ADSENSE

Ahad, 16 April 2017

Turki (32) : Dinlenme Tesisleri

Amie nak selitkan sedikit tentang tempat hentian kami (istilah kita R & R) sepanjang berada di Turki. Hentian untuk berehat dan mendapat kemudahan seperti tandas, tempat solat, tempat makan, isi minyak dan sebagainya di sini dipanggil dinlenme tesisleri. Ada beberapa tempat hentian yang mengenakan bayaran sebanyak TL1 untuk perkhidmatan tandas, dan ada pula yang tidak. Tandas di setiap hentian biasanya dalam keadaan bersih dan selesa.

Tak tahu nak bagi berapa bintang untuk tandas begini. Kami singgah dalam perjalanan dari Cappadocia menuju ke Ankara. Memang sangat cantik dan bersih! Hanya perlu keluarkan TL1 sahaja! 

Selain restoran, di setiap hentian rehat juga terdapat banyak kedai menjual pelbagai jenis barangan. Biasanya barangan yang mudah dibawa dan sesuai dibeli sebagai oleh-oleh.

Antara barang makanan yang sangat popular dan mudah ditemui ialah manisan atau Turkish Delight terutamanya lokum dan juga coklat. Teh epal pun ada juga.


Susunan kotak berisi manisan.

Madu pun ada juga. sedap!


Bagi peminat barangan penjagan diri, banyak sabun berasaskan minyak zaitun yang dijual.

Ada satu peristiwa yang sangat melucukan ketika kami memasuki sebuah pasaraya di Nevsehir. Salawati berkira-kira untuk membeli sebungkus beras Turki. Apa salahnya kalau nak beli. Memang ada beza rasa beras di sini dengan beras yang biasa kita masak. Bagaimanapun, memikirkan berat, tak jadilah pulak nak membelinya. 

Nak cuba produk penjagaan diri dari Turki?

Memang di mana-mana pun, kebanyakannya mempamerkan produk manisan Turki!

Rambang mata dibuatnya! Memanglah rasa nak beli di sini sebab memikirkan tidak singgah di Grand Bazaar (ikut jadual asal). Tapi kalau kita jenis yang suka kumpul kenangan, bolehlah beli sekotak dua di setiap persinggahan.





Sabun lagi! Harganya tidaklah mahal, tapi tetap berkualiti.


Si mata biru memang ada di mana-mana!




Beginilah antara gambaran sebenar di tempat hentian rehat.

Kami berhenti pun tidak lama. Lepas ke tandas, terus ke masjid atau makan di restoran. Hanya beberapa minit sahaja sempat melihat-lihat kedai di sekitar tempat hentian rehat. Kadang-kadang tak sempat tawat-menawar. 

Entri berkaitan kembara ke Turki:
1. Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Doha - Istanbul
2. Roman Hippodrome, Masjid Biru & Topkapi Palace
3. Makan Tengahari di Restoran Tamara dan Menyeberangi Selat Bosphorus
4. ida Kale Otel, Canakkale
5. Troy Ancient City
6. Gözbaşi mola (Olive Oil Outlet Centre)
7. Kardeşler Restaurant Bergama
8. Asklepion - Rumah Sakit Jiwa Pertama di Dunia
9. Natureast Anatolian Taste
10. Ada Class Hotel
11. Leather Garment Centre & Watching Fashion Show
12. Ephesus (Ancient Greek City)
13. Sofra Restaurant
14. Izmir Selcuk Isa Bey Mosque
15. Pamukkale - Hierapolis
16. Pam Thermal Hotel
17. Turkish Yogurt with Honey & Poppy Seed
18. Özkan Dinlenme Tesisleri
19. Mevlana Museum (Mevlana Müzesi - Konya Mevlana Mausoleum)
20. Avrasya Hotel
21. Hot Air Balloon
22. O Ağacın Altı, Göreme Belediyesi/Nevşehir
23. Underground City
24. Carpet Centre & Sekitar Göreme
25. Bindalli Restaurant Üçhisar
26. Uchisar Castle & Pasabag Valley
27. Venessa Seramik Art Gallery
28. Agzikarahan-Hoca Mesut Caravanserai
29. Ayrancı Dinlenme Tesisleri
30. Ataturk Mausoleum (Muzium Ataturk)
31. Von Resort Abant 
32. Dinlenme Tesisleri
33. Perjalanan dari Bolu ke Istanbul
34. Oleh-Oleh Grand Bazaar
35. Buhara 93 Restaurant
36. Menyusuri Selat Bosphorus

37. Istanbul - Doha - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Lahad Datu

Tiada ulasan: