Turki (2) : Roman Hippodrome, Masjid Biru (Blue Mosque) & Topkapi Palace

10:47 PTG

Khabarnya negara Turki atau dikenali dalam bahasa Turki sebagai Türkiye Cumhuriyeti (Republik Turki) sedang mengalami permulaan musim bunga! Aduhai.... sesungguhnya sudah terbayang-bayang bunga tulip berwarna-warni akan menyambut kedatangan kami! Paling menarik, sudah tentunya banyak keunikan yang terdapat dalam negara Eurasia ini kerana ia terletak di antara benua Eropah dan Asia. Ini disebabkan sebahagian tanah besar Turki terletak di Semenanjung Anatolia di Asia dan sebahagian kecil wilayahnya terletak di daerah Balkan Barat Laut Benua Eropah. Sudah tentulah rasa teruja yang amat sangat untuk melihat sendiri kedudukan negara yang bersempadan dengan 8 buah negara ini! Bayangkan, Turki bersempadan dengan Burgaria di barat laut, Greece di barat, Georgia, Armenia dan Azerbaijan di timur laut, Iran di sebelah timur, manakala Iraq dan Syria pula di bahagian tenggara. Menurut pemandu pelancong kami, Encik Barchin: Turki bersempadan dengan Laut Hitam di utara, Laut Aegean di barat, dan Laut Mediterranean di selatan. Turki adalah sebuah negara rentas benua dengan menjadikan Laut Marmara sebagai tanda sempadan antara Eropah dan Asia.

Pagi itu, kota Istanbul menyambut kedatangan kami dalam suasana tenang dan dingin. Pokok-pokok gondol di sepanjang jalan, penuh cabang tanpa daun menunjukkan baharu sahaja berakhirnya musim dingin, walaupun sebenarnya sudah tiba musim bunga! Tempat pertama kami jejakkan kaki selepas keluar dari Istanbul Ataturk International Airport ialah Roman Hippodrome.

Roman Hippodrome terletak di kawasan lapang di antara Masjid Biru dengan Hagia Sophia. Ketika Encik Barchin menerangkan tempat tersebut, kami mengambil kesempatan mengambil gambar di sekitar sambil telinga mencuri dengar penerangan beliau. Kalau asyik mendengar seperti murid di dalam kelas, alamatlah.... dapat gambar sekeping dua saja! Sebab selepas itu, beliau akan membawa kami ke tempat lain. Jadi, sambil menyelam minum air. Sambil tangkap gambar, pastikan telinga juga menangkap butir bicaranya. Kalau tidak, semua gambar yang dipaparkan tentulah tidak sempurna tanpa penerangan!

Hippodrome ini sebenarnya sebuah gelanggang lumba kereta kuda sewaktu zaman pemerintahan Roman Byzantine. Pada ketika itu, di bahagian tengah Hippodrome dihiasi dengan patung-patung kuda dan pelumba-pelumba kereta kuda atau chariot. Hippodrome dibina pada abad ke-2 SM dan mempunyai kapasiti 35,000 tempat duduk dengan 400 meter panjang dan 120 meter lebar. 
Untuk lebih jelas, bolehlah tanya sama Pak Google tentang bentuk Hiipodrome itu, sebagaimana Amie pinjam dari Pak Goolgle seperti di bawah ini.


 Sumber : Google

Sumber : Google  

Rasanya bolehlah masing-masing membayangkan bagaimana Hippodrome itu berdasarkan ilustarsi di atas.

Ini ialah Egyptian Obelisk (Dikilitas) atau juga dipanggil Theodosius Column. This monument places on Karnak Temple by Egyptian King Tutmosis III in 15th Century BC, put on its today's place by Theodosius I in 390. This monument was made of 20 metre high pink granite and put on a marble base of 6 metres high. Bronze sphere which symbolies the audience fall down by an earthquake in 865 and never been put back again.

Perlumbaan kuda ini akan mengelilingi 3 mercu tanda yang terdapat di dalam Hippodrome yang dikenali sebagai Column of Constantine, The Serpentine Column dan Column of Theodosius.



Bangunan Hippodrome di kawasan ini telah lama roboh dan hanya tinggal tiga mercu tanda seperti di atas, sebagai tempat para chariot berpusing dalam perlumbaan. Perlumbaan kuda ini akan mengelilingi 3 mercu tanda yang terdapat di dalam Hippodrome yang dikenali sebagai Column of Constantine, The Serpentine Column dan Column of Theodosius.

 Column Theodosius masih berdiri megah di belakang The Serpentine Column.

Sesekali, selepas mengambil sekeping dua gambar,  datang mendekati kumpulan untuk mendengar penerangan mengenai Roman Hippodrome  agar lebih jelas!



 The Serpentine Column.

 Agar tidak terlepas maklumat, tangkap sajalah gambar ini untuk bacaan lanjut!


 Ukiran yang terdapat di bahagian bawah Column Theodosius.


Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hippodrome ini, bolehlah usaha tanya-tanya Pak Google lagi atau cari bahan bacaan lain, kerana ada kisah menarik yang berlaku di sebaliknya. Kisah tersebut membawa kepada pembukaan Gereja Hagia Sophia yang dikatakan sebagai tanda taubat Emperor Justinian kerana melakukan pembunuhan beramai-ramai penduduk Kota Constantinople. 
Hagia Sophia (Bahasa Turki)
Aya Sophia ( Bahasa Greek)
Aya Sofia ( Bahasa Arab)
Berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud Hikmah Suci. Katanya, sebuah bangunan tercantik di dunia!

Rasanya kami kumpulan terawal tiba di sini, sebab beberapa minit kemudian terdapat kumpulan lain berada di sekitar kami.

Susah sedikit sebenarnya untuk menangkap gambar pemandangan penuh, sebab pengunjung berada di setiap penjuru. Tak apalah... ambil beberapa saat untuk posing di atas bangku! Jom Salawati!

 Menjadi juga gambar setelah perjalanan panjang 17-19 Mac 2017 dari LD ke Istanbul! 

Sebelum kami di bawa masuk ke Masjid Biru, Amie sempat tangkap gambar ini. Ingatkan kami dibawa sampai ke penghujung sana, rupanya terus melencong ke arah kanan. Nun di hujung sana menara berkubah hijau merupakan sebuah pancutan air atau dikenali sebagai German Fountain. Pancutran air atau fountain ini dihadiahkan oleh Emperor Weilhelm II iaitu Raja Jerman kepada Kerajaan Ottoman. Ia diabadikan sebagai tanda persahabatan.

Ketika kami melangkah masuk ke perkarangan Masjid Biru, langit masih tidak menunjukkan tanda akan berubah cerah. Matahari tidak menampakkan dirinya, awan pula kelihatan kelam. Mendungkah? Atau cuaca di Istanbul memang sebegitu?

Masjid Biru (Blue Mosque) atau dalam bahasa Turki disebut sebagai Sultanahmet Camii ini merupakan masjid bersejarah di Istanbul. Ia dikenali sebagai Masjid Biru kerana jubin biru menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Sultanahmet Camii ini dibina antara tahun 1609 dan 1616 semasa pemerintahan Ahmed I

 


 Baca sajalah info di atas itu ye...

Dikatakan bahawa reka bentuk Masjid Sultan Ahmed ini merupakan puncak peradaban dua abad Masjid Uthmaniyah dan Gereja Byzantin. Seni binanya menggabungkan elemen Byzantin dari Hagia Sophia dengan seni bina Islam tradisional dan dianggap masjid terakhir pada zaman klasik.

 Masjid Biru dengan enam menara!

 Tiga muka lesu belum sarapan pagi...hiks!

 Terima kasih Encik Barchin sudi ambilkan gambar rombongan kami yang seramai 14 orang!

Antara bahagian luar masjid yang sempat dirakam dari perkarangan masjid.

Untuk masuk ke dalam Masjid Biru, para pengunjung diberikan sekeping plastik untuk isi kasut masing-masing, kerana kami akan keluar mengikut pintu yang berbeza!

Pemandangan kubah-kubah di dalam Masjid Biru. Warna biru itukah yang dikatakan jubin biru, dan dengan itu mendapat nama Masjid Biru?


 Kubah-kubah disokong oleh tiang besar yang terukir indah dengan ayat-ayat suci al-Quran.



 Tulisan khat yang cantik pada tiang masjid.







 Seterusnya kami keluar mengikut pintu masjid menuju ke luar.

 Tapi berpusing ke belakang semula menghadap Masjid Biru sebab tak puas ambil gambar!




Biarpun dikelilingi pepohon nan gondol dan suasana mendung tanpa awan cerah dan matahari bersinar, tapi pemandangan cukup memikat!

Pemandangan di luar. Alhamdulillah... serba sedikit hasil pembacaan Amie, rasanya Amie boleh teka... antara makanan yang dijual oleh penjaja di atas, salah satunya ialah simit! 


Simit ialah sejenis roti bentuk melingkar seperti cincin ataupun gelang. Bahagian permukaannya ditaburi biji bijan! Amie tak beli di sini, tapi sempat makan simit di hotel tempat kami menginap!

 Cantik sungguh reka bentuk Masjid Biru!

 Kawasan sekitar kelihatan sungguh bersih. Terdapat beberapa gerai makanan di sekitarnya.

 Hati belum tergerak lagi untuk membeli sesuatu!


 Ambil gambar dulu sepuas-puasnya walaupun tak tembakan tak berapa mengena...hiks!


 Masih berlatar belakangkan Masjid Biru!

 Waduh! Kok tinggi banget Encik Barchin! Rasa-rasanya lebih 6 kaki tu!

 Jumpa lagi Masjid Biru!

 Kami menyebarang jalan menuju ke Topkapi Palace.

 Tapi kepala masih gatal juga toleh ke belakang, dan tembak lagi gambar!

 Banyak anjing berkeliaran di sini, tetapi tidak mengganggu pengunjung. 
Mungkin haiwan ini sudah dilatih untuk menjaga kawasan di sini.


Nampaknya simit memang terkenal sebagai makanan jalanan! Banyak Amie jumpa penjaja menjual simit!

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati jus delima! Semuanya segar-segar belaka! Amie tak berani nak cuba sebab masih awal pagi, dan Amie sudah berjanji dalam hati jangan mengambil sebarang jus buah sebelum tiba di hotel! Hihihiii.... kena jaga perut! Takut tiba-tiba meragam....ko nak cari rumah kecil di mana nanti? 

 Antaranya pemandangan di sekitar sebelum tiba di Topkapi Palace.

Di gerai aiskrim ini, katanya penjual akan mempermainkan pembeli! Tapi tak nampak pula penjual aiskrim di situ! Barangkali waktu masih terlalu awal...sejuk!

Oh! Aya Sofia rupanya dekat sangat dengan Masjid Biru! Tak sabar rasanya untuk melihat dengan lebih dekat binaan tercantik di dunia yang dikatakan sebagai lambang perkembangan tamadun. Teringat hasil pembacaan tentang Aya Sofia yang dibina pada tahun 537 Masihi. Ia merupakan gereja terbesar atau Basilika di Kekaisaran Romawi Timur selama lebih 1,000 tahun dan telah dibaikpulih sebanyak 3 kali akibat rusuhan dan pemberontakan. Aya Sofia  (Hagia Sophia) digunakan sebagai gereja selama 916 tahun , dan beralih fungsi sebagai masjid selama 481 tahun di bawah Empayar Uthmaniyah dan akhirnya dijadikan muzium pada tahun 1935 hingga ke hari ini.

Aya Sofia di sebelah sana, kami meneruskan perjalanan menghala ke sebelah sini.

 Abadikan pemandangan di kiri kanan jalan!





 Jom usik pengawal nii.... Agaknya bergerak tak dia dari tempat berdirinya tu!
Kalau berani, cubalah! Awas ya... senjata di tangannya!

 Adeeehhhh! Tabiklah kat awak!
Warga yang taat setia kepada negara!


 Apa pula yang dibakar dan dijual oleh penjaja ini?

Di belakangnya tu, kelihatan bunga-bunga warna kuning putih. Amie ingat bunga plastik! Rupa-rupanya bunga betul! Kalau Amie tahu Amie ambil gambar dekat-dekat situ! Maklumlah...kepala asyik fikir bunga tulip! Bila nampak bunga lain, kepala pun menidakkan bahawa itu juga bunga! Nampaknya si tulip ini agak lambat untuk berkembang!

Ketika melalui jalan ini, terhidu aroma roti yang baru siap dibakar! Rupanya beberapa orang chef sedang mengangkat makanan dari sebuah kenderaan dibawa masuk ke restoran!

 Selain aroma roti, terbau pula wangian dari buang-buaga segar! 

 Entah bunga apa yang keluarkan haruman yang enak itu!
Pokok bunga tulip yang kelihatan seperti daun tebal berwarna hijau!
Belum keluar bunga!

Subur sungguh tanaman bunga di sini. Lihat sahajalah daun-daun bunga ros yang berwarna muda... Tak dapat dibayangkan bila berbunga, alangkah cantiknya!

Topkapi Palace : Babu's Selam Gate.


Topkapi Palace dibina  pada zaman pemerintahan Fatih Sultan Mehmet antara tahun 1465 dan 1478. Sekarang binaan ini dijadikan sebagai muzeum. Banyak koleksi berharga dari Cina, Jepun, barangan porselin dan tembaga Turki serta Eropah terdapat di sini.

 Singgah sebentar posing di sini...kih kih kih! Di sana sini kelihatan tembikar  usang bersaiz besar bagaikan mempamerkan usianya  mewakili tamadun silam.



Tu dia... tunas pokok bunga ros!
Tak apalah... datang di awal musim bunga pun dapat juga melihat pemandangan indah! Sudah rezeki kami tiba di awal musim bunga, tapi sempat pula menyaksikan sisa-sisa musim dingin!

Topkapi Palace atau Topkapi Sarayi ialah sebuah istana tempat tinggal sultan dan kerabat diraja Turki hampir 400 tahun (antara tahun 1465 hingga 1860)  sebelum berpindah ke Dolmabache. Sultan terakhir yang tinggal di sini ialah Sultan Abdulmecid I. 

Sibuk mengambil gambar, tertinggal pula di belakang! Encik Barchin bersungguh-sungguh menerangkan tentang kawasan sekitar Istana Topkapi. Istana sultan seluas 700,000 meter persegi ini dikelilingi benteng sekitar 5 kilometer dan  terletak di atas bukit dengan pemandangan laut dan Selat Bosphorus. Encik Barchin menunjukkan betapa banyaknya serombong asap, yang merupakan dapur istana! Bayangkan betapa ramainya penghuni di sini dan betapa banyaknya makanan yang harus dimasak untuk  dihidangkan! Dikatakan bahawa terdapat lebih 900 pekerja yang bertugas menyiapkan makanan untuk 10,000 penghuni istana setiap masa!
Dan banyak lagi perkara berkaitan Topkapi Palace ini yang diterangkan oleh Encik Barchin. Kalau Amie nak tulis dalam entri ini, mungkin kena ambil masa 3 hari tiga malam...hiks! 



Mengintai harta milik kerajaan!



Tak dapat ambil gambar sebab semuanya di dalam kaca. 
Memang sangat kaya... sangat mewah! Langsir pun dihias dengan pelbagai jenis batu permata!


Nak cerita tentang harta kekayaan dan kemewahan istana ini sudah tentulah kena jadi penglipurlara selama 7 hari 7 malam pula! Kita hanya melihat luarnya sahaja, tetapi kalau ingin mengetahui segala harta perbendaharaan raja, eloklah cari buku yang berkaitan dengannya. Sekarang baharulah Amie tersedar! Pensyarah kami begitu bersungguh-sungguh bercerita tentang Empayar Uthmaniyyah! Sedangkan kami hanya melongo...sekadar menyalin nota dan otak ligat berputar mencari akal untuk mendapatkan bahan dari mahasiswa senior sekadar untuk melepaskan tanggungjawab menyiapkan assigment untuk pembentangan kelas tutorial!

Pemandangan di sekitar istana.
Barangkali kalau bunga sudah berkembang di sekitar istana ini, tak cukup masa berguling-guling tangkap gambar! 




Tibalah masa untuk masuk ke ruang pameran. Tidak dibenarkan ambil gambar! Amie masukkan kamera dalam beg dan berjalan masuk, kemudian keluar serta mengingat kembali apa yang telah Amie saksikan!

Apa agaknya yang Amie dapat lihat di dalam ruangan yang dahulunya merupakan ruangan peribadi sultan?
Sambil mendengar alunan bacaan al-Quran yang sangat merdu, apa yang dapat Amie lihat antaranya ialah kunci Ka'bah, pembungkus hajar aswad, tongkat Nabi Musa a.s, tempat minum Nabi Ibrahim a.s, serban Nabi Yusuf a.s, pedang Nabi Daud a.s, pedang para sahabat seperti pedang Saidina Umar, Saidina Ali, dan Saidina Usman. Terdapat sehelai pakaian puteri Rasulullah iaitu Fatimah Az Zahra serta baju cucu baginda, Hussain. Melihat pakaian puteri baginda, rasa ingin menitiskan airmata! Ia sangat sederhana sekali! Terdapat jejak kaki Rasulullah, tempat minum baginda, dan juga pedang. Di hujung pintu keluar, ketika Amie tertoleh ke sebelah kiri, seorang lelaki berwajah bersih sedang mengalunkan bacaan al-Quran! Masha Allah! Sungguh merdu suaranya dan sangat indah alunan lagunya! Mudah-mudahan Allah sentiasa memberi rahmat ke atasnya!

Ketika berada di luar Topkapi Palace, Laut Marmara kelihatan terbentang luas, namun langit tetap juga begitu! Kelam dan suram. Nampaknya hampir menjelang tengahari kami belum disapa oleh sinar mentari Turki!

Tak apalah. Walaupun mentari segan untuk menampakkan diri, biarlah kami yang menjadi penyeri berlatarbelakangkan Laut Marmara!

Kawasan sekitar istana memang sangat luas!
Di sekitar istana, pokok bunga ros yang dijaga rapi sedang mengeluarkan daun-daun muda. Alangkah cerianya suasana sekiranya bunganya berkembangan dengan pelbagai warna!



Seni binanya juga sangat cantik selain bahannya yang kelihatan kukuh!
Namun dalam tempoh masa yang singkat, tidak mungkin kami dapat merakam segalanya!

Sejukkan Atie!


Geram sangat  tengok bunga-bunga kecil berkembang di hamparan rumput hijau!

Datang seekor kucing terus naik ke riba!
Nak peluk kucing untuk gambar bersama, tapi depa kata nanti kucing tu kencingkan awak!
Hihihiii...kucing tu sejuk kot nak minta peluk!




Apa pun, kita tak bolehlah berlama-lama di sini.

Masa untuk meninggalkan Topkapi Palace pun tiba!
Pokok bunga berdaun hijau diselang-seli dengan bunga kuning ialah pokok bunga tulip yang masih belum mengeluarkan bunganya!



Alhamdulillah....
Dapat juga tangkap gambar sana-sini buat kenangan!

Ketika kami meangkah keluar dari kawasan ini, pengunjung mulai berduyun-duyun datang. Mungkin juga kami pengunjung terawal, jadi tidaklah berebut-rebut untukl masuk di sini.



Patutlah semasa berurusan di barisan imigresen di airport, penuh dengan manusia. Rupanya memang ramai sangat pelancong datang ke Istanbul!

Dia masih berdiri di situ dengan setianya!


Sekali lagi, sempat melalui kawasan yang berbau harum dari bungaan segar yang sedang berkembang!



Terjumpa sebuah gerai simit lagi!

Tunggu ya buah delima...!
Sampai masa akan kuhirup jua jus mu itu!








Bas kami sudah menunggu!

Entah bila akan menjejakkan kaki ke sini lagi!


Oi! Cepat....!
Bas dah nak jalan!

Entri berkaitan kembara ke Turki:

2 comments

  1. wahhhhhhhhhhhh panjang benor entry ni dengan gambar yang cantik2 belaka ni Mie
    bestnye jenjalan Turki
    bila lah kaknoor nak sampai niiii

    BalasPadam
  2. Sesekali melompat keluar dari bawah 'tudung saji' kak ha ha haaa....

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe