ADSENSE

Ahad, 13 Ogos 2017

Puding Tembikai

Terima kasih buat Naimah Md Ludin atas perkongsian resipi Puding Tembikai beliau. Lama dulu Amie pernah buat puding ini di sini : PUDING ROTI VERSI TEMBIKAI. Kali ini Amie ubahsuai sikit dari segi warnanya.


Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
4 keping roti Gardenia
1 biji telur
1 sudu besar butter
5 cawan air
1 paket agar-agar tali (20 gram)
beberapa titis pewarna merah, kuning telur dan hijau
1/2 sudu kecil biji selasih

Cara penyediaannya:
1. Masak agar-agar dengan 5 cawan air dan 1 cawan gula sehingga agar-agar hancur.
2. Kisar roti Gardenia, telur, susu pekat, esen vanila dan butter.
3. Campurkan bahan kisar ke dalam periuk berisi agar-agar yang sedang mendidih. Kacau rata dan padamkan api dapur.
4. Bahagikan kepada 4 bekas. 3 bekas warnakan merah, kuning telur dan hijau. 1 bekas lagi biarkan tanpa warna.
5. Masukkan adunan merah dan kuning  ke dalam acuan masing-masing (bentuk 3 segi), dan taburkan biji selasih. 
6. Sejukkan kedua-dua adunan dan kemudian tuangkan perlahan-lahan adunan tanpa warna. dan sejukkan seketika.
7. Akhir sekali tuang adunan warna hijau perlahan-lahan apanila lapisan putih mula membeku.
8. Sejukkan dalam peti sejuk.

 

Tiada ulasan: