ADSENSE

Ahad, 12 Mac 2017

Udang Harimau Goreng Jintan

Apakah resepi yang sesuai untuk mengolah udang harimau? Orang kata kalau dah namanya udang, masak apa pun sedap! Udang harimau berbeza sedikit berbanding udang kertas atau udang jenis lain. Selain saiznya yang besar, isi udang harimau juga agak keras terutamanya yang bersaiz besar. Apa pun, kali ini Amie cuba olah seringkas mungkin dan makan ketika udang masih panas.

Bahan-bahan:
5 ekor udang harimau saiz besar
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar tepung jagung
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
1/3 cawan minyak
1/2 cawan mentega

Bahan tumbuk halus:
2 ulas bawang putih
2 cm halia

Cara:
1. Bersihkan udang harimau dan toskan.
2. Gaul udang harimau dengan semua bahan di atas kecuali minyak. Perap selama 15 minit.
3. Panaskan minyak bersama mentega dalam kuali - untuk menggoreng cara shallow frying.
4. Masukkan udang dan goreng selama 1 minit. Kemudian terbalikkan udang dan goreng lagi selama 1 minit. Terbalikkan lagi udang beberapa kali sehingga masak tetapi jangan goreng terlalu lama.
5. Angkat dan toskan.

Bagi Amie, cara makan udang harimau yang sesuai hanyalah dengan meratah sahaja...hiks! Tak perlu nasi dan sebagainya.

1 ulasan:

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

wahhhhh lama x terjah sini
rinduuuuu la
sedapnya nampak udang tu
dah la besaq fresh plak tu