ADSENSE

Isnin, 3 April 2017

Turki (7) : Kardeşler Restaurant Bergama

Tibalah masanya kami jalan-jalan cari makan untuk santapan tengahari!
Bas berhenti di hadapan Kardeşler Restaurant yang terletak di Bergama, dalam wilayah Izmir.


Alhamdulillah....
Sekali lagi diberi peluang mengenali dan mencicipi masakan Turki. Walaupun pertama kali merasa, namun di hati tetap mensyukuri segala nikmat Ilahi mengadap rezeki di depan mata.

Bila berada di tempat orang, tak perlulah memikir dan mengharapkan terhidang sambal belacan atau semangkuk ikan masak asam pedas...hiks!
Orang kata, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.... ngeee! Di sini setiap kali menyenduk nasi ke dalam pinggan, sudah tentu ada perbezaannya sebab nasi di sini bukan nasi kosong atau nasi putih, sebaliknya nasi yang dimasak bersama bahan lain seperti mentega dan juga rempah tertentu.

Makanlah mana yang terhidang.
Mungkin rasanya berbeza, tetapi perut perlu dialas.


Bagi yang tidak boleh menerima masakan selain dari masakan  di tanahair sendiri, eloklah bawa bekalan. Tapi bagi Amie, ini merupakan kesempatan dan peluang keemasan untuk menikmati setiap hidangan yang disajikan. Tekak Amie ini boleh terima banyak benda, kecuali batu dan kayu...hiks!

Kubis ungu ini mungkin kubis jeruk sebab ada rasa masam, atau mungkin sudah digaul dengan perahan jus lemon.

 Yang ini Amie tak tahu apa.

Ini masakan ayam. Nak kata masakan kari, tidak ada rasa kari. Rasanya lebih kepada masakan jenis stew. Begitu juga dengan sayuran lain seperti kubis bunga dan kubis Brussel.... sangat lembut, terus hancur di mulut. Barangkali dimasak cara rendidih juga. Ah! Pendek kata, semuanya masakan Turki...hihihiii... ( ayat orang yang tak ada ilmu masakan Turki).

 Spaghetti pun ada.

 Yang di belakang kobis bunga tu... kami panggil popia! Ha ha haaa.. entah berapa gulung 'popia Turki' masuk perut Amie! Kan Amie hantu popia!

Nampaknya Kardeşler Restaurant ini meriah sekali dengan barisan bendera pelbagai negara! Dah tu pulak, seakan-akan terdengar lagi Yesterday When I Was Young nyanyian Roy Clark! Tapi dalam versi Turki...eh! Betulkah?

 Bismillah.

Seperti biasa, Encik Barchin sentiasa mengingatkan kami supaya menunaikan qada' hajat di sini. Selalunya beliau akan memberitahu sama ada tandas perlu dibayar atau tidak. Perkhidmatan tandas di restoran ini percuma.

Terdapat barang-barang karftangan dan cenderahati yang diual di sudut restoran. Bolehlah cuci mata di sini atau cuci poket!


 Pemandangan di seberang jalan berhadapan dengan restoran. 

Selesai makan tengahari di restoran ini, bas bergerak menuju ke sebuah masjid. Sudah tiba masuk waktu untuk solat.

Kami tinggalkan jejak musafir di Kardeşler Restaurant.

Seems the love I've known has always been
The most destructive kind
Guess that's why now I feel so old
Before my time.

Yesterday when I was young
The taste of life was sweet as rain upon my tongue.
I teased at life as if it were a foolish game,
The way the evening breeze may tease a candle flame.
The thousand dreams I dreamed, the splendid things I planned
I always built to last on weak and shifting sand.
I lived by night and shunned the naked light of the day
And only now I see how the years ran away.

Yesterday when I was young
So many happy songs were waiting to be sung,
So many wild pleasures lay in store for me
And so much pain my dazzled eyes refused to see.
I ran so fast that time and youth at last ran out,
I never stopped to think what life was all about
And every conversation I can now recall
Concerned itself with me and nothing else at all.



Yesterday the moon was blue
And every crazy day brought something new to do.
I used my magic age as if it were a wand
And never saw the waste and emptiness beyond.
The game of love I played with arrogance and pride
And every flame I lit too quickly, quickly died.
The friends I made all seemed somehow to drift away
And only I am left on stage to end the play.

There are so many songs in me that won't be sung,
I feel the bitter taste of tears upon my tongue.
The time has come for me to pay for
Yesterday when I was young...


Saja jew... hibur-hibur hati...hiks!

Entri berkaitan kembara ke Turki:

Tiada ulasan: