak' susasana di sekitar.

 Zana kata kuih labu ini sedap!

 Terdapat juga kudap-kudapan seperti keropok (opak ubi), dan apa bendanya di bawah ini ye?

 Sempat juga makan sekeping!

Ketika kami tiba di sini, tiada pemilik gerai ini. Kami kurang bernasib baik untuk merasai air tebu, dan juga pisang bakar. Apa agaknya rasa pisang bakar? Tiba-tiba teringat cerita Pak Andeh mati terkulat-kulat menelan pisang bakar yang disediakan Mak Andeh! Nampaknya, ada kopi kawa daun juga di sini. Masih terasa-rasa asap air  kopi daun!

 Rakan-rakan yang lain sibuk memilih cendera kenangan.

Shopping apalah juga tu, sampai tak sempat menoleh ke belakang! Hilang semua kepala di balik beg berkait!
Biarlah mereka di situ, Amie melihat-lihat pemandangan sekitar. Tak puas rasanya melihat awan berarak menyelubungi gunung dan hutan rimba!


 Jom kita saksikan awan berarak melintasi permukaan tasik!


Akhirnya Danau Maninjau terpaksa kami tinggalkan kerana Kelok 44 pula sedang memanggil-manggil kami!

Walaupun sedang dalam perjalanan menuruni Kelok 44, namun masih sempat mencuri pandang arah ke danau yang sebentar hilang dari pandangan oleh halangan pohon dan bukit bukau, namun kemudian muncul semula apabila tiba di satu-satu tempat yang lain!

 Ini sebahagian pemandangan menuju ke Kelok 44.

Namun, dibalik hamparan sawah padi dan rimbunan pohon jagung di sempadan petak bendang, masih terlihat Danau Maninjau nun...

Dalam perjalanan pulang dari mengunjungi rumah kelahiran Buya HAMKA, sekali lagi Amie ambil kesempatan merakam gambar dari dalam van. Memang sungguh menakjubkan! Dari kejauhan terlihat air tasik yang berkilau-kilauan seperti perak!

 Siapa yang dapat menafikan kejadian alam nan indah ciptaan Dia Yang Maha Esa? Subhanallah!


Firman Allah dalam Surah Luqman Ayat 10:

خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ۖ وَأَلْقَىٰ فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِكُمْ وَبَثَّ فِيهَا مِنْ كُلِّ دَابَّةٍ ۚ وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَنْبَتْنَا فِيهَا مِنْ كُلِّ زَوْجٍ كَرِيمٍ

Maksudnyanya: Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia meletakkan gunung-gunung (di permukaan) bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembang biakkan padanya segala macam jenis binatang. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik. 

Nampaknya setakat ini dahulu travelogue yang sempat Amie kongsikan, dan Amie akan sambung semula catatan percutian di Bukit Tinggi ini pada minggu hadapan. Terima kasih kerana sudi membaca catatan perjalanan kami, dan diharap anda turut merasai pengalaman bersama kami menjelajah bumi Bukit Tinggi terutama Danau Maninjau yang cantik mempesona ini!

Sesiapa yang berhasrat untuk bercuti ke Bukit Tinggi bolehlah menghubungi Pak Herman melalui FB beliau di sini : HERMANN HOLLANDE. 
Pak Herman juga boleh dihubungi melalui telefon : 62 812-6784-9399, dan WhatsApp : 62  812-6784-9399


Sila klik entri di bawah berkaitan PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI - PADANG - SUMATERA BARAT:

1. Bercuti ke Bukit Tinggi, Padang : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Sumatera Barat 
2. Sarapan Pagi di Warung Soto Angkasa  
3. Air Terjun Lembah Anai  
4. Memakai Pakaian Adat di Museum Minang Village  
5. Makan Tengahari di Rumah Makan Aie Badarun  
6. Makan Malam di Rumah Makan Wong Semarang  
7. Bermalam di Hotel Primadini  
8. Shopping Kain Sulam di Bukit Tinggi  
9. Cerita Secangkir Kopi Kawa Daun & Kue-Kue Jagung Manis  
10. Lembah Harau & Kelok Sambilan (9)  
11. Makan Tengahari di Tengah Sawah  
12. Istano Basa Pagaruyung  

13. Jus Terong Peros @ Terung Belanda
14. Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!    
15. Kelok 44 - Museum Rumah Kelahiran Buya HAMKA  
16. Danau Maninjau Yang Indah Mempesona 
17. Makan Tengahari di Rumah Makan Eni  
18. Silver Work Koto Gadang  
19. Minum Petang di Rumah Pohon Ngarai Sianok  
20. Lobang Jepang  
21. Jam Gadang Mercu Tanda Kota Bukit Tinggi  
22. Tembok Besar China ala Bukit Tinggi  
23. Oleh-Oleh Sanjai Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi  
24. Bika Talago Bukit Tinggi Yang Tak Dapat Dilupakan!  
25. Makan Tengahari di Lamun Ombak & Segelas Jus Pinang Muda  
26. Sepetang di Kota Padang  
27. Sate Padang KMS Saribu Baniah  
28. Berakhirnya Percutian di Bukit Tinggi : Padang - Kuala Lumpur - Tawau 

Rabu, 25 Oktober 2017

Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!

 Sumber : Bagindo Pamuntjak & Pak Herman

Mengikut Kamus Bahasa Melayu, panorama bermaksud pemandangan yang luas terbentang dan tidak terhalang atau terganggu. Manakala menghayati pula membawa makna mengalami dan merasai sesuatu dalam batin. Tambah lagi satu perkataan iaitu keindahan yang menjelaskan keadaan indah, kecantikan atau keelokan.Terjadilah untaian "Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia."
Di mana Panorama Sungai Landia itu boleh dijejaki?
Ia terletak di Nagari Matur, dalam perjalanan antara Bukit Tinggi dengan Danau Maninjau. Kiranya, tempat ini sebagai transit perjalanan kami menuju ke Danau Maninjau yang dikatakan memiliki panorama yang sungguh menakjubkan!

 Rasa nyaman sekali ketika berehat seketika di pondok persinggahan ini.

Apa yang dapat kami saksikan dari sisi atas ialah perkampungan kecil yang dikelilingi suasana menghijau, susunan rumah serta masjid, petak-petak sawah padi, dan hasil tanaman lain. Nampak tenang dan mendamaikan, jauh dari pencemaran alam!

Mengintai dari kejauhan, nampaknya petak-petak sawah masih digenangi air, dan sebahagian yang lain sudah disulami dengan anak-anak padi.

Di mana lagi kita akan berpeluang merakam kenangan di tempat secantik ini? Oh! Ya.... kalau kami bergambar bertujuh, bermakna Pak Herman yang tolong tangkap gambar. Kalau bergambar berlapan bersama Pak Herman, bererti ada orang 'kesembilan' yang  tolong tekan butang kamera! Kalau gambar berenam, bermakna ketika itu Pak Herman tidak ada di tempat berhampiran dan salah seorang daripada kami akan menjadi jurukamera!

Nampak tak apa yang tergantung di sudut pondok? Itulah sarang tempua (bagi yang tidak tahu dan tak pernah melihat!) 
Peribahasa kita : Jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah. 
Apa maknanya tu? 
Apa kata kita minum dahulu, sambil memikirkan maksud yang tersirat di sebalik peribahasa tersebut!

Kalau singgah di sini, pastikan anda tidak lupa untuk memesan secawan teh halia panas! Teh halia yang berharga RM2 secawan ini terasa  agak pekat. Bagi Amie yang suka minum teh halia yang ringan, sudah tentulah akan cepat-cepat mencari mineral water  di dalam van! Apa pun, memang rasanya sedap diminum dalam cuaca sejuk-sejuk manja, dan kalau ada sekeping roti atau biskut, atau kudap-kudapan lain berupa goreng-gorengan bertambahlah enaknya!

Sambil minum teh halia seteguk dua, dapatlah jawapan kepada peribahasa yang berkait dengan sarang tempua yang tergantung di bumbung pondok itu. Kita singkap maksudnya di sini : Segala sesuatu tentu ada sebabnya (sesuatu yang tersembunyi) sehingga terjadi demikian.
Wokeeyyy.... 
Kita akan bergerak meninggalkan kawasan Panorama Sunga Landia untuk ke destinasi seterusnya.

 Tapi sebelum itu, ambil gambar dahulu dengan benda nostalgia di bawah ini.

Bekas warna oren corak petak-petak di dalam gambar di atas itu mengingatkan Amie semasa zaman kanak-kanak berpuluh tahun yang lalu. Bekas ini kami panggil termos. Gunanya pelbagai. Selain untuk menyimpan air batu (sementara menunggu waktu berbuka puasa), bekas ini juga digunakan oleh penjual aiskrim untuk menjual aiskrim berkeliling kampung sambil memicit loceng! Isi di dalamnya sudah tentulah aiskrim batang, atau aiskrim Malaysia! Dan terlebih nostagia lagi, bekas ini Bonda gunakan untuk menyimpan nasi dan lauk buat hidangan sahur di bulan puasa! Masih adakah lagi bekas seperti ini dalam simpanan anda?

Sebelum kaki melangkah meninggalkan tapak kenangan, sempat juga 'tembak' hasil kraftangan di sini. Kalau berminat bolehlah beli. Kalau tidak, teruslah jalan masuk kenderaan sebab perjalanan masih panjang.


Sebelum masuk van, sempat lagi berposing di sini.
Hirup angin dulu sampai perut kembung!

 Sudah-sudahlah tu bergambar.
Mari kita teruskan perjalanan ke Danau Maninjau pula!

Selamat tinggal Panorama Sunga Landia. Moga terus subur menghijau!
Lestarikan alam sekitar!

Pagi Selasa, 17 Oktober 2017 itu  kami menempuh pengalaman melalui jalan berliku, atau berkelok-kelok, jalan sempit dengan selekoh tajam! Tapi bukan Kelok 44! Nanti kita akan sampai juga ke Kelok 44 itu. Sekarang kita belajar ringan-ringankan badan dan kepala melalui selekoh-sekeloh yang tak berapa tajam!
Petua Pak Herman:
Hendaklah lawan arus ketika menempuh jalan berlekok.
Sekiranya selekoh berada di sebelah kiri, merengkan badan ke kanan, dan sekiranya selekoh atau lekokk berada di sebelah kanan, merengkan badan ke sebelah kiri!
Atau, makan sajalah ubat anti mabuk!

Kamus Bahasa Melayu : Kelok (kélok) bermaksud:
- liku (pada jalan, sungai)
- selekoh
- garis yang melengkung 
- tidak lurus
- berbelok ke kanan atau ke kiri 


 

Sesiapa yang berhasrat untuk bercuti ke Bukit Tinggi bolehlah menghubungi Pak Herman melalui FB beliau di sini : HERMANN HOLLANDE. 
Pak Herman juga boleh dihubungi melalui telefon : 62 812-6784-9399, dan WhatsApp : 62  812-6784-9399


Sila klik entri di bawah berkaitan PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI - PADANG - SUMATERA BARAT:

1. Bercuti ke Bukit Tinggi, Padang : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Sumatera Barat 
2. Sarapan Pagi di Warung Soto Angkasa  
3. Air Terjun Lembah Anai  
4. Memakai Pakaian Adat di Museum Minang Village  
5. Makan Tengahari di Rumah Makan Aie Badarun  
6. Makan Malam di Rumah Makan Wong Semarang  
7. Bermalam di Hotel Primadini  
8. Shopping Kain Sulam di Bukit Tinggi  
9. Cerita Secangkir Kopi Kawa Daun & Kue-Kue Jagung Manis  
10. Lembah Harau & Kelok Sambilan (9)  
11. Makan Tengahari di Tengah Sawah  
12. Istano Basa Pagaruyung  

13. Jus Terong Peros @ Terung Belanda
14. Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!    
15. Kelok 44 - Museum Rumah Kelahiran Buya HAMKA  
16. Danau Maninjau Yang Indah Mempesona 
17. Makan Tengahari di Rumah Makan Eni  
18. Silver Work Koto Gadang  
19. Minum Petang di Rumah Pohon Ngarai Sianok  
20. Lobang Jepang  
21. Jam Gadang Mercu Tanda Kota Bukit Tinggi  
22. Tembok Besar China ala Bukit Tinggi  
23. Oleh-Oleh Sanjai Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi  
24. Bika Talago Bukit Tinggi Yang Tak Dapat Dilupakan!  
25. Makan Tengahari di Lamun Ombak & Segelas Jus Pinang Muda  
26. Sepetang di Kota Padang  
27. Sate Padang KMS Saribu Baniah  
28. Berakhirnya Percutian di Bukit Tinggi : Padang - Kuala Lumpur - Tawau 

Selasa, 24 Oktober 2017

Jus Terong Peros @ Terung Belanda

Seperti malam sebelumnya, Pak Herman membawa kami ke sebuah rumah makan berhampiran tempat penginapan kami di Bukit Tinggi. Dan seperti malam sebelumnya juga, Pak Herman memberikan kebebasan untuk kami memilih sejenis makanan kegemaran dan juga segelas jus buah.


Di sinilah tempat kami menjamu selera. Sebenarnya perut masih kenyang setelah melicinkan 23 piring lauk di tengah sawah! Amie memesan sup ekor (sup bontot), Zana pun pesan menu yang sama. Maklumlah, hari sudah lewat malam (bagi kami - disebabkan masih terikut waktu Malaysia) dan kepala pun sudah mula membayangkan bantal! Kamsiah pula memesan sup ayam. Yang lain, kalau tak silap ada yang memesan nasi goreng, nasi berlauk ikan bakar dan juga ayam bakar.

Antara jus buah yang dipesan, satu persatu tiba di meja makan. Yang dihujung sekali, tak ingat jus apa. Yang di tengah jus avokado dan yang di hadapan kalau tak silap jus sirsak campur mangga.

Yang ini, tak tahu jus apa. Mungkin jus tembikai.
Manalah jus buah yang Amie pesan. Bukan Amie yang terananti-nanti, kawan yang lain pun tertunggu-tunggu ketibaan jus buah Amie!

Sekarang semua jus buah sudah tiba di meja, hanya menanti pesanan makanan masing-masing. Sementara itu kami makan keropok. Keropok apa? Tak sempat nak tanya. Penat dah asyik bertanya itu ini dari pagi sampai ke petang, jadi waktu malam diam-diam sajalah...hihihiiii! (Sebenarnya tak penat bertanya, cuma kena sedar diri yang menjawab tu yang penat...ngeeee!)

Ini sup ekor pesanan Amie, didatangkan bersama sepinggan nasi putih. Amie berminat menghirup supnya yang panas!

 Ini sup ayam pesanan Kamsiah.

Dan ini, ikan keli goreng kot! Entah siapa punya. Agaknya Jusna yang pesan.
Apalah pulak kaitan entri kali ini dengan tajuk Jus Terong Peros @ Terung Belanda itu? Huurrmmm...sebenarnya Amie pun tak tahu nak mula dari mana. Tak sangka pula pesanan jus terung itu menjadi bahan tawa sehingga ke hari ini. Sampai sakit perut, sakit mulut dan berderai air mata menahan tawa bila kami berkumpul dan mengenang kembali kisah Jus Terong Peros di Rumah Makan Mekar Sari ini!
Ceritanya begini:
Sewaktu pelayan rumah makan mengambil pesanan minuman, masing-masing memesan jus buah kegemaran. Ada yang memesan sejenis buah, dan ada pula yang memesan buah campur seperti buah sirsak dengan buah mangga.  Amie terpandang Jus Sirsak & Terong (jus buah durian Belanda dengan terung). Pada ketika itu, Amie teringat rancangan masakan kegemaran iaitu Iron Chef America melalui channel Food Network. Terbayang bagaimana Bobby Flay, Masaharu Morimoto, Michael Symon dan lain-lain bertungkus-lumus selama 1 jam untuk mempersembahkan pelbagai hidangan  dari bahan misteri! Pernah suatu ketika, bahan misteri yang digunakan ialah terung! Dari terung itulah mereka berkreativiti dan berinovasi merekacipta masakan termasuk minuman, dessert, sup dan sebagainya (lebih kurang  5 - 7 jenis masakan berasaskan terung!
"Saya mahu jus sirsak campur terung," ujar Amie selamba.
"Tidak gatalkah nanti kamu minum jus terung?" tanya Warite yang ketika itu duduk di hujung meja.
"Betulkah terung?" tanya Warite kepada pelayan rumah makan.
"Ya, terung peros (telinga Amie menangkap bunyi feruz / firuz - dan terbayang terung panjang berwarna ungu!)
"Terung Taiwankah?" Amie ingikan kepastian.
"Ya," jawab pelayan rumah makan.
"Ok. Saya mahu itu satu." Amie memberi kata putus.

Beginilah terung firuz / ungu yang Amie bayangkan, sejenis terung Taiwan yang isinya putih dan rasa manis bila diolah menjadi masakan. Pada fikiran Amie, kalau terung rasa gatal tentulah terung pipit (terung rimbang atau cepokak) yang kami makan di rumah makan Padang yang dicampur daun ubi masak lemak! Tapi sewaktu melalui pintu masuk, tidak nampak pula terung Taiwan di antara buah-buah yang tersusun di dalam almari kaca!
Kemudian kami pun berselisih pandangan tentang terung yang dimaksudkan! Pelayan rumah makan pergi ke bahagian hadapan rumah makan (tempat buah-buahan) dan kembali semula membawa sesuatu di tangannya.
"Ini terongnya," katanya sambil menghulurkan sebiji buah kecil warna jingga dan Amie menyambutnya.
"Oh! Ini rupanya!" Serta-merta Amie teringat buah cinta (pandai-pandai saja bagi nama sebab tak tahu namanya) dari Kundasang yang pernah Amie beli penghujung 2016 sewaktu pulang dari melawat Fuad di Labuan.
Buat pertama kalinya rakan-rakan yang lain dapat melihat sejenis buah ganjil yang dipanggil terong! Mereka pun ternanti-nanti bagaimana rupa hasil jus terung @ terong itu!

Sebelum itu, Amie kongsikan buah terong peros atau nama lainnya terung Belanda yang Amie pernah beli di Kundasang itu! Puas Amie mencari dalam blog tetapi tidak Amie temui, dan rupanya Amie hanya simpan gambar buah tersebut di dalam folder!

Beginilah rupa isi terong peros @ terung Belanda itu! Sayangnya pada waktu itu Amie tidak tahu kegunaan terung ini. Apabila Amie cuba makan, rasanya agak masam dan kemudian terbiar begitu sahaja. Rupa-rupanya boleh dijadikan jus yang lazat!

Lain kali kalau Amie terjumpa lagi buah terung Belanda ini, Amie tidak teragak-agak untuk membelinya untuk dijadikan jus buah. 
Wokey...sudah bersedia untuk melihat jus sirsak campur buah terong peros?
Taraaaaaaa.... ini dia! Kena main silap mata hihiiii! Gambar sudah ada di atas!

Di bahagian bawahnya jus sirsak atau durian Belanda, dan di bahagian atasnya jus terung Belanda. Sedap tau! Ada rasamasam sikit. Kalau tak sedap atau gatal, masakan dijual di rumah makan! Ha ha haaaa..... Warite oh! Warite!

Kisah memesan jus terung belanda tidak habis di rumah makan. Di dalam bilik hotel, kami bergelak ketawa bila Warite membuka semula cerita terung belanda itu!
"Dalam hatiku berkata : Biar betul Si Blogger Masakan ini. Maunya dicuba benda yang pelik-pelik sampai terung pun mahu diminumnya! Selamba saja dia memesan jus terung."
Kebetulan kami bertiga dalam bilik termasuk Kamsiah. Sudahnya, kami yang sudah tarik selimut bingkas bangun mengulangkenang peristiwa memesan jus terung!
"Dalam hatiku lagi berkata: Nah, apa rasanya jus terung itu bila diminum. Bukankah bikin tekakmu gatal?" Sambung Warite lagi.
Biarpun sekadar segelas jus terung Belanda, tapi kenangannya terasa indah sekali. Benarlah kata Jusna, tiada hari sepanjang berada di Bukit Tinggi yang tidak membuatkan kami bergelak ketawa! 
Ada kalanya, ketika berada di dalam van apabila Warite membuka cerita tentang jus terung Belanda, pecah berderailah tawa kami memenuhi van yang dipandu oleh Pak Herman. Kami tidak tahulah sama ada Pak Herman faham atau tidak bahasa yang kami gunakan!
Untuk entri kali ini, biarpun hanya anekdot atau cerita kecil yang menjadi bahan tawa, namun ia begitu bermakna bagi kami bertujuh. Entri jus terung ini sedang dinanti-nantikan oleh rakan-rakan, dan nampaknya hanya dengan cara begini sahajalah Amie mampu menyampaikan kisah tersebut menjadi satu kenangan manis.
Info: Terong peros juga dipanggil sebagai terung Belanda kerana dibawa oleh orang Belanda di Indonesia. Walaupun diperkenalkan oleh Belanda tetapi buah ini sebenarnya berasal dari daratan Amazon di benua Amerika. Untuk info lanjut tentang manfaat terung Belanda, bolehlah klik di sini : 11 Manfaat Terong Belanda untuk Kesehatan.
Bahasa Melayu : Terung
Bahasa Indonesia : Terong



Sesiapa yang berhasrat untuk bercuti ke Bukit Tinggi bolehlah menghubungi Pak Herman melalui FB beliau di sini : HERMANN HOLLANDE. 
Pak Herman juga boleh dihubungi melalui telefon : 62 812-6784-9399, dan WhatsApp : 62  812-6784-9399


Sila klik entri di bawah berkaitan PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI - PADANG - SUMATERA BARAT:

1. Bercuti ke Bukit Tinggi, Padang : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Sumatera Barat 
2. Sarapan Pagi di Warung Soto Angkasa  
3. Air Terjun Lembah Anai  
4. Memakai Pakaian Adat di Museum Minang Village  
5. Makan Tengahari di Rumah Makan Aie Badarun  
6. Makan Malam di Rumah Makan Wong Semarang  
7. Bermalam di Hotel Primadini  
8. Shopping Kain Sulam di Bukit Tinggi  
9. Cerita Secangkir Kopi Kawa Daun & Kue-Kue Jagung Manis  
10. Lembah Harau & Kelok Sambilan (9)  
11. Makan Tengahari di Tengah Sawah  
12. Istano Basa Pagaruyung  

13. Jus Terong Peros @ Terung Belanda
14. Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!    
15. Kelok 44 - Museum Rumah Kelahiran Buya HAMKA  
16. Danau Maninjau Yang Indah Mempesona 
17. Makan Tengahari di Rumah Makan Eni  
18. Silver Work Koto Gadang  
19. Minum Petang di Rumah Pohon Ngarai Sianok  
20. Lobang Jepang  
21. Jam Gadang Mercu Tanda Kota Bukit Tinggi  
22. Tembok Besar China ala Bukit Tinggi  
23. Oleh-Oleh Sanjai Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi  
24. Bika Talago Bukit Tinggi Yang Tak Dapat Dilupakan!  
25. Makan Tengahari di Lamun Ombak & Segelas Jus Pinang Muda  
26. Sepetang di Kota Padang  
27. Sate Padang KMS Saribu Baniah  
28. Berakhirnya Percutian di Bukit Tinggi : Padang - Kuala Lumpur - Tawau