ADSENSE

Ahad, 5 Mac 2017

Biskut Kelapa Kering Berbijan

Selamat petang dan selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang.
Petang ini Amie kongsikan resepi biskut yang sangat mudah iaitu Biskut Kelapa Kering Berbijan. Amie kata sangat mudah sebab sukatannya hanya menggunakan cawan, sukatan orang dulu-dulu! Bagaimana pun kena ingat juga, sukatan begini memerlukan kemahiran 'merasa' berdasarkan pengalaman! Maklumlah Amie pun masuk kategori 'orang lama' juga sebab masa kecil dulu pun hanya berpeluang melihat dan membantu Bonda serta kakak buat kuih dengan menggunakan sukatan cawan!
Dunia yang moden dan serba canggih sekarang ini sebenarnya memberi peluang untuk kita mencuba apa sahaja. Yang penting minat dan usaha! Kalau gunakan sukatan cawan pun, sekiranya dibuat dengan betul hasilnya tetap sedap! (Hihihiiii... ayat orang malas nak menimbang sukat....hiks). 

Biskut Kelapa Kering ini Amie tambahkan bijan hitam dan putih sebagai mahkotanya. Kelapa keringnya pula Amie beli siap dalam bungkusan tapi Amie kisar separuh halus dan separuh kasar. Kalau gunakan kelapa parut segar yang disangan tentulah rasanya lebih sedap dan terasa lebih berlemak! Amie bahagikan doh kepada 2 bahagian. Satu bahagian tanpa warna dan satu bahagian lagi Amie warnakan dengan setitik pewarna merah jambu. Semasa proses membakar pula, ia bergantung kepada tahap kepanasan ketuhar masing-masing. Amie gunakan suhu 150'C dan bakar lebih kurang 12 minit dan letak loyang pembakar di tengah-tengah ketuhar. 

Bahan-bahan:
2 cawan tepung ubi kayu
1 cawan tepung jagung 
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan mentega
3/4 cawan marjerin
1 1/2 cawan gula kastor
1 1/2 cawan kelapa parut kering - kisar separuh halus dan separuh kasar - kalau nak halus semua pun boleh
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
setitik pewarna merah jambu
1 telur kuning untuk menyapu bahagian atas biskut
bijan putih dan bijan hitam secukupnya - sangan

Cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170'C.
2. Ayak tepung ubi kayu, tepung jagung dan tepung gandum secara berasingan. Ketepikan.
3. Pukul gula bersama mentega dan marjerin sehingga lembut.
4. Masukkan sebiji telur dan  esen vanilla. Adun lagi hingga sebati.
5. Masukkan sedikit demi sedikit dan uli tepung ubi kayu, tepung jagung, tepung gandum dan kelapa kering. Jika adunan agak lembik, tambahkan sedikit-sedikit ketiga-tiga jenis tepung tadi sehingga menjadi doh.
6. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Satu bahagian tanpa warna, dan satu bahagian lagi tambahkan setitik pewarna merah jambu. Gaul rata.
7. Doh yang telah lembut tadi bolehlah dicanai dan diterap dengan acuan pilihan.
8. Sapukan sedikit kuning telur di atasnya dan taburkan beberapa biji bijan putih dan bijan hitam.
9. Turunkan suhu ketuhar dari 170'C kepada 150'C. Masukkan loyang pembakar di bahagian tengah ketuhar. Bakar di dalam ketuhar selama 10 hingga 12 minit atau sehingga masak dan rangup.
10. Biarkan sejuk di atas redai sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

Kalau tak mahu nampak ada 'ekor'ekor' di bahagian bawah biskut, kisarlah kelapa parut halus-halus. Amie suka yang kasar-kasar sikit....hiks! Baik tanpa warna ataupun berwarna, biskut ini tetap sedap!

 Cuma bila tambah warna, nampak meriah sikit.

Oh! Lupa nak kira berapa biji semuanya. Tak silap Amie, dapat 4 dulang pembakar. Macamana nak dikira. Keluar saja dari oven, Encik Suami dan Fairuz terus ambil sebiji demi sebiji! He he heee....

1 ulasan:

Ramalanangka 4d5d6d berkata...

SALAM KOMPAK SELALU….dan selamat buat yg JUPE hari ini.
KALAU ANDA MAU TAU INFO TOGEL, KENALKAN NAMA SAYAHARSONO, KAMI TINGGAL DIKALTIM PEKERJAAN JUAL NASI GORENG, SELAMA KAMI KENAL YANG NAMANYA AKI GUNTUR BUMI NASIB KAMI TIDAK SEPERTI YANG DULUH… KAMI SANGAT BERTERIMA KASIH KEPADA AKI GUNTUR BUMI BERKAT ANGKA YANG DI BERIKANN SAMA BELIAU.DAN ALHAMDULILLAH TEMBUS.DAN KAMI MINTAH ANGKA,6D…UNTUK PUTARANG HONGKONG
SIAPA TAU ANDA SEMUA MAU RASAIN SILAHKAN GABUNG SAMA KAMI,
DAN KAMI BERSUKUR HASIL PASANG TOGEL TGL,07,07,2014…
SEMUA HUTANG HUTANG DLM KELUARGA KAMI KINI DPT TERLUNASI ,KAMI PUN BISA MEMBUKA USAHA KEMBALI,WALAUPUN ITU DGN CARA PASANG TOGEL, ITU MERUPAKAN RESKI BAGI KAMI SE- KELUARGA ,JADI YG SERING KALAH DLM PERMAINAN TOGEL HUBUNGI AKI GUNTUR BUMI /SMS KE NMR INI,082-399-761-747—KESUSAHAN ANDA DALAM MAIN
TOGEL DI,JAMIN [5] KALI PUTARAN… AKI GUNTUR BUMI
Terima kasih yang amat dalam kami ucapkan kepada AKI GUNTUR BUMI yang telah memberikan kebahagian bagi keluarga kami…berkat Beliau kami sekarang udah hidup tenang..sudah tidak di kejar-kejar hutang…Kami di berikan Angka Ritual Ghoib Dari AKI GUNTUR BUMI yang sangat sangat Jitu 100%…hingga kami sekarang merasa tenang lagi…terima kasih AKI…Jika Anda ada yang merasa kesulitan masalah Nomer Toto apaka 2D.3D.4D.5D.6D.itu semua terserah anda, silahkan HBG ATAU SMS Aja AKI GUNTUR BUMI …di nmr HP [ 082-399-761-747 ]pasti anda akan merasakan apa yg selama ini kami rasakan…Salam Bahagia dan Sukses..!!
DENGAN ANGKA GOIB ,ATAU ANGKA RITUAL// ANGKA MAHLUK HALUS….
angka;GHOIB: singapur
angka;GHOIB: hongkong
angka;GHOIB; malaysia
angka;GHOIB; toto magnum 4d
angka"GHOIB; laos…
angka"GHOIB; macau
angka"GHOIB; sidney
angka"GHOIB: vietnam
angka"GHOIB: korea
angka"GHOIB: kudalari
TOTO, 2D, 3D, 4D, 5D, 6D…
>>>>>> >>>> KELIK DISINI KELUARAN NOMOR TOGEL 4D 5D 6D <<<<