ADSENSE

Ahad, 3 September 2017

Perth : Kami Datang

Bismillahirrahmanirrahim.
Syukur ke hadrat Ilahi, kita dapat bertemu lagi di ruang maya tak bertepi ini. Lebih seminggu dapur Amie tak berasap...hiks! Tuan tanah merayap seketika mencari angin baru. Tak terlewat rasanya Amie ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen. Moga-moga saudara kita yang menunaikan haji di tanah suci Mekah, akan pulang membawa bersama 'haji yang mabrur'. In shaa Allah. 
Pagi 26 Ogos 2017, dengan izin Encik Suami sekali lagi Amie berkesempatan untuk menambah pengalaman melihat-lihat negara orang. Pukul 9.15 pagi kami keluar rumah, tapi beberapa minit kemudian Amie teringat, passport tertinggal di rumah! Bukan passport antarabangsa, tapi passport Malaysia yang kulit warna biru tu! Maklumlah, tinggal di Sabah, walaupun senegara tapi tetap juga gunakan passport untuk keluar masuk negeri ini! 
Begitu  begini, pukul 9.30 juga sebenarnya waktu yang tepat kami meninggalkan LD menuju Tawau Airport, yang memakan masa selama 2 jam perjalanan. Alhamdulillah, selesai check in, dapat pula berjumpa teman lama, Cikgu Hanifah dan suaminya, Cikgu Ismail( dulu tinggal berjiran di LD). Syukurlah...akhirnya dapat juga kami bawakan pokok anggur untuk mereka. Mudah-mudahan pokok-pokok anggur hasil semaian Encik Suami dapat hidup subur dan berbuah di kediaman Hanifah.
Encik suami sedang memandu ke LD, Hanifah dan suaminya pulang ke bandar Tawau. Tinggallah Amie seorang. Penerbangan ke Kuala Lumpur dijadualkan pada pukul 1.15 tengahari, tetapi berlaku kelewatan pulak! Terpaksa menunggu hingga pukul 4.30 petang, dan akhirnya hampir pukul 5.30 petang barulah AK 5747 terbang!

 Sumber : Mr. Goggle

Macam-macamlah perasaan datang mengganggu! Mesti kelam kabut bila sampai KLIA2 nanti. Mana nak kejar bagasi, mana nak tukar MYR ke AUD! Tepat jam 9.00 mesti berkumpul di tempat yang dijanjikan. Oh! Ya Allah! Mudah-mudahan tidak ketinggallan penerbangan 12.05 malam nanti ke Perth! Paling sedih, dah janji dengan abang Farid untuk makan malam di KLIA2 terus terbatal!
Walaupun hati masih mendongkol, tapi mata sempat merenung hamparan awan gebu di bawah kapal terbang yang sedang mengejar arah matahari tenggelam! Makin lama pemandangan semakin suram dan warna suci bersih awan putih bertukar menjadi kelabu menandakan suasana mula bertukar senja merangkak ke malam!
Tepat 8.00 malam Air Asia AK5747 menjejakkan tayarnya  di landasan terbang KLIA2. Sempat jumpa Abang Farid, dan terlari-lari juga ketika mencari tempat tukaran AUD. Bukan tak nak tukar awal, tapi di LD tidak ada tukaran AUD. Lagipun, tak sangka kapal terbang delay dari pukul 1.155 sampai 5.30 petang baru nak terbang!

Tukaran MYR ke AUD pada malam itu 1 AUD bersamaan dengan MYR3.60. Tukar setakat untuk pegang-pegang saja kalau ada benda-benda yang berkenan di hati untuk dibeli.

 Sumber : Mr. Google

Malam itu, kami terbang menaiki pesawat Air Asia D7236 tepat pukul 12.05 minit tengah malam. Untuk Abang Farid dan kawannya (yang sanggup boncengkan Farid naik motosikal dari Bangi, Amie hanya sempat hulur duit : Abang makan dengan kawan abang ye...aduuuusss! Mommy terpaksa tergesa-gesa jumpa ahli rombongan di pintu masuk pelepasan untuk check in bagasi.

Tiba di Lapangan Terbang Perth tepat pukul 5.30 pagi. Waktu Subuh pun sudah tiba. Alhamdulillah... selamat sampai ke tanah Australia Barat.

 Sumber : FB Haila

Kakitangan di lapangan terbang Perth sangat peramah! Tidak rasa asing langsung dengan layanan mesra mereka. Namun, kami ditanya satu persatu, barangan yang kami bawa. Bila tiba giliran Amie, Amie kata bawa ubat. Diminta penjelasan, ubat apa? Amie kata ubat sapu. Walaupun kami sudah mengisi borang masuk dan menjawab segala pertanyaan dalam borang tersebut, tetapi tetap juga disoal. Soalan yang dikemukakan adakah kami bawa makanan seperti daging, buah, sayur dan sebagainya. Disebabkan kakitangan di situ bertanya dengan penuh hemah, jadi kami rasa selesa untuk menjawab setiap pertanyaan mereka. Kemudian kami diarahkan berbaris dan kemudian datanglah seorang kakitangan di situ membawa seekor anjing menghidu semua beg yang kami bawa. Alhamdulillah...lepas!
Kami sempat menunaikan solat Subuh di sebuah surau kecil di bahagian bawah lapangan terbang. Tidak ada pembahagian tempat solat, lelaki dan perempuan solat di ruangan yang sama. Ada tempat mengambil wudhu di dalam surau (tempat solat), tetapi di tandas tidak ada air untuk beristinjak. Jadi, sesiapa yang bawa botol air, bolehlah isi air untuk dibawa ke dalam tandas. Tisu memang disediakan, dan memang boleh digunakan untuk beristinjak tetapi kita tetap juga nak cari air....hiks!
Selesai solat, kami ke pintu keluar lapangan terbang. Nampaknya Chah (tour guide) belum lagi muncul. Jadi, kami pun melihat-lihat suasana keliling, dan agak terkejut sebab nampak sunyi dan sepi. Kenderaan yang lalu lalang pun boleh dikira dengan jari! Suhu, tidaklah begitu sejuk, sekitar 17'C.
Ketika matahari mula memancar, muncullah Chah bersama 3 buah kenderaan. Kami berenam satu kereta, dan selebihnya 18 peserta lain yang berkeluarga di dalam dua buah kenderaan lain. Kata Chah, kami check in tempat penginapandulu, dan kemudian pada pukul 11.30 pagi barulah jalan-jalan melihat bandar Perth.
Tempat penginapan kami berenam di sebuah homestay Thornlie. Manakala yang lain menginap di homestay masing-masing.

Assalamualaikum...
Inilah homestay kami untuk penginapan selama 5 hari 4 malam selama berada di Perth. Pesan pemilik homestay : Hendaklah sentiasa jaga kebersihan dan kemas. Bilik air tak boleh basah, kecuali bilik mandi! Wokey! Arahan diterima.

 Ruang makan. Kerusi cukup untuk 6 orang.

 Ruang dapur lengkap dengan segala peralatan memasak. Microwave pun ada.

Semua peralatan disediakan dari sudu garpu, pinggan mangkuk, pisau, papan pemotong, periuk kuali dan sebagainya.



 Pendek kata, semuanya lengkap termasuk peti sejuk, mesin basuh, sterika dan televisyen.

 Ini bilik Amie dengan Salawati.

 Sebelah bilik kami, bilik Izah dan Haila. Ada dua single bed.

 Ini bilik Fitri dengan Hidayah.

Tak lama kemudian, Chah (Nor Habsah, empunya Nour's Tour Pty Ltd, yang diamanahkan oleh Kembara Sufi sebagai tour guide kami pun datang semula membawa sarapan nasi goreng untuk kami. Chah juga bawakan sebotol besar jus limau dan susu.

 Bermulalah cerita kami di rumah penginapan ini.

 Alhamdulillah.... 
Izah datang dari Cameron Highlands bersama sambal hitam!
Enak banget nih makan dengan nasi goreng!

 Jemput sarapan pagi!
Bismillah...

Dah selesai sarapan pagi, masing-masing bersihkan diri dan tukar pakaian. Hmmm...kita nak jimat pakaian..... hiks! Pakai yang dibadan sajalah sampai ke petang nanti. Beraksi dulu di depan rumah penginapan sementara menunggu kereta datang untuk membawa kami jalan-jalan ke bandar.

Inilah kenderaan yang akan membawa kami pusing-pusing bandar Perth!

Semak semula Tour Itinenary:
Day 1 (27 Aug 2017 / Sunday)
Arrive at Perth Airport by Air Asia and meet Tour Guide from Kembara Sufi Travel and Tours. Transfer to homestay for check- in. Perth City (Bell Tower - Elizabeth Quay - London Court - Harbour Town - Kings Park - Blue House)

Entri berkaitan percutian di Perth:

Tiada ulasan: