ADSENSE

Ahad, 7 Mei 2017

Keria Gula Melaka

Jom minum petang dengan kuih keria salut gula melaka.
Kuih tak sempat sejuk, baru keluar dari kuali, Firdaus dah hulurkan piring keci!
Lepas tu, pandai pula panggil Encik Suami supaya datang ke dapur! 
Maka, dua beranak itu pun makanlah....hihihiiii!

Bahan-bahan:
650 gram keledek oren - kupas dan potong-potong
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Bahan sira:
3/4 cawan parutan gula melaka
1 sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan - disiat dan disimpul
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan air

Cara:
1. Rebus ubi keledek bersama sedikit garam. Setelah empuk, toskan airnya dan kemudian lenyek. Sejukkan seketika.
2. Tambahkan tepung gandum dan baking powder. Uli hingga sebati dan tidak melekit.
3. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan mengikut saiz yang dikehendaki.
4. Leperkan dan buat lubang di tengah.
5. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan goreng secara terendam sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
6. Dalam kuali lain, masak air bersama gula melaka, gula pasir, garam  dan daun pandan.
7. Setelah air gula melaka menjadi likat, keluarkan daun pandan dan masukkan kuih keria.
8. Gaul rata supaya kuih keria tersalut dengan air gula melaka.
9. Setelah semua kuih keria tersalut dan nampak berkilat, padamkan api dapur.
10. Angkat kuih keria dan susun di atas redai.

Rasanya Amie dah jauh tertinggal keretapi!
Baru hari ini tergerak hati nak buat kuih keria salut gula melaka!
Amie dapat 12 ketul!
Encik Suami dan Firdaus makan hampir 8 ketul!
Tinggal beberapa ketul utnuk Fairuz yang belum pulang dari kelas tyuisyen!

2 ulasan:

Bearcat berkata...

Mengiurkan betul rupa keria gula melaka Amie...

rahel berkata...

oo Kak Amie...lambat perahu sampai bah...habis sudah keria tu kan...hehe