Tepung Bungkus @ Puteri Dua Sebilik

7:08 PTG

Betapa buruknya perangai.... ha ha haaaa!
Tak boleh jumpa tepung bungkus! Kalau boleh nak makan dua tiga bungkus! Tapi kuih begini jarang ditemui kecuali di majlis-majlis tertentu atau melalui tempahan sahaja. Itu pasal, kalau sekali terjumpa kuih tepung bungkus di majlis tertentu, rasa nak makan semua! Tak malu betul!
Apalah salahnya buat sendiri kan!
Bukannya susah sangat pun.
Bahan yang digunakan pun tak banyak!

Tepung Bungkus @ Puteri Dua Sebilik yang tak berapa nak lawa tapi jangan cabar rasanya tau! Biar buruk dipandang asalkan enak menyelerakan! Ha ha haa... buktinya di dapur hanya tinggal dua bungkus jew!

Mula-mula kena sediakan intinya. Biar buat inti lebih, jangan kurang. Kalau lebih boleh buat inti kuih ketayap atau kuih koci... ahaks!

Bahan-bahan:
1 cawan kelapa parut muda
1 cawan parutan gula melaka
1/2 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung gandum
1 helai daun pandan - siat dan simpul

Cara:
1. Satukan air, gula melaka, garam dan daun pandan ke dalam periuk / kuali.
2. Masak sehingga gula melaka larut dan mendidih. 
3. Masukkan kelapa parut.  Gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan tepung gandum. Terus kacau supaya tidak berkerak.
5. Setelah bahan hampir kering, padamkan api dapur.
6. Sejukkan. Ketepikan.


Gula tu tak semestinya gula melaka. Boleh gunakan gula merah atau gula kabung atau juga gula apong yang terkenal di Sarawak tu. Nak tambah gula pasir pun boleh kalau suka rasa manis yang tajam! Gunakan gula perang pun boleh tapi warnanya taklah menyerlah macam gula merah! Nak campur pelbagai jenis gula pun boleh. Garam kena tambah sikit untuk rasa lebih lemak manis.

Bahan untuk bungkus.....hiks!Bahan untuk bungkus inti kot... yang gunakan tepung beras dengan santan tu.

Bahan-bahan:
2 cawan santan pekat + 1 cawan air
6 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil garam

Cara:
1. Satukan santan bersama tepung beras dan garam. Bancuh hingga tepung beras larut.
2. Masak bancuhan di atas api sederhana sehingga adunan naik wap dan pekat seperti dalam gambar di atas.
3. Padamkan api dapur. Ketepikan seketika.

Kita sediakan pula bahan untuk balut inti kelapa tadi. Gunakan tepung pulut pulak. Nak biarkan warna putih suci pun tak apa. Nak bubuh warna apa pun boleh. Ikut sukalah. Amie tambahkan setitik pewarna hijau epal dan ungu. Tak payak manapun tepung tu... sikit jew!

Bahan-bahan:
3 cawan tepung pulut
1 1/2  cawan air
setitik pewarna hijau epal
setitik pewarna ungu

Cara:
1. Tepung di bahagi dua. 
2. Tambahkan pewarna bagi setiap bahagian tepung.
3. Uli tepung dengan sedikit demi sedikit air sehingga boleh dibentuk.

Wokeh!
Jangan lupa inti kelapa tadi.
Kalau rajin bulat-bulatkanlah. Saiznya pun agak-agaklah. Amie buat sebesar biji guli, itupun kalau jadi bentuk bulat! Nak lebih besar boleh juga, tapi janganlah sebesar saiz bola pingpong pulak! Itu bukan tepung bungkus namanya dah! Nanti orang panggil bola bungkus.... ahaks!
Kalau tak nak bulatkan pun boleh. Nanti sewaktu nak masukkan inti, sudukan saja. Habis cerita.

 Beginilah kira-kiranya rupa bebeola atau geguli tepung bungkus tu. 

Untuk 3 cawan adunan tepung pulut tu Amie dapat 32 bijik. 16 bijik warna ungu dan 16 biji warna hijau epal. Bila dibungkus sebiji sebiji, dapatlah 32 bungkus tapi kalau dibungkus dua biji, jadilah puteri dua sebilik 16 bungkus!

Didihkan air dalam periuk untuk memasak onde-onde tu...dah macam-macam nama disebut! Bila onde-onde tu timbul ke permukaan, maknanya dah masaklah tu.

Dan boleh terus angkat. Kalau tak mahu risiko lekat-melekat, eloklah masukkan terus ke dalam air sejuk. Kalau tak mahu pun, tak apa. Sesetengah orang masukkan terus dalam tepung santan, terus jew cedok bubuh atas daun pisang!

Kerja-kerja membungkus pun akan bermula sebentar lagi... sediakan semua bahan termasuk tepung santan di atas tu. Itu yang penting...entah mana satu yang dikatakan tepung bungkus... tepung santan yang bungkus geguli itu, atau daun pisang yang bungkus semuanya sekali!
Jangan lupa sediakan daun pisang secukupnya.
Bersihkan daun pisang tu.
Kemudian layurkan atas api dapur sebelum digunakan.

Bentangkan daun pisang tu lebar-lebar. Letakkan dua sudu tepung santan di atasnya. Kemudian ambil onde-onde atau geguli tepung pulut berisi inti kelapa tadi dan susun elok-elok atas tepung santan. Ha... ini baru betul namanya tepung bungkus @ puteri dua sebilik!

Yang ini pulak puteri kembar seiras duduk sebilik! Mana-manalah yang korang suka! Nak bubuh sama warna hijau pun boleh. Nak bubuh dua-dua warna ungu pun boleh. Nak dua-dua warna pun boleh. Tak dak sape nak marah!

Jangan lupa selimutkan  geguli tepung pulut tadi dengan tepung santan. Lepas tu bungkus kemas-kemas.

Beginilah lebih kurangnya rupa bungkusan tepung bungkus @ puteri dua sebilik tu. Terlebih dahulu didihkan air dalam periuk pengukus ye... lupa pulak nak pesan tadi!

Bila air dah mendidih, kukuslah kuih tepung bungkus ini selama 20 minit atau sehingga masak.

8 comments

  1. oo macamni rupa kuih ni. macam lipat lepat jelah.

    BalasPadam
  2. Amie! nak 2 tepung bungkus... dap eaa...

    BalasPadam
  3. Cikyra,
    iya...senangkan, cuma nak sedia bahan tu yang leceh sikit kena buat kerja lebih

    Warisan Petani,
    Betul tu.. tapi sedapnya ya ampun!

    BalasPadam
  4. Gee,
    aaa..aah Gee..amiklah yang tinggal dua tu ye hihihii

    PH,
    tangan tak berapa lembut PH...kalau orang biasa buat mesti cantik kejadiannya.

    BalasPadam
  5. Saya setakat baca je. Bini takadaa nak buatkan.

    BalasPadam
  6. Adam,
    Walaupun tak ada bini nak buatkan, Adam boleh buat sendiri he he heee....

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe