ADSENSE

Khamis, 16 Februari 2017

Jalan-Jalan di Tawau

Mood masak dah ke laut.
Nanti boleh selam semula, ambil dari dasarnya...hiks!
Bukan apa. Menjelang petang jew hujan turun sampai ke malam. Dah siap masak, nak ambil gambar pun malas. Dahlah tak pandai guna teknik ambil gambar macam photographer tu...kita ni photographer cabuk jew...
Hmmmm... Amie nak kongsi cerita tentang Tawau. Kalau tak kerana Farid turun di Airport Tawau dan terbang ke KLIA ikut Tawau juga, memang tak tahulah entah bila nak jejak kaki ke Tawau lagi! Jadi, Amie pun ambil kesempatan, walaupun Farid terbang hari Sabtu, tapi Amie ajak Encik Suami ke Tawau pada hari Jumaat. Kebetulannya hari Sabtu tak ad aktiviti kokurikulum. Kononnya nak bawa Farid makan-makan di sana...ha ha haa banyak cantik punya idea!

Memang dah terbayang di ruang mata, seekor ikan siakap kukus halia terhidang di atas meja! Alhamdulillah, kami tiba di Tawau dan check - in hotel sebelum waktu Maghrib. Selesai solat, kami terus ke Restoran Titingan. Tak jauh pun restoran ini dari King Park Hotel, tempaty kami menginap malam itu. Tak mahu tunggu lebih lama, sebab nanti restoran akan penuh dengan pelanggan. Nak pilih tempat pun susah. Lagi pun makan malam yang agak lewat tak berapa elok untuk kesihatan...hiks! Nanti tak sempat hadam, terus tertidur! Maklumlah semuanya letih setelah melalui perjalanan selama 2 setengah jam.

Seperti biasa, pesanan yang dipinta tidak perlu memakan masa yang lama untuk dihidangkan! Datanglah satu persatu ke meja pilihan kami. Pilihan Amie sudah tentulah ikan siakap masak kukus dengan sup jagung. Farid dan Fairuz pula pilih udang dan sotongh, manakala Encik Suami nak makan ketam lembut.

Ketika ini suasana masih lengang. Rasa selesa sangat menjamu selera di sini. Tapi tak lama kemudian, penuhlah pulak! Hampir semua meja sampai di luar restoran dipenuhi pelanggan!

Memang restoran ini menawarkan pelbagai masakan dari laut yang murah dan sedap! Oh! Ya... Amie selalu cerita tentang seafood saja di restoran ini, tetapi sebenarnya makanan lain pun ada seperti ayam, daging dan sebagainya. Cuma, rasanya lebih banyak pilihan makanan laut seperti ikan segar! Sup ketam di atas tu memang benar-benar ada isi ketam segar dan juga jagung. Harganya pun sangat murah, hanya RM8 sahaja. Puaslah kami hirup sup ketam!

Ini udang goreng salut tepung pilihan Farid. Amie dah warning Farid dengan Fairuz....mesti habiskan apa yang dipesan. Ha ha haa.... akhirnya terpaksa kena tapau juga udang goreng dan sotong goreng! Udang goreng salut tepung di atas tu hanyta RM15 sahaja.

Ini ketam lebut masak telur masin. Encik Suami teruja nak makan, tapi seleranya agak terbantu sebab mungkin tukang masak bubuh lebih garam dalam masakan ini. Memang rasanya agak masin...terasa garamnya! Ketam telur masin ini berharga RM32.

Kami lupakan ketam telur masin yang masin itu, dan tumpuan diberikan ke atas sup ketam! Entah berapa mangkuk hirup sup ketam!

 6 jenis lauk bersama nasi, kesemuanya berharga RM119.50.

Lepas makan, kami tak terus balik hotel. Jalan-jalan dulu nak bagi nasi turun perut! Menjelang ukul 9 malam, kami balik ke bilik.

 Firdaus nak berehat!

 Bukan main seronok dia!

Dengan bantal busuknya yang tak pernah lekang dari sisinya!
Tapi, bilik kami ada masalah pulak!
Air-cond tidak berfungsi dengan sempurna. Rasa terpengap dan panas!
Alhamdulillah, setelah Encik Suami membuat aduan, kami diberikan bilik lain. 
Lebih kurang pukul 10 malam, kami pun berpindah ke bilik lain dari tingkat 2 ke tingkat 5.


Bilik baru, di tingkat 5.

Esok pagi, selepas sarapan di hotel kami pun pakat keluar ke pasar sekejap. Farid akan terbang pukul 2 petang. Jadi masih ada masa untuk jalan-jalan di bandar Tawau. Keluar saja dari pintu King Park Hotel, terus nampak Monaco Hotel dan Heritage Hotel.

Memang tak susah nak cari tempat penginapan di sini. Banyak hotel, dan kedudukannya pun berhampiran di antara satu sama lain.

Tempat wajib yang kami singgahi tentulah pasar besar Tawu. Pasar Tanjung dan Pasar Ikan. Mula-mula kita masuk dulu ke Pasar Tanjung.

 Amie beli ikan bilis dan juga udang kering.

Memang banyak pilihan di sini. Makanan laut kering dijual di paras ke dua. Paras ke tiga terdapat gerai menjual makanan dan minuman dan bersebelahan dengannya, tempat menjual pakaian dan sebagainya. Yang bergantungan tu sotong kering.

 Udang geragau pun ada. Halus dan cantik!

Di paras bawah pasar banyak gerai buah, sayur-sayuran, makanan kering, periuk belanga dan pelbagai peralatan dapur. Rasanya inilah kami pertama Amie kongsikan suasana di sini walaupun entah sudah kali yang ke berapa Amie datang ke sini.

Amie suka sangat kalau dapat ke pasar Tawau ini sebab macam-macam boleh dibeli, dengan harga yang lebih murah berbanding harga di pasar Lahad datu. Pilihan pun pelbagai! Semuanya segar belaka!

 Geram tengok sayur-mayur tu!

Lengkuasnya pula muda dan segar! Hanya RM5 sekilogram.
Lihatlah pula segala cili padi! Kalau tak segan, memang nak tangkap gambar semua. Tapi, disebabkan malu-malu.... tangkap sajalah mana yang sempat!



Tinggalkan dulu suasana di gerai sayur, kita ke belakang sedikit. Kelihatan barangan dapur dijual di sini. Kebanyakannya periuk belanga dari Indonesia dan juga dari negara China dan Korea.

Di sini, penjualnya jual barangan bercampur-campur pulak! Selain barangan dapur , dijual bersama segala macam keropok dari seberang, termasuk segala jenis rempah, asam keping dan sebagainya. Semuanya elok belaka!


 Kacang gajus, antara yang wajib dibeli!

Amie temankan Farid beli oleh-oleh untuk dibawa pulang. Katanya, kawan-kawannya suka makan keropok amplang! Terdapat pelbagai jenis keropok amplang di sini. Rambang mata, tak tahu mana satu nak dibeli.

Kalau kawan-kawan yang nak balik Malays, selalunya mereka datang shopping di sini dan peniaga tolong bungkuskan sekali masuk dalam kotak. Senang nak bawa terbang.

Dah beli oleh-oleh, kami pun keluar dari kawasan ini.


Farid memang tak boleh nampak buah jambu air! Murah pula jambu air madu...hanya RM7 sekilogram. Amie belikan Farid. Bukan main suka dia! Tapi bila dia makan... rupanya jambu itu rasa masam pulak! Belum cukup masak kot!

 Kami ke Pasar Ikan Tawau yang terletak berhadapan dengan Pasar Tanjung.
Banyaklah hasil laut yang terdapat di sini. Segala macam ikan dan kerang-kerangan. Ikan buntal pun ada!

Ikan buntal ni kena pandai bersihkan untuk buang racun. Amie tak pernah masak, tapi pernah makan. Memang sedap rasanya...kenyal-kenyal. Tapi belum ada keberanian untuk membersihkan atau mengolahnya. FIL pernah beli ikan buntal di pasar LD, dan penjual ikan itu sendiri yang bersihkannya. Sampai di rumah, FIL masak sendiri ikan itu!

Kami suka beli udang di sini kerana selain udang yang masih segar, harganya juga jauh lebih murah berbanding harga udang di Lahad Datu. Begitu juga dengan ketam dan sotong. Banyak pilihan!


Ini udang harimau. Harga asalnya Rm85 sekilogram. kami ditawarkan sehingga RM70, tapi kami tak beli. Kami beli di tempat lain dengan tawaran harga yang agak murah sedikit walaupun saiznya agak kecil berbanding saiz udang harimau di bawah ini.

 Ambil gambar sajalah buat kenangan!

 Ada rezeki nanti boleh borong ikan lagi di sini.
Gambar atas : Pasar Ikan Tawau
Gambar bawah : Pasar Tanjung Tawau.

 Kami kembali ke hotel untuk kemas barang. Waktu itu hampir pukul 11 pagi. Perut rasa laparlah pulak sebab pagi tadi tak berapa berselera ketika bersarapan.

Amie ajak Farid makan di Wangi Chicken Rice.

 Restoran ini memang menjadi salah satu tempat makan kami kalau datang ke Tawau.

 Memang beruntunglah datang di awal waktu untuk makan di sini. Masakannya pun masih panas dan nampak segar! Memang nasi ayamnya sangat sedap! Amie suka lauk ayam kukus.

Farid pun pesan lauk yang sama. Amie tambah pesanan hati ayam.  Nak makan sayur manis, tak adalah pulak sayur tu!

Hati ayam tu murah sangat.... sepiring RM1.10 sen! Nak mempedal ayam pun ada, dan harganya juga sama.

Habis licin kami berdua makan!
Tiba-tiba teringat Encik Suami, Fairuz dan Firdaus di hotel. Walaupun katanya masih kenyang, tapi sekarang sudah lewat pukul 11.30 pagi!

 Tambah pesanan! Tambah 3 bungkus nasi ayam...semuanya ayam steam!

Tu dia harga nasi ayam di sini. Nasi ayam bahagian peha berharga RM6.90 sen.
Kami check-out hotel tepat pukul 12 tengahari.
Terus hantar Farid ke Airport Tawau. Sementara Farid menunggu masa penerbangannya pada pukul 2.30 petang, kami berangkat pulang ke Lahad datu.

Ketika sampai di Ladang Sabahan, mata terpandang benda hijau tergantung di pondok kecil. Encik Suami sangka, jagung! Rupanya petai. Walaupun sudah beli petai di Tawau, tapi Amie beli juga di sini. Harga lebih murah sedikit berbanding petai di Tawau atau di Lahad Datu.


 Beli juga sedikit tomato kampung!


 Sementara Encik Suami memandu, Amie kunyah popia yang dibeli di Pasar Tanjung sampailah tiba di rumah!

Tiada ulasan: