ADSENSE

Sabtu, 15 April 2017

Turki (31) : Von Resort Abant

Agak jauh juga perjalanan dari ibu kota Ankara untuk ke tempat penginapan kami di Bolu. Menjelang senja, bas membelok ke sebuah persimpangan dengan papan tanda tertulis Von Resort Abant. Suasana nampak sangat sunyi dengan kegelapan malam yang kian menjelma. Dengan jajaran pepohon gondol dan tampak kering layu di kiri kanan jalan, menjadikan suasana semakin suram!
Ketika azan Maghrib berkumandang, kami tiba di hadapan Von Resort Abant! Tidak jauh dari sini, dikatakan terdapat sebuah tasik air tawar Abant Gölü yang terbentuk akibat tanah runtuh yang besar! Nampaknya tidak ada kesempatan untuk mengabadikan gambar persekitaran tempat penginapan kami. Ditambah pula dengan peringatan, esok kami akan bertolak lebih awal dari yang dijadualkan, jadi terpaksalah terima hakikat memang kami musafir lalu...hiks! Bagai burung menumpang hinggap, awal pagi kami akan terbang jua. Kami terpaksa bertolak awal untuk perjalanan ke Istanbul memandangkan permintaan ramai untuk singgah di Grand Bazaar. Setelah mengambilkira tempoh perjalanan ke lapangan terbang dan untuk mengelakkan kesesakan jalan raya, masa yang diberi untuk ke Grand Bazaar sudah tentulah amat singkat!


Ketika ini suhu menunjukkan angka 7'Celcius!

 Rasa nak terus baring saja atas katil!

Dahlah bantalnya pun comel!

Ada lagi bantal dan selimut tambahan dalam almari!

 Kali ini ada disediakan air mineral. Tak payahlah susah-susah usung botol air lagi!




 Jom intai suasana di luar bilik!

 Itu dia.... dah gelap!

 Gambar di ambil dari beranda bilik.
Apa boleh buat, tiada masa bagimu Amie untuk tangkap gambar esok hari!


 Pemandangan di waktu malam... tak nampak apa-apa!

Pinjam gambar Pak Google untuk pemandangan sebenar pada waktu siang. Banyak pula rakaman gambar waktu musim salji!

Sumber : Google

Sedangkan pada suhu 7"Celsius pun dah tergigil-gigil, inikan pula waktu musim salji!

Sumber : Google

Dan musim salji yang berlalu menyambut kedatangan kami dalam suasana yang masih dingin tapi nampak sunyi dan sepi!

 Sumber : Google

Amboi! Bukan main lagi Encik Barchin dengan wajah yang sungguh ceria! Maklumlah, malam ini merupakan malam terakhir mengurus kami! Esok sudah tentu hari yang paling menggembirakan sebab dapat bertemu kembali dengan anak dan isteri di Istanbul!


 Bermakna, ini merupakan kali terakhir berpeluang mengenali masakan Turki!



 Kemalpasa cheese dessert.

Sesungguhnya memang sekali pandang sudah tahu betapa manisnya.....! Boleh makan, ambil sikit saja tau!

Atie memang cukup suka bila terjumpa dessert, terutamanya baklava!
Tapi malam ini macam tak nampak pula puding beras yang Atie suka makan tu! Di depannya tu mangkuk berisi pelbagai jenis puding.


 Yang ini... tak silap sekerpare atau Turkish Semolina Cookies. Setelah dibakar, dituangkan pula dengan sirap lemon sewaktu dihidangkan.

Dan banyak lagi manisan Turki yang lain sama ada yang tradisional ataupun yang kontemporari. Amie tengok dan ambil gambar saja, tapi tak ambil sebab seolah-olah sudah terasa kemanisannya! Sewaktu mengunjungi Bosnia tahun lepas, setiap hari kami masuk ke kedai manisan dan mencuba dua hingga tiga jenis desserts. Dari sanalah kami mengenali sebahagian daripada manisan Turki! 

Cantikkan! Walaupun bentuknya ringkas tapi menarik dengan hiasan taburan serbuk kacang pistachio!

 Semuanya nampak cantik dan sedap-sedap belaka! Juga manis-manis!


 Ada juga cili bentuk kecil!







Masih juga epal sebiji-sebiji!
Tapi dah tak larat nak kumpul epal. Epal dan limau yang Amie ambil sebelum ini pun tak termakan!

Pengunjung agak ramai pada malam ini. Bersama-sama kami, rombongan dari negara kita dalam sebuah bas besar yang sudah memenuhi dewan makan.

 Kofte, memang biasa ditemui dalam sajian hotel dan restoran di Turki.


 Dolma.

Seingat Amie, setiap kali makan di hotel memang tak pernah tak jumpa cili jeruk! Kali ini saja jew ambil, tapi makan cili hijau goreng jew nan sebiji tu! Apasal pulak Amie bubuh cake sepiring dengan cili!

 Ambil sebiji dolma. Di belakangnya itu kofte.


 Bungkusan daun anggur warna hijau di atas itu ialah sarma. Di dalamnya ada nasi. 

 Terlupa sup sebagai hidangan pembuka, dan juga roti!

Bila terlalu banyak jenis makanan yang terhidang memang tak tahu nak ambil yang mana satu! Semuanya namp[ak sedap dan menyelerakan!








 Wokey!
Tinggallkan dulu cerita tentang hidangan Turki!
Sekarang masa untuk kembali ke bilik. Membersihkan diri dan mengemas mana yang patut supaya isi beg lebih tersusun. Ingat, esok hari terakhir di Turki, jadi malam ini malam terakhir kita di sini!




 Dalam perjalanan ke bilik (agak jaug juga dari dewan makan), sempat ambil gambar.

Sekali lagi membayangkan berada di sini pada musim sejuk!

 Tentu perigi ini dipenuhi dengan longgokan salji!



 Jom bersihkan diri!


 Mandi air panas sepuas-puasnya setelah seharian mengembara!

 Eloklah masak air, kemudian bancuh teh panas!
Alahai... angan-angan saja tu! Buatnya tidak.

 Belek-belek room service menu. Harganya memang sangat berpatutan.

 Sempat tangkap gambar -gambar dalam katalog room service menu.

Membongkar beg sekali lagi, untuk susun barang yang baru dibeli di tempat persinggahan pada siang tadi. Terjumpa tiket-tiket masuk ke pelbagai tempat. 

 Kotak-kotak berisi coklat. Cantikkan?

 Teh epal dan teh delima.


Ini sahajalah gambar pemandangan yang dapat dirakam pada waktu pagi. Pukul 6.30 pagi kami sudah turun untuk bersarapan dan kemudian akan menaiki bas untuk menyambung perjalanan!


 Nun di sana! Sang rembulan kelihatan sabitnya!


 Fried Mashed Potatoes.

 Cili hijau goreng!

 Crispy Onion Rings with Instant Mashed Potatoes.

 Macam bayam dengan telur! Baked spinach and eggs?

 Zaitun...dan buah zaitun !

 Lobak merah dan terung goreng.

 Ini yang paling laris! Kentang goreng.

Yang tidak banyak pilihan untuk melayan selera, bolehlah ambil coco crunch dan corn flakes.






 Paling sedap!
Cendawan yang sungguh enak dan beraroma!

 Di mana dan bila lagi nak cuba cili hijau goreng sebiji-sebiji begini? 
Tak pedas pun!

Dan juga simit! Cicah dengan madu! Walaaaa..... Di sebelah simit itu, keju Turki. Banyak sangat tengok keju Turki, pagi ini cubalah yang satu ini.

 Ekmek : Pelbagai jenis roti.




 Macam sedih pulak nak tinggalkan tempat ini.
Suasananya seolah-olah menceritakan musim yang baru berlalu. 

 ...dan bersabar menanti musim yang lebih indah!

 Semuanya adalah suatu penantian!

 Namun, sudah tiba masanya untuk kami beredar!

Selamat tinggal Von Resort Abant yang cantik tapi kami tidak sempat menghayati keindahanmu!


 Musim yang berganti akan menukar wajahmu!
Tapi, keadaan sebegini juga sudah cukup untuk kami syukuri.



 Sumber : Google

Tidak dapat kami bayangkan sekiranya kami tiba di sini pada musim salji!

Syukurlah! Alhamdulillah. Allah telah mempermudahkan kembara kami!

Kedinginan yang amat terasa!
Dalam catatan, Amie tuliskan:
25 Mac 1017 bersamaan hari Jumaat.
Pukul 7.00 pagi waktu Turki bersamaan pukul 12.00 tengahari waktu di negara kita.
Suhu : 7 ' Celcius.
Bertolak dari Bolu ke Istanbul.

Hayati, seperti biasa memandu bas dengan kelajuan tidak melebihi 100km sejam membawa kami menyusuri jalan penuh berkabus!

Entri berkaitan kembara ke Turki:

Tiada ulasan: