ADSENSE

Jumaat, 7 April 2017

Turki (13) : Sofra Restaurant

Keluar dari Ephesus, rasanya terlalu banyak ilmu pengetahuan yang ditimba dari runtuhan kota lama itu! Walaupun penat bergerak, tetapi semangat untuk melangkah dan merakam makin kental di jiwa, kerana: Kalau bukan sekarang, bila lagi? Kesempatan yang datang adalah 'emas' untuk kita. 
Waktu itulah terngiang-ngiang di telinga akan suara Prof. Krishen Jit dan tutor kami Encik Norazmi yang memberi kuliah serta membimbing kami melalui kertas Pemikiran dan Institusi Politik Barat. Waktu itu hanya mampu memandang kosong (dengar tapi tak masuk ke hati untuk dihayati) cerita-cerita tentang tamadun Rome, Yunani dan Greek. Banyak kali juga disebut tentang runtuhan itu, runtuhan ini juga tentang kehebatan seni bina pada zaman itu!  Dan juga Dr. Redzuan yang begitu bersemangat menyampaikan kuliah Sejarah Timur Tengah sehingga 1919! Semoga semua bekas pensyarah dan pembimbing kami tidak putus-putus dilimpahi rezeki.
Tengahari itu, kami singgah di Sofra Restaurant untuk menikmati makan tengahari dengan hidangan buffet. Kami diperkenalkan dengan lamb kebab (pelayan di situ menyebut sebagai kebab /kebap) dengan harga TL15 untuk satu set. 




Amie pesan satu set. Hidangan ini mengandungi 10 cucuk daging biri-biri panggang serta sedikit serbuk jintan manis dan chilli flakes. Walaupun Amie makan tanpa cecah serbuk jintan manis dan chilli flakes, tapi rasa kebab ini sangat sedap! Lembut dan berperisa! Tak sia-sia beli untuk mencuba!

Hidangan buffet di restoran ini lebih kurang sama seperti hidangan di tempat lain. Ulam-ulaman memang wajib ada termasuk lobak merah, kubis ungu, daun pudina, jeruk mentimun, dill dan sebagainya.

Ubi bit jeruk pun ada. Yang lain-lain tu Amie tak tahu namanya, kecuali daun salad yang hijau di hujung tu.



 Hirisan bawang Holland dihias daun parsli. Red raddish pun ada.


Yang ini tak pasti daun apa, tapi Amie sangat suka! Sejak hari pertama tiba di Istanbul Amie jatuh cinta dengan herba ini! Rasanya macam daun pegaga! Nak kata daun parsli, takut salah pulak!

 Yang di sebelah pasta, daun halus hijau itu ialah daun dill. Itu pun Amie suka!

Kedua-dua kubis ungu dan putih ini rasanya agak masam, mungkin telah direnjis dengan jus lemon dan ditaburi serbuk lada hitam. 

Agaknya kalau hari-hari amalkan pemakanan begini, memang awet mudalah kita ye.... hihiii kulit pun halus mulus ...ahaks! Inilah antara diet tengahari Amie pada hari tersebut. Diet konon yea.... yang kebab sepuluh cucuk tu apa...hihihiiiik!


 Entah apa namanya.... ada yang kata barli, ada yang kata kuskus. Makan sajalah.

Inilah antara menu yang Amie nikmati tengahari itu, dan sudah semestinya dengan semangkuk sup. Mmmmm... tak ingat sup apa!

Entri berkaitan kembara ke Turki:
1. Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Doha - Istanbul
2. Roman Hippodrome, Masjid Biru & Topkapi Palace
3. Makan Tengahari di Restoran Tamara dan Menyeberangi Selat Bosphorus
4. ida Kale Otel, Canakkale
5. Troy Ancient City
6. Gözbaşi mola (Olive Oil Outlet Centre)
7. Kardeşler Restaurant Bergama
8. Asklepion - Rumah Sakit Jiwa Pertama di Dunia
9. Natureast Anatolian Taste
10. Ada Class Hotel
11. Leather Garment Centre & Watching Fashion Show
12. Ephesus (Ancient Greek City)
13. Sofra Restaurant
14. Izmir Selcuk Isa Bey Mosque
15. Pamukkale - Hierapolis
16. Pam Thermal Hotel
17. Turkish Yogurt with Honey & Poppy Seed
18. Özkan Dinlenme Tesisleri
19. Mevlana Museum (Mevlana Müzesi - Konya Mevlana Mausoleum)
20. Avrasya Hotel
21. Hot Air Balloon
22. O Ağacın Altı, Göreme Belediyesi/Nevşehir
23. Underground City
24. Carpet Centre & Sekitar Göreme
25. Bindalli Restaurant Üçhisar
26. Uchisar Castle & Pasabag Valley
27. Venessa Seramik Art Gallery
28. Agzikarahan-Hoca Mesut Caravanserai
29. Ayrancı Dinlenme Tesisleri
30. Ataturk Mausoleum (Muzium Ataturk)
31. Von Resort Abant 
32. Dinlenme Tesisleri
33. Perjalanan dari Bolu ke Istanbul
34. Oleh-Oleh Grand Bazaar
35. Buhara 93 Restaurant
36. Menyusuri Selat Bosphorus

37. Istanbul - Doha - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Lahad Datu

Tiada ulasan: