ADSENSE

Isnin, 4 September 2017

Perth City

Banyak kali juga terdengar orang kata : Perth bandar untuk orang pencen! Kenapa dikatakan sedemikian? Barangkali disebabkan suasananya yang amat santai, jauh dari segala kesibukan dan hiruk-pikuk sebagaimana kebiasaannya di sebuah bandar? Mungkinkah? Kita lihat sahaja nanti....

Tempat pertama kami singgah iailah di Kings Park. Cuaca agak panas, tapi bila angin bertiup rasa sejuk pula. Banyak bunga kecil pelbagai warna di sini. Nanti Amie kongsikan dalam entri lain khas untuk bunga-bungaan di Perth.






 Pemandangan bandar Perth dari Kings Park.









Singgah makan di Insan's Cafe. Pemiliknya orang kita juga. Nak cuba makan bebiri Australia. Menurut pemandu kami, nasi dengan satu lauk dan sayur berharga AUD16, Bila didarab dengan tukaran Amie 16 X 3.6 = RM57.60 sen.


Terpandanglah pulak serangkap pantun di seberang jalan ketika keluar dari Insan's Cafe:
Dari Malaysia ke Perth GLO,
Bawa pulang barang Australia,
Lagi kupandang lagi kusuka,
Balik kampung banyak cerita.
Alamak.... kenapa rimanya a,b,b,b pulak?

Sementara menunggu yang lain selesai makan di dalam cafe, sempat tangkap gambar suasana keliling. 


Jalan-jalan menuju ke Harbour Town.
Sempat rembat sebiji cawan dan dua biji piring Royal Albert.... itu pun sebab ada diskaun 40%! Kalau harga sebenar, memang telan air liur sajalah! Banyak pinggan mangkuk mewah, tapi tak sempat nak tengok sebab mata dah terpikat dengan Royal Albert yang sememangnya sudah bertahun-tahun tersimpan dalam impian....hiks!




 Jalan terus untuk ke London Court.



Tak sempat ambil banyak gambar dan masuk ke bahagian dalam, sebab pemandu kami kata tak cukup masa..... dan kami pun keluar semula.



 Nampak santai sungguhkan?



Sementara menunggu kawan-kawan melihat-lihat atau membeli kasut, baju dan sebagainya, Amie terpikat pula dengan kedai jual kebab. Dah sampai ke negara orang, sudah tentulah nak rasa makanan mereka juga, walaupun kebab bukan makanan penduduk Australia. Jadi, Amie pun belilah kebab mixed meal di ISPA KEBABS.

Mixed meal ini berharga AUD15. Amie pilih daging dengan ayam, dan sour cream. Tak mahu nasi dan tak mahu kentang goreng. Nak cuba yang begini saja.... banyak sayurnya tu, di bawahnya lagi penuh dengan buah zaitun, cendawan, bawang, selain tomato, daun parsli, lobak merah...rasanya ada 10 jenis! Makanan malam memang Chah sediakan, tapi kami tambah dengan kebab yang dibeli. Makan berenam pun tak habis! Kami simpan dan esok pagi kami panaskan semula dalam microwave dan makan bersama sarapan pagi yang dibekalkan oleh Chah! Tak habis juga, kami bawa masuk dalam kereta, mana tahu lapar di tengah jalan bolehlah ratah!

Walaupun hari sudah menjelang petang, tapi perjalanan diteruskan sehingga ke Blue House. Tidak banyak info yang kami dapat sepanjang perjalanan mengelilingi bandar Perth, jadi kenalah bertanya Mr. Google kalau nak tahu lebih lanjut.

Amie ambil gambar dari jauh, walaupun sudah menyeberang jalan untuk sampai ke jambatan Blue House. Malas nak beratur panjang menunggu giliran.


Biarlah yang lain sabar menanti di depan Blue House untuk beraksi, Amie jalan-jalan di sekitarnya sahaja. Dapatlah tangkap gambar lemon. Lemon Perth!


 Dah selesai bergambar, kami teruskan perjalanan ke bandar Perth.

Ada bas percuma, dan bas berbayar di sini. Tak ingat pulak mana satu warna bas yang berbayar dan yang percuma. 


 Bell Tower di kala senja!











 Sekitar Elizabeth Quay :
Ferry Terminal
Water Park dan lain-lain.
Amacam? Ada rupa bandar orang pencen?
Santai-santai sajakan?

Tiada ulasan: