ADSENSE

Rabu, 12 April 2017

Turki (23) : Underground City

Kami berpeluang melawat tempat kediaman di bawah tanah, yang berupa bentuk bangunan daripada batu yang ditebuk dan diukir! Masha Allah! Tidak dapat dibayangkan betapa gigihnya semangat manusia beribu tahun lalu yang berusaha untuk meneruskan kehidupan! Sudah tentu ia sesuatu yang sangat istimewa dan tinggalan sejarah yang luar biasa!

Banyak petempatan bawah tanah yang terdapat di sini. Antara kota-kota bawah tanah yang terbuka untuk kunjungan umum termasuklah Derinkuyu, Kaymakli, Özkonak, Özlüce, dan Gaziemir

 Kami berkesempatan mengunjungi salah satu petempatan di sini. 



Pada sangkaan Amie sudah tentulah keadaan dalam rumah batu kelihatan pengap, panas dan berwap! Maklumlah ia merupakan kawasan yang tertutup!



Setelah melalui jalan berbukit, kami sampai ke pintu masuk. Marhaba.....!


 Ini keadaan di dalam batu.

 Ini ialah bahagian dapur.










Kata Encik Barchin, kalau masak di ruangan terbuka, asap akan memenuhi kawasan dan meninggalkan kesan hitam (jelaga) pada dinding batu. Jadi mereka gali lubang di bahagian bawah dan ketika masak, mereka akan tutup rapat rapat lubang tersebut (gambar atas). Jadi, asap tidak akan terhasil.


 Ini antara peralatan dapur yang terdapat di dalam rumah tersebut.


 Ruangan ini dibina bertingkat-tingkat dan untuk sampai ke ruangan lain, perlu melangkah tangga.





Jadi, dapatlah digambarkan bagaimana saiz ruangan ini. Lorong atau terowong yang ditebuk tidaklah begitu luas atau tinggi. Namun ia masih boleh memuatkan seseorang untuk melaluinya.


 Ini ialah tempat binatang ternakan mereka.














 Ini ialah daun pintu!

 Daun pintu yang diperbuat daripada ukiran batu bentuk bulat yang sudah tentunya sangat berat!

Dengan adanya pintu yang sebegini berat dan kukuh, penghuni rasa selamat kerana pihak musuh (jika berlaku serangan atau peperangan) tidak dapat menolak pintu ini dari luar. Jadi mereka mempunyai masa untuk menyelamatkan diri dengan bersembunyi di tempat lain.


 Dan, istimewanya ada lubang pengudaraan juga!

 Suhu yang pada mulanya Amie rasa sudah tentu panas dan pengap serta berwap, rupa-rupanya salah sama sekali! Kami berasa kesejukan di dalam batu ini! Sejuk yang teramat!

Kami terus berjalan memasuki terowong dan menuruni anak tangga. Nampaknya kami seolah-olah turun ke bawah bukit! Ya... sewaktu kami sampai, kami mendaki bukit, dan sekarang mungkin sudah menghampiri pintu keluar!

 Berhati-hati sewaktu menuruni anak tangga ketika melalui terowong kecil!

 Ini ruang tamu!


 Dan terus turun...


 Curam!


Tandas tidak ada di rumah ini tau... Tidak ada sistem pembentungan. Jadi kalau hendak qada'hajat, penghuni rumah ini akan keluar. Ada tandas awam kot seperti di Ephesus!





 Setelah melalui lorong yang sangat sejuk, akhirnya kami menemui pintu keluar!

Gambar atas : Gambar pertama Amie ambil sebelum mendaki bukit. Rupa-rupanya pintu keluar!

Khabarnya rumah gua batu ini masih didiami oleh penduduk Goreme. Menurut Encik Barchin, keadaannya tidak sama dengan rumah gua batu yang baru kami lawati. Sekarang rumah mereka lebih moden, lengkap dengan segala kemudahan dan sudah tentunya ada wifi... kata beliau sambil ketawa! Ya, Amie pun dapat melihat hotel serta tempat penginapan rumah gua batu semasa pulang dari menaiki Hot Air Balloon.

 
Oh! Ayam.....! Lega rasanya dapat keluar dari gua, sebab tak tahan dengan suhunya yang sangat sejuk! Sekarang dapat sinaran matahari pula.

 Inilah antara tempat kediaman di sekitarnya.


Sudah penat mendaki dan menuruni bukit, kami pun meneruskan perjalanan.

 Antara bukit-bukit batu di sepanjang jalan.




Tempoh dua hari sebenarnya tidak cukup untuk meneroka Cappadocia. Banyak sangat rahsia, tempat unik dan misteri serta menarik yang boleh anda kunjungi. Barangkali jika setakat 'touch and go' sahaja, bagi peminat sejarah dan budaya, sudah tentu akan datang lagi ke sini dan mengambil masa beberapa hari lagi untuk meneroka dan menjelajah keunikan Cappadoca!

Amie juga pada mulanya menyangka, ke Cappadocia hanya setakat naik belon panas! Ternyata kedatangan kami menempuyh perjalanan darat lebih 1,000km dari Istanbul sangat berbaloi, walaupun pada mulanya tertanya-tanya mengapa perlu dua hari berada di sini?







Dan selepas ini, ke mana pula Hayati akan bawa kami?

Entri berkaitan kembara ke Turki:

Tiada ulasan: