ADSENSE

Rabu, 12 April 2017

Turki (25) : Bindalli Restaurant Üçhisar

Seolah-olahnya berada di padang pasir pulak!
Dengan suasana alam, tanpa hijau daun dan hanya warna biru langit tanpa awan, di mana ni?
Oh! 
Kami sekarang berada di luar pintu masuk ke sebuah restoran di Üçhisar. 

Inilah gerbang pintu masuk ke Bindalli Restaurant.
Wah! Nampaknya tengahari ini kami akan mendapat satu pengalaman baru untuk makan tengahari sambil menikmati pemandangan di sekitar Lembah Goreme!

 Laluan masuk menuju ke restoran.

 Nampaknya Salawati tertarik dengan barangan kraftangan di sini.

 Kita isi perut dulu, lepas tu baru sambung tinjau-meninjau di sini ye.


 Tandas terletak di bahagian hadapan. Percuma, tak perlu bayar!

 Kata Encik Barchin, bentuknya pun sama seperti rumah gua batu!

Kami mendahului rombongan yang lain. Sebaik sahaja kami mula menikmati hidangan, datang pula sekumpulan pelancong memenuhi restoran. Nampaknya panjanglah barisan ketika mengambil makanan!


Inilah kebab ayam yang aromanya semerbak sampai ke luar restoran! Perut menjadi tambah keroncong bila terhidu baunya yang sangat sedap itu! Banyak jenis kebab di Turki termasuk daging lembu dan kambing biri-biri, tetapi rezeki kami tengahari ini dapat makan kebab ayam! 

Pandai-pandailah kalau nak makan kebab! Banyak roti, tomato, sayur-sayuran hijau, bawang bombay, mayonis dan sebagainya sebagai bahan pelengkap kebab. Mmmmmm..... diratah begitu saja pun sangatlah sodap!

 Spaghetti pun ada.

 Turkish meatball memang selalu Amie jumpa dalam hidangan Turki sama ada di restoran atau hotel..


 Nampak macam lembut jew roti ni....



 Sup tomato & sup labu!

 Nasi pilav pun ada! Dan memang selalu ada....

 Antara sayur yang sering ditemui : terung!

 Yang ini baru ada citarasa Malaysia ha ha haaa.... sup ayam dengan kentang dan lobak!

 Tidak ketinggalan, manisan yang memang sangat manis dan juga lokum.

 Nun di sana.... epal sebiji-sebiji!

 Dan pelbagai sayuran segar dijadikan ulam-ulaman!

Meriah betul masakan Turki. Penuh warna-warni. Yang paling Amie suka dengar sudah tentulah cara penanaman sayuran dan juga segala jenis tanaman di bumi Turki. Katanya, para petani dilarang sama sekali menggunakan baja kimia. Jadi, ia adalah hasil tanaman organik. Sihat dan penuh khasiat!

 Tak sabar nak makan kebab ayam dengan nasi pilav!
Bismillah.... sangat sedap!

 Tambah lagi. Ambil lagi kebab ayam, spaghetti dan ulam-ulaman.

 Ini Turkish meatball, atau kofte. Selalu jumpa tapi lupa nak perkenalkan...hihihii!

 Cuba sup tomato, tapi penuh rasa pudina!

Kata Salawati, nanti kita beli barangan kraf yang dijual di lauan masuk ke restoran ini. Kesian tengok perempuan tu mengait stoking di tengah panas! Nuuunn... di atas sana tu, seorang wanita Turki sedang mengait sesuatu!

Perasan tak, sebelum ini kawasan bersebalahan tandas kosong saja. Ada Ame paparkan gambar di atas sana. Bila kami keluar, banyak pulak gambar di sini! Haiyyoooo.... sekali lagi Amie terperangkap!

Nak tak nak terpaksa beli jugak, sebab tak mahu tinggalkan wajah di sini. Hanya mahu tinggal jejak saja!

 Dah kenyang makan, jalan-jalan seketika bagi nak bagi kebab turun ke perut!



Memang tinggi nilai seni penduduk Cappadocia! Pelbagai elemen sejarah dan budaya dipaparkan dalam permaidani (atau alas meja?) yang tersidai di bawah pokok ini.



 Ambil gambar batu-batu aneh ini sekali lagi!

 Sewaktu musim sejuk, kawasan batuan ini dan sekitarnya dipenuhi dengan salji.


 Jom keluar dari sini.

 Inilah yang Salawati suka. Rantai leher dikait dengan tangan.


 Hmmm... si mata biru?
Tak ingat di mana gambar ini diambil! Adakah di sekitar restoran atau di tempat lain.

Entri berkaitan kembara ke Turki:

Tiada ulasan: