Turki (4) : ida Kale Resort Otel Canakkale

6:55 PTG

Pakej melancong bersama As Syukran Vacation Agencies Sdn Bhd dijadualkan berjalan selama 9 hari 7 malam bermula pada 18 Mac sehingga 25 Mac 2017. Nampaknya, untuk entri kali ini baru masuk bahagian ketiga untuk hari pertama. Hohoooo... hidangan yang Amie sajikan di dapur maya ini sudah tentunya hidangan dari tempat lain, dari negara lain. Sekurang-kurangnya dapatlah cuci mata dengan melihat-lihat budaya di luar 'tudung saji' sendiri. Jom terus dengar bebelan Amie di bawah ini.

Samar-samar senja...
Akhirnya kami tiba di tempat penginapan untuk malam pertama di bumi Turki. Bas berhenti di hadapan ida Kale Resort Otel.

Pemandangan di sekitar hotel 4 bintang ini sebenarnya cantik. Sayangnya kami tiba ketika senja menjelma dan matahari sudah bersedia untuk kembali ke tempat peraduannya. Jadi, inilah sahaja antara gambar pemandangan yang sempat dirakam. Hotel ini terletak di tepi laut. Kolam mandi di belakang Amie tu.... kalau nak terjun, silakan! Jangan minta tolong kalau terus beku di dalamnya hihihiii! Kita celup jari kat situ pun ta sanggup tunggu dua saat!


Dah terbayang tilam, bantal, air untuk mandi, berus gigi dan cuci rambut! Alangkah nyamannya! Tapi sebelum itu kenalah check in dulu. Ambil kunci bilik dan password untuk wifi, makan malam dan bolehlah berehat sampai ke pagi.

 Lobby hotel kelihatan lapang dan selesa.



Kami terus menuju ke dewan makan.
Teruja rasanya, sebab tak sabar nak lihat dengan mata kepala sendiri hidangan di bumi Turki. Inilah masa yang ditunggu-tunggu! Katanya, masakan Turki merupakan masakan warisan zaman Uthmaniyyah yang menggabungkan masakan Turki, Arab, Parsi dan Yunani. Wah! Bunyinya macam menu-menu fusion! Menurut info lain pula, masakan Turki dikatakan masakan warisan hasil gabungan dan penyempurnaan masakan Asia Tengah, Timur Tengah dan Balkan serta Erpah Barat!
Kedengaran sungguh hebat!

Terlebih dahulu, minta maaf kerana banyak jenis hidangan yang Amie tidak dapat terangkan dek ceteknya ilmu tentang masakan Turki! Mungkin ada di antara rakan-rakan pengunjung dapur Amie ini tahu mengenainya. Bolehlah kongsi bersama.

Hidangan di atas memang Amie tak tahu apa namanya.
Kebetulan tidak ada tanda namanya di situ...he he hee sebab sesetengah hotel memang letak tanda nama makanan supaya senang diketahui.

 Pada mulanya Amie sangka terung, rupanya ikan panggang.

 Ini barulah terung. 

 Dessertnya pula... alahai! Comel-comel!


Hidangan makan malam di hotel ini nampaknya mementingkan khasiat dan memang nampak ciri-ciri pemakanan seimbang. Hanya terpulang kepada pelanggan untuk membuat pilihan. Sayuran hijau yang dijadikan ulam-ulaman pun banyak terhidang.

Bersedia menikmati hidangan malam berlatarbelakangkan pemandangan laut dengan suasana matahari terbenam! Bismillah.

Pemandu bas dan pemandu pelancong kami... Encik Barchin dan Hayati. He he heee... jangan salah tafsir. Hayati itu pemandu bas kami, seorang lelaki. Bukan Hayati seperti di tempat kita!

 Hidangan malam yang Amie cuba. Nasi yang agak berlemak dan kepingan ikan panggang.

Dan, cuba juga hidangan lain termasuk ubi bit jeruk dan pelbagai lagi. Cuba sikit-sikit jew... Ambil banyak nanti tak habis.


Nak juga merasa timun Turki. Bukan tak pernah makan timun, tapi sekadar nak rasa. Rasanya rangup dan segar.

 Cuba juga dessert yang memang terkenal dengan rasanya yang sungguh manis!

 Epal yang dihidang memang sebiji-sebiji tak dipotong.

Konon-kononya inilah pengganti sambal ...ahaks! Rasanya masam-masam tomato, dan ada rasa pedas sedikit! Ambil sahajalah sedikit sebab rupanya pun ala-ala sambal cili kering!




 Yang ini Amie tahu... jagung!

 Dah kenyang isi perut, kami masuk bilik masing-masing.




Tenang dan damai dengan warna biru! Bolehlah berlama-lama di sini setelah..... beberapa hari..hiks! Nak berlulur dari hujung rambut sampai hujung kaki. Iye ke? Tak sampai berapa minit dah keluar semula... Walaupun ada air panas, tapi suhu bilik masih terasa sejuknya!

 Katil pun sudah lama menunggu!
Selamat malam!
Suhu : 20'Celcius.

Tiba-tiba terjaga!
Terdengar bunyi bising.
Toleh ke kiri, Atie sedang lena tidur.
Terdengar deru tiupan angin laut. Entah apa yang ditiup sehingga terdengar sampai ke bilik. Berkeriut-keriut bunyinya. Mungkin bunyi ranting pokok!
Cuba lelapkan mata semula tapi tiba-tiba terdengar bunyi enjin motorbot pulak!
Esok pagi nak tengok pokok apa yang ditiup angin laut sampai rantingnya menyentuh tingkap atau bumbung bilik kami.
Semakin dicuba untuk lelapkan mata, bunyi semakin kuat mengganggu.
Nak kejutkan Atie, tak sampai hati. Mata seolah-olah terpandang kain langsir ditarik-tarik.
Beranikan diri dan terus bingkas bangun, lalu sepantas kilat terus tolak kain langsir!
Terpandang bidai warna putih di luar tingkap.
Masha Allah!
Sambil mengurut dada... rupanya bidai itulah yang ditiup angin laut, terbuai-buai menyentuh tingkap bilik kami!
Selepas itu barulah dapat lelapkan mata sampai ke pagi.

 Bangun pagi, untuk meneruskan perjalanan.

 Singgah dulu di tepi laut, main sorok-sorok bawah pokok cerondol.



Walaupun hanya sepohon pokok tanpa daun, namun ada nilai estetikanya yang tersendiri! Tak boleh berlama-lama di sini sebab kami perlu segera ke dewan makan untuk bersarapan pagi.

 Ini antara pilihan hidangan untuk sarapan yang disediakan oleh pihak hotel, termasuklah buah zaitun pelbagai jenis.


 Wow! Cili hijau!

Pelbagai jenis keju turut disediakan.
Bagi peminat keju, inilah masanya untuk mencuba pelbagai jenis selain keju parmesan, dan keju mozarrella yang ada di tempat kita.


 Buah epal masih dihidangkan sebiji-sebiji! Ini epal segar dan tidak bersalut lilin. Rasanya manis dan baunya harum!




 Yeay... ada telur rebus!
Telur ayam Turki?

 Whipped potato! 
Alhamdulillah...

 Pelbagai jenis roti turut tersaji.



Akhirnya...
Inilah sarapan pilihanku. Cili hijau tu... saja jew letak di piring untuk serikan suasana..... ahaks!

 Dah secawan teh.
Teh Turki?
Cay?








 Tambahan...sosej.
Sedap!


Cuba juga whipped potato. Yang merah tu agaknya sambal Turki.... walaupun orang Turki tak makan sambal dan tak ada sambal. 
Apa pun, pagi itu rasa riang sekali sambil dengar lagu instrumental. Entah lagu apa, tapi membuai rasa!

 Wokey... 
Gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut, tarik bagasi.... 

 Bas sedang menunggu...

Entri berkaitan kembara ke Turki:

0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe