ADSENSE

Sabtu, 15 April 2017

Turki (30) : Ataturk Mausoleum (Muzium Ataturk)

Kini, kami berada di Jalan Tandogan, Ankara.

Sewaktu kami tiba, panas matahari terasa membakar kulit. Langit biru tanpa awan sebagai pelindung teriknya sinaran matahari. Sebaik sahaja melangkah kaki melepasi ruang pemeriksaan keselamatan, kami menapak melalui jalan rata dan kemudian jalan berbukit. Nampaknya kawasan di sini sungguh luas, sehingga tertanya-tanya ketika tertonggek-tonggek mendaki bukit : Di manakah letak sebenar Muzium Ataturk ini? 

Sabarlah...
Kita teruskan pendakian sampai di atas bukit sana. Di situlah terletaknya muzium dan tempat persemadian Mustafa Kemal Ataturk.







Antara pengunjung cilik yang memenuhi kawasan ini. Mungkin lawatan sambil belajar!


Kesiannya! Merah padam muka menahan sinaran panas matahari. Namun, demi taat setia kepada raja dan negara, diteruskan juga amanah hingga ke titisan peluh terakhir!


Di dalam bangunan besar dan tinggi ini nantilah kami akan melawat kuburan Mustafa Kemal Ataturk. Di sekeliling tapak ini terdapat pasu-pasu yang berisi tanah dari pelbagai wilayah di bumi Turki.








Pengunjung berpeluang untuk menyaksikan sendiri barang-barang peninggalan Mustafa Kemal Ataturk di dalam galeri pameran. Selain kenderaannya, anda boleh melihat senjata, surat, pakaian, dan juga jam tangan yang jarumnya menunjukkan angka 9.05 minit, iaitu saat hembusan nafas terakhirnya di dunia.
Terdapat patung lilin Mustafa Kemal Ataturk, serta anjingnya yang diawetkan di dalam kotak kaca. Pelbagai lukisan dan diorama perang kemerdekaan Turki turut dipamerkan.





Setelah kematian Mustafa Kemal Ataturk, İsmet İnönü menjadi penggantinya sebagai Perdana Menteri Turki, dan terus menyokong reformasi Ataturk.

Ini tapak perkuburan Ismet Inonu, bekas Perdana Menteri Turki kedua selepas Ataturk dan seorang sahabat Mustafa Kemal Ataturk. Meninggal dunia pada 25 Disember 1973. Beliau berada berasama-sama Mustafa Kemal Ataturk semasa perang kemerdekaan. Tapak perkuburan ini berada tepat berhadapan (bersetentangan) dengan tapak perkuburan Mustafa Kemal Ataturk di dalam bangunan di hadapan sana.










Mustafa Kemal Ataturk atau nama penuhnya Gazi Mustafa Kemal Pasha merupakan pengasas Republik Turki. Selain seorang pegawai tentera, beliau juga seorang pemimpin revolusi dan presiden Turki yang pertama. Lahir pada 12 Mac 1881 dan meninggal dunia pada 10 November 1938.
Bagi peminat sejarah, sudah semestinya banyak kajian dan bacaan mendalam tentang riwayat hidup Mustafa Kemal Ataturk. Setelah meruntuhkan sistem khalifah, Mustafa Kemal Ataturk memperbaharui sistem perundangan Turki berdasarkan sistem perundangan Barat, mengharamkan cara berpakaian mengikut syariat Islam, menutup sekolah-sekolah agama dan menghapuskan alim ulama. Tulisan Arab ditukarkan ke tulisan Latin, dan azan dalam bahasa Arab pula ditukarkan dalam bahasa Turki! Bagaimana pun, usaha menukarkan azan ke bahasa Turki tidak berjaya, kerana mendapat bantahan rakyat Turki. Dan banyak lagu usaha pembaharuan yang telah dilaksanakan.
Secara ringkasnya, beliau membentuk kehidupan rakyat Turki mengikut acuan dan ideologi "Kemalisme" agar lebih moden dan kebaratan serta  demokratik. Akhirnya wujudlah apa yang kita saksikan pada hari ini, Turki telah berubah menjadi sebuah negara sekular.
Tiang bendera negara Turki berdiri kukuh di tengahtengah pintu masuk muzium, dan benderanya yang berwarna merah putih dengan lambang bulan dan bintang sentiasa berkibar megah.

Di belakang Amie berdiri ialah sebuah taman yang luas , dan di kiri kanan jalan terdapat banyak pepatung singa berwarna putih dalam keadaan rebah.

Lapangan tempat Amie berdiri ini biasanya digunakan memperingati kematian Ataturk. Keluasannya boleh memuatkan sehingga 15 ribu orang. Namun begitu, satu catatan menyebut bahawa pada 10 November 2013, lebih 1 juta pengunjung datang dalam sehari sempena memperingati kematiannya.

Terdapat 25 jenis bunga dari 25 buah negara di taman ini.
Ini antara bunga yang biasa kami temui sepanjang kami berada di Turki.

Jom masuk ke bangunan setinggi 15 meter ini.






Bumbung di dalam bangunan kuburan.

Ukiran bentuk piramid.




Di sinilah Mustafa Kemal Ataturk disemadikan, setelah sembilan tahun pembinaan bangunan ini diusahakan oleh masyarakat Turki. Dikatakan bahawa ini hanyalah simbol kuburan Mustafa Kemal Ataturk, kerana jenazahnya dikebumikan tujuh meter jauhnya di bawah peti yang diperbuat daripada batu marmar.








Bendera Turki berkibar megah di pintu masuk muzium.




Kami dimaklumkan sebentar lagi akan berlaku acara bertukaran pengawal. Sementara menunggu saat itu tiba, kami pun bergambar dahulu di hadapan bangunan kubur. Jom kita lihat Guard Changing Ceremony di bawah ini.

Mula-mula rasa terperanjat sebab terdengar seakan teriakan yang kuat dari sebelah kiri! Rupanya arahan dari pengawal tersebut!

Terkejut sekali lagi bila melihat kakinya diangkat begitu tinggi! Oh! Mungkin setelah berdiri terlalu lama, jadi kena lepaskan lenguh-lenguh!

Kedua-dua pengawal di pintu kiri dan kanan akan bertemu di puntu tengah bangunan.


Kiri...

Kanan... kiri... kanan...dengan langkah perlahan!



Suka sangat tengok cara angkat kaki tu!





Di bawah, pengawal pengganti sedang berbaris menuju ke perkarangan bangunan.


Dan acara pertukaran pengawal akan berlaku sebentar lagi.


Dua orang pengawal akan menamatkan tugas pada hari itu, dan dua orang pengawal lain akan menggantikannya.

Keempat-empat pengawal sedang masuk barisan.... tapi nampak macam tiga orang sahaja. Ke mana pergi seorang lagi?

Betul tak? Nampak tiga orang pengawal sahaja! Kasut yang Amie kira itu pun tiga pasang! Kepala mereka pun tiga!

Oh! Empat rupanya!



Jadi, keluar dua, tinggallah dua!

Mereka masuk ke barisan pengawal yang akan turun ke bahagian pintu  masuk bangunan. 










Wokey!
Kami tidak menonton majlis pertukaran seterusnya, sebaliknya kami turun ke bawah. Masa melawat Muzium Ataturk hampir berakhir.

Sebelum itu, sempat sekali lagi tangkap gambar flagpole.



Bacalah sendiri ye...



Tumbuhan yang ditanam membentuk nama k.ataturk. Ataturk membawa maksud Bapa Rakyat Turki.


Ini sahajalah buah tangan dari Muzium Ataturk.



Setiap negara ada ceritanya yang tersendiri, jatuh bangun, duka dan gembira. Ia tidak semestinya makmur sentiasa. Ibarat langit biru di bumi Ankara, bukan bererti panas hingga ke petang tanpa awan!

Those who cannot remember the past are condemned to repeat it. (George Santayana : The Life of Reason, Volume 1:1905)

Entri berkaitan kembara ke Turki:
1. Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Doha - Istanbul
2. Roman Hippodrome, Masjid Biru & Topkapi Palace
3. Makan Tengahari di Restoran Tamara dan Menyeberangi Selat Bosphorus
4. ida Kale Otel, Canakkale
5. Troy Ancient City
6. Gözbaşi mola (Olive Oil Outlet Centre)
7. Kardeşler Restaurant Bergama
8. Asklepion - Rumah Sakit Jiwa Pertama di Dunia
9. Natureast Anatolian Taste
10. Ada Class Hotel
11. Leather Garment Centre & Watching Fashion Show
12. Ephesus (Ancient Greek City)
13. Sofra Restaurant
14. Izmir Selcuk Isa Bey Mosque
15. Pamukkale - Hierapolis
16. Pam Thermal Hotel
17. Turkish Yogurt with Honey & Poppy Seed
18. Özkan Dinlenme Tesisleri
19. Mevlana Museum (Mevlana Müzesi - Konya Mevlana Mausoleum)
20. Avrasya Hotel
21. Hot Air Balloon
22. O Ağacın Altı, Göreme Belediyesi/Nevşehir
23. Underground City
24. Carpet Centre & Sekitar Göreme
25. Bindalli Restaurant Üçhisar
26. Uchisar Castle & Pasabag Valley
27. Venessa Seramik Art Gallery
28. Agzikarahan-Hoca Mesut Caravanserai
29. Ayrancı Dinlenme Tesisleri
30. Ataturk Mausoleum (Muzium Ataturk)
31. Von Resort Abant 
32. Dinlenme Tesisleri
33. Perjalanan dari Bolu ke Istanbul
34. Oleh-Oleh Grand Bazaar
35. Buhara 93 Restaurant
36. Menyusuri Selat Bosphorus
37. Istanbul - Doha - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Lahad Datu

Tiada ulasan: